Monday, October 20, 2008

Nasi Ayam Madu

Ahad kemarin nih tetiba ja bersemangat nak masak..apa lagi mula la bawak kuar segala resepi yg aku print dulu2 nih.Last sekali aku pilih nasi ayam coz tgk cara and bahan2 tu mcm tak remeh sgt la..lepas dah masak baru aku tau rupa2nya senang ja...tapi sedap katanya..bangganya!!(perasan sorang2 coz aku ni mmg yg tak pernah masak and jarang2 sekali nak masak)
Okeh jom kita share resepi Nasi Ayam Madu ni sesama k..ada gak aku edit sikit2 ikut citarasa aku..

Nasi Ayam Madu(MyResipi.com)

Bahan-bahan ( 2 orang )2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun

Cara-cara
Bersih ayam. Potong ikut suka

Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak

Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.(aku tumis kulit kayu manis and bunga lawang guna marjerin and masukkan sekali dlm nasik-petua kak zila)

Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap(perap dlm sejam). Goreng dengan minyak penuh.

Untuk sos kicap. Mayang bawang putih(mayang tu apa ntah? aku tak wat pun step ni..). Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi

Sambal-blend cili hidup dengan bawang putih+sikit air kemudian masak dlm api perlahan tambah gula and garam ikut taste masing2..(aku wat pedas skit kemarin nih so aku tambah sos tomato-utk sambal ni pun resepi kak zila gak)

Selamat mencuba...

2 comments:

Anonymous said...

dik lily,
mayang mean hiris..
erm..cam menarik ja resepi ni.
slalu if akak wat nasi ayam..untuk nasi akak tumis(guna planta melt)bunga lawang & cinamon & garlic yg ditumbuh halussampai wangi..then masuk sup & beras..
next time try tau..
bestkan bl hb puji mskan kt..rasa cam kembang semangkuk je..
~raina~

DaZzlingLilLy said...

oo hiris rupanya..sama la nasi sy pun wat mcm akak gak..mmg best kalu hubby puji..rasa cam nak masak selalu ja..tapi mcm dikata la..tak pandai sgt nak masak memasak nih..hehe