Friday, March 21, 2008

Koh Lipe a.k.a Pulau Lipe


Sekali lg aku bercuti ke sebuah pulau yg terletak di daerah Satun iaitu Koh Lipe.Mg cantik pulau ni..susah nk xplain unless gi sana n tgk sendiri.Pas kenduri bibi aku terus bertolak ke satun dulu.Malam tu(8 march) kami stay kat pekan Satun.Kebetulan ada satu pesta kat sana yg dipanggil 'Ngan".So kami pun ambik la peluang ni utk ronda2 n shopping2.macam2 ada...sampai lenguh kaki jalan.Akak aku shopping banyak la jugak,tapi aku tak bli apa pun..cuma nak jalan2 cari makan ja.Kebetulan la plak benda yg aku cari tak jumpa.Last punya la boring aku g main bendan yg baling dart bg kena belon tu.Konon berangan la nak dapat teddy bear besar,tapi hampeh tul..tak dapat gak..aku sebenarnya tak paham rules game tu..rasa cam dh buat betul dah tapi disebabkan 'mcm ayam sembang dgn itik' aku pun ya ja la apa yg salesgirl tu kata.Husband aku pun nak gak try game pancing nombor,last2 dapat mangkuk ja.Ada gak org yg menang keta,moto n alat2 elektronik..
Keesokan paginya(9 March) kami bertolak ke Pakbara coz nak naik ferry ke Koh Lipe kena naik kat sini.Diorang cakap dari Langkawi pun ada gak ferry ke Lipe n only 1 hour ja.Pakbara pun cantik gak.Ada resort kat pantai disini.Ferry dari Pakbara ke Lipe ambik masa dlm 3 jam.Punya la lama aku sampai tertido2..mula2 tu ferry hantar org ke Tarutao..aku ingatkan dkat la coz Tarutao dlm 30 min ja dari Pakbara.Tarutao pun cantik gak n telah diiktiraf as National Park oleh UNESCO..
Punyalah lama tunggu last2 sampai gak kat koh Lipe ni.Akak aku sampai mabuk gak la..Dah sampai kat Lipe kena pindah naik sampan kec
ik
plak nak g pantai dia..maybe diorang nak jaga pantai supaya tak tercemar takpun air dh cetek.Dr atas sampan ni batu karang dah nampak..subhanallah..cantikkkkk sgt tau..kiranya aku samapi Lipe dlm kul 3 ptg.
Kami stay kat Bhundaya Resort
.(http://www.bundhayaresort.com/)bilik dia cantik gak




diperbuat dari kayu n bentuk rumah kecik2 comel sgt..rate kat sini rm200++ n kita bleh pilih nak yg mana.Ada yg berkipas saja,macam dorm,ada aircond takder tv n ada aircond ada tv.Dlm kul 5 aku dgn anak sedara aku ambik peluang utk terjun laut.time ni tak panas sgt so tak la burn kulit nanti.Rasa puas sgt dapat mandi manda kat laut ni.Air pun tenang tak berombak so mudah la kami nak berenang.
Dalam 7p.m husband aku plak sampai.Dia datang lewat dr kami coz nak settle keja.Sampai ja dia terus ajak aku makan,lapar sgt la tu.Aku tak makan pun just order banana split ja.Rasa best sangat dapat lepak2 tepi pantai time senja ni.Tapi sayang la coz tak nampak sunset.Terlindung skit coz maybe chalet kami tu arah barat laut skit..








Dlm 9.pm akak aku punya family plak ajak dinner coz tadi diorang tertido...apa lagi kami pun ikut ja la..time ni paling best coz ada dua orang 'nyah' tu serve kami.Husband aku plak dok usik diorang ni n kami gelak sampai nak pecah perut2..siap ngaku diorang tu Siti n Erra lagi...pas makan kami g shopping kat kedai resort ni.Teruk tul la auntie tu tak bg kurang langsung.tapi disebabkan bekenan beli gak la...padahal harga mmg la agak murah dah..dah puas shopping kami g ronda2 pantai plak..pantai yg kami duduk ni is Bundhaya Beach..tak silap aku ada lg dua pantai kt pulau ni..
Keesokan paginya pas terkejut anak sedara aku mai gerak kami bangun tido..aku pun kalut mandi n gerak husband aku coz speedboat nak jalan kul 9a.m.tak sempat dah nak breakfast..so tepat kul 9a.m kami pun naik speedboat balik ke Pakbara.Speedboat cuma ambik masa dlm 1 jam lebih ja.Tapi mmg 'kaw2' dia punya melambung coz speedboat kan laju pastu langgar ombak plak..aku n akak aku siap basah lagi...ayaq mercik la tu..haha..kami sampai ja Pakbara terus ke Pekan Satun balik coz ada org ngidam nak makan belangkas..
Akak aku cakap dia dah sepuluh tahun dh teringin nk makan belangkas..yala dulu2 ni masa kami stay kat kg lagi belangkas berlambak kt depan umah aku tu..la ni jgn harap la..cukup payah nak nampak belangkas..kalau kt Malaysia belangkas org bakar ja.


Yam Khai Meng Daa

Tapi kat Siam lain skit coz dia buat kerabu mempelam kt dalam belangkas ataupun siam cakap Yam Khai Meng Da..tapi mmg sedap la..tambah lg dengan 'kean som' aka asam pedas yg mmg pedas n teramat masam tu..sampai meleleh air hidung n air mata aku..keke..ops lupa plak,kedai yg kami singgah tu mmg famous la kat Satun , Nong Nee Restaurant..
Dah puas makan2 kami pun balik la..rasa cam sat sgt bila g cuti kat tempat yg best2 ni..apa2 pun me & my hubby mmg nak p lagi sekali ke Koh Lipe ni...insyaallah


Gambar2 kenangan kat sana



hubby aku yg sibuk pancing nombor..last2 dapat mangkuk ja..kuikui





ni lah keadaan dalam feri tu sampai tertido la kami semua..






Tarutao National Park...masa ni feri singgah antar orang..kami tak turun la






HEhe..finally dah sampai..nasik baik pakai seliper manik tu..
Yoyo ja ngaku depa tu Siti Nurhaliza(kanan) & Erra..tapi nasib la ada depa coz ble cakap Melayu


Ni dalam sampan masa nak g naik speedboat..jap ja dah nak balik






Dah sampai kat jeti Pakbara...semua pakai topi baru tu..






No comments: