Thursday, December 1, 2011

Andai itu takdirnya..

Sedih ja bunyi tajuk entry kan..
Actually aku dah redha..takdak lah sedih or nak meraung-raung..
Redha mengenai ketentuan Allah SWT berkaitan rezeki anak..
Dah 4 tahun kawin..macam2 cara dan soalan yg aku pernah kena tanya..muak dah dengaq..kadang2 rasa aku jawab tu macam endah tak endah or takdak perasaan dah..
Pada yang bertanya tu sila lah paham..kalo ada anak maunya aku dah kendong ke hulu ke hilir ataupun kat mana aku ada si 'kenit' mesti lah ada sekali..tak pun kalau dah mengandung mesti la ko nampak perut aku 'yang sexy' itew..kalo ko tengok aku maintain ja maknanya takdak rezki lagi lah tu..

Kesayangan maksu...my nephew

Lain lah kalo 4 tahun sekali ko jumpa aku and tanya pasal anak,acceptable la kan..ini asal jumpa ja takdak soalan lain dah nak tanya..cukup la skali tanya kan..kang aku jawab kuang hajaq satg payah..even sedara mara terdekat aku pun tak pernah tanya..seakan memahami ja..TQ sedara mara..hehe
Kekadang aku rasa soal rancang keluarga ni hal privasi antara kita dengan suami..tak perlu bgtau org berapa anak yg kita nak and berapa tahun sekali nak jarak anak..certain couple rancang kelahiran anak mesti bersebab..ada pelbagai faktor antaranya kesihatan,kewangan dan masa depan..lain family lain lah keperluan masing2..betul tak?..
Ada setengah org tu kalo kita cakap belum ada anak macam tak percaya sememangnya takdak rezki,siap boleh membebel suruh lahirkan dulu sorang kalo lepas tu nak plan ka hapa ka takpa katanya..ko memandai cakap macam tu ko tau ke keadaan hidup couple tu mcm mana?..entah si isteri sakit,keadaan keewangan tak mengizinkan,sibuk sampai takdak masa? ....
Emo bebenor aku hari ni..actually dah lama pendam perasaan..fuhhhhhhh lega leh lepaskan rasa tu kat sini..aku sematkan dalam hati ni bahawa hanya Allah saja yg tau apa yg terbaik utk kita dan sebab apa Dia belum kurniakan rezeki lagi..

28 comments:

CIK NANA said...

Herm. People talk and will never stop.
So, abaikan. Tapi cakap memang senang kan? Yang menanggungnya la yang azab.
Sabar ek kak laili.
Na doakan agar kak laili murah rezeki.
Kita tak tahu apa yang Allah tetapkan untuk kita, maybe bukan rezeki zuriat tapi rezeki kesihatan.. maybe..
Kan, so chill.
;)
Senyum sikit!!

KhaiRin said...

sabar la.. org lain pon mcm tu jg... ada yg lg lama da kawen tp x de rezeki... pedulikan kata2 org tu. yg penting kita sentiasa positif dan percaya rezeki tu AKAN ALLAH BERI... bila n berapa lama? itu terpulang kpd kehendak-Nya. dan sbg hamba-Nya, jgn kita sesekali putus doa kpd-Nya. Be strong k!

FaRah Baharom said...

Lily, dont think to much..
Ni smua rezki Allah..insyallah one day. I doakan for u. :) AMIN.

Nway soalan tu tkde ending, bila dah anak, soalan jadi bila nak tambah anak, bila dah anak girl soalan jadi bila nak dapat boy.so be cool beb. Jgn layan soalan2 gitu..buat pening n emo je. heheheehe

makdara TERdiva said...

MDT rasa bersimpati dengan mereka2 yg belum dikurniakan anak..tp percayalah perancangan Allah itu terbaik..setiap yang ditentukan itu ada hikmah yg tersembunyi..

kalau kita redha, insyaallah Dia akan beri yg terbaik lagi utk kita..

jgn pedulikan kata2 org sbb mereka bukan tuhan..

~ain said...

tak de butang like laaa nak click.. hehe.. tapi, betul sangat apa yang u tulis dalam entri ni. saya setuju!

Tila said...

saba...

efa fairuz said...

betul, sy pernah alami menda ni.. walaupun jarak masa sekejap ja.tahun pertama kawin tu mmg tak lekat2 walaupun usaha dah mcm2.. tp pressure drpd org tua tua n org luar ni yg buat kita lagi stress

manusia ni pun satu, tak boleh tengok orang pelik sikit, mula la nak judge yang bukan bukan.. benda bukan kerja kita, kerja Tuhan.. kalau Dia nak bagi kita kembar 4 pun Dia boleh bagi, cuma adalah hikmah tu kat mana mana kan.. awak sabar je..

yang penting hubungan kita dengan suami kita tu, still sama tak berubah.. pasangan yang dah kahwin mana yang tak pernah usaha nak buat anak kan? huhu..

kakak ipar sy pun 6 tahun kawen takde anak jugak.. dia pun dah malas nak dengar org bercakap dah..buat dek je.. kalau Tuhan nak bagi, ada lah kan..

CuppyCakeMommy said...

sabar la Lily..insyaallah kalau ada rezeki nanti, berderet2 ko dapat.Aku tahu ko strong..buat bodo je dgn diorang yg kurang pandai itu k.Doa aku cepat2 ko dapat twin..so leh saing2 ngan aku.heheh..

POSH76 said...

samalah kita dulu mula2 kawen mmg emo..kekadang dek sbbkan asik kena tny..kita leh sampai nak gaduh laki bini...tapi lama2 redha jer...bg I kalau kita usaha mcmana pun kalau Allah belum nak bagi...mesti ada hikmahnyer....so la ni buat bodo jer ..ko nak cakap apa cakaplaa....kalau tak tahan sgt I akan jwb senyap terus
I pun teremo jab!!

Joy said...

Insya Allah ada rezeki nanti..tak yah ambik pusing sgt dgn soalan -ve gitu

miSsMawar... said...

nak buat mcm mana kan... yg penting dh usaha... sesungguhnya Tuhan itu Maha Mengetahui... insya allah ada tu... i pray for u darling! ;)

littlehumblelynn said...

Lily

teringat kawan baik..dia pun masih belum ada anak..kawan ni sampai fobia nak balik kg suami..banyak sgt mulut2 puaka..

apapun doa banyak2 smg ada rezeki tahun baru nanti

Allah know best dear !!

my everything said...

tula masalah orang melayu kecoh suke nyebok!!! mcam i plak sebok dok tanya bile nak ade anak pompuan kene la blaja mcamane nak buat anak pompuan tensi otak betol tak tau ke semua tu datang dari Allah swt.. ape pun sabar jela sayangku.. insyaallah rezeki tu akan ade kite je tak tau bile kan...janji kite bahagia kan ;-)

Hanis MY said...

faham sangat dengan situasi ni... macamlah bilangan anak dan bila kita nak anak tu ada di tangan kita. Takkan la tak tahu semua ni urusan Allah? kita cuma usaha, ada rezeki atau tidak semuanya Dia yang bagi. Mmg sakit hati org bertanya macam kita yg tentukan semua. Sudah tentula kita dh usaha, ada ke pasangan berkahwin tak nak anak huhu...

ok la sedara mara u sporting. my case plak my family family in law sgt2 memahami. cuma sedara mara je yg kadang buat sakit hati. Ssh nak bg or faham yg i skrg ni belajar dh tu kena handle chemicals lg...benci betul yg tanya dan tak faham2 tu macam, ada yg siap ckp eh dah lama kahwin tak logik tak ada anak, sampai hati geram nk tanya dia "awak tahu bila awak nak mati?" boleh dia jawab?

huwaaa terpanjang sudahhhhhhh...

Hana Faza-same person said...

Sabar je lily..kita ni sekapal la..Hana pon dh nak 3 thun lebih tp xde rezeki lg..tp Hana Dan suami yakin sgt ALlah dh tetapkan yg baik2 buat kita.cuma kita je selalu rasa planning kita adalah trbaik buat kita.sdgkan masa depan kita, kita tk nmpak apa ketentuannya.. Hana nak share satu citer benar.kawan ni mcm kita dh lama kawen tp xde rzki.semua org bising Tanya.kwn ni tension buat itu ini.last sekali dia buat tabung uji.elok je pregnant, kwn ni sakit terlantar sb rupanya doc kata saraf dia tk kuat tanggung kandungan.rupanya itu hikmah Allah tak nak bg dia pegnen.masa sakit mana pegi org yg sibuk tnya dulu?

Kita sabar jelah lily,kan? Gunakan nikmat masa berdua ni nak bercinta2 mcm zaman couple.itu pon satu nikmat Allah. Nikmat masa . Org dh Ada anak nikmat masa kurang sikit.so marilah kita trus bercinta2 ..hehehe

InsyaAllah Ada rezeki kita nnti..

zailamohamad said...

sabarlah Lilly..aku faham..aku doakan moga lepas ni adalah tu rezeki korang..takmo stress ya

saudah said...

Hi,

Same boat here. Sekarang bila orang tanya "Bila nak dapat anak ni?", Odah jawab ENTAH.

Merancang ke? Entah

Tak terer menembak ni (kuang ajaq kan) jawab Entah jugak.

Lantak la nak terasa hati ke apa ke.

DaZzlingLilLy said...

terima utk kawan2 semua yg sudi bg komen membina..

Nurhayati said...

kehidupan manusia camtu la dear. soalan takkan putus. bila dah ada anak pun tanya gakbila nak tambah.. sama je..

yang penting kita kena yakin dgn ketentuaan Illahi.. hanya Dia sahaja yang lebih mengetahui ape yang terbaik untuk kita. setiap yg berlaku ada hikmahnya.

berat lagi mata memandang, berat lagi bahu memikul. bersabarlah lilly.. pasti ada ganjaran disebaliknya..

InsyaAllah...

heaven's for A & J said...

i yang baru kawin 3 weeks pun dah ramai orang tanya dear, mula2 i jawap senyum lagi tapi sekarang ni bila orang tanya i dah paling muka ke tempat lain biar azad jawab. macam takde otak dorg ni kan, i dah mula rasa stress setiap kali orang tanya.

senseless.

phatgurl said...

aik...semalam i dah komen tapi takde pulak ek??
anyway, mulut orang ni kita takleh kontrol. memang sakit hati dibuatnya. macam i dulu kalau orang yang tanya tu orang kat opis yang kita kenal tak kenal i menjawab je. orang dah kawen mestila nak ada anak, kalo takde anak lagi mestila sebab takde rezeki or ada perancangan sendiri. itu pun tak paham ke... emo plak i tetiba. hehe. sabo ye lilly...i doakan yang terbaik untuk u :-)

yatt said...

yes i faham perasaan u... kita sama2 pernah melalui nya.. yang penting u both kena sabar n banyak2 doa..

Allah takkan menguji hamba nya melebihi kemampuan kita.. tabah k...

insyallah ada rezeki utk kita semua satu hari nanti :)

andeliana said...

be strong kak..suma tu dugaan dari Allah..Allah tahu ape yg terbaek utk hambanya k :)

MissB said...

I faham perasan u. I was there. I pun rasa apa yang u rasa. Setiap org ada reason tersendiri kan. So pedulikkan..yg penting kita tahu keadaan diri kita..jgn sedih2 ya :)

Bitt (double IS) said...

doakan terbaik jek utk u...ape2 keadaan kite pon...kite harus hadapi dgn ceria..

Anonymous said...

Hi Lily, I'm ur silent reader. Tiba2 tepanggil nk komen pasai entry ni. Same goes to me. I dh kawin almost 3 thn. Kami dr awal lg dh buat family planning.Sbb bg I perkahwinan memerlukn kehadiran chya mata, tp kita msti buat bnyk persediann utk menymbt chya mata kita. Kita mahukn yg terbaik utk zuriat kita. Bkn hnya melahirkn,tp utk membesarkn mrk kita perlu amik kira. Mmg kita x blh tolak anak adalah rezeki ALLAH, tp kita kena ingat dia adalah amanah ALLAH utk kita,so kita msti mjaga mrka sebaik mungkin. Kalau kita rasa kita x dpt lg utk mjaga mereka buat masa ni, x salah utk utk kita merancang dn berusaha. Kita hnya mamapu merancang, tp sgla2nya ketentuan dr ALLAH SWT. I dh bnyk menerima cacian (kasarkn bhsa?)...mcm 2 org yg "berotak" ckp, "Klu you tak mengandung awl2,nnt ssh nk dpt anak!" "You ni mkn ubat ker?" Ckp senangler beb....tp setiap org mesti ada perancangan dan susah senang hidup kita hnya kita dan husband kita yg tahu. So Lily, enjoy the life of two puas2 dl. Tak salah utk hidup berdua.

cheedah said...

lily, dok search kat faacebook xjumpak pun :-(

hemm...cidah dh rasa dh sama mcm lily rasa..xlarat nak kuaq ayaq mata dah masa tu..sampai dah give up n isi borang anak angkat..tp tu lah Allah lebih tau...takdan nak submit rezeki tu mai..insyaAllah...masa tu akan sampai jugak...

Fabulous Me said...

Semua kejadian ada hikmahnya. InsyaAllah :)