Tuesday, January 17, 2012

Tima Kasih Malaysia!


Tetiba ja semangat patriotik aku nih..apa salahnya kan?
Iyer lah kita ni sebagai rakyat malaysia yg penuh adab sopan santun kena ucapkan terima kasih bila kita diberi sesuatu..betul tak?
Ke nak jadi manusia yg tak bersyukur bila org bagi apa2 merungut..kalo tak bagi ,lagi lah merungut..dan kes lagi teruk bila kerajaan bagi bantuan dgn muka tak malunya ambik, tapi mulut tetap jugak merungut yg bukan2..lawak betul bila melibatkan kes2 politik nih..ok lah sebagai manusia dewasa kita boleh ja menilai sendiri yg mana betul dan salah walau apa pun yg diwar-war kan dalam media..selagi nama politik yg dianggotai oleh manusia ni selagi tu lah wujud ketidakadilan..perkara biasa lah tu...ops melalut plak dah..

Bagi yg pendapatan keluarga kurang sari RM3k semalam dah ramai dah dapat RM500 kan..bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia..banyak tu RM500..ringan skit belanja utk sebulan dua ni..


Bagi yang bergelar pelajar pun and a semua dapat baucer buku RM200..so blh la beli buku2 yg mahal utk tujuan pelajaran kan..macam aku ni keja kat universiti mmg nampak sgt perbezaan bila jual buku...sem2 yg lepas tak ramai yg beli buku rujukan yg berharga dalam RM100 ni..tapi sem ni memandangkan dpt baucer lebih dari 10 buah buku dah aku jual..bernas idea PM kan sebab bg baucer buku..

Yang paling best sekali tu sebagai penjawat awam semestinya lah skim SBPA..gaji pokok kitorang naik..alhamdulillah..tapi apsal T aku menurun ?..huhu tak paham lagi pasal skim ni..pasni nak kena kaji balik mengenai skim SBPA ni...dah la nak kena amik segala jenis exam balik pasnih..

11 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya bukan la merungut.tapi kita sebagai rakyat dgn kemajuan yang dah melimpah ruah ni sepatutnya kita dapat lebih. Sebagai contoh ptptn kita tak perlu diberi pinjaman.tahukah kamu dinegara negara lain yang sama maju dgn kita diberi percuma perbelanjaan sekolah dan university setiap seorang pelajar? negara sendiri menaja.kenapa kita perlu mengeluarkan duit sendiri.mana hak kita sebagai warga negara sendiri.BR1M hanya 1 game bg mengaburkan mata.tengok la lepas ni semua barang naik 2x ganda.barang naik pada saya tak la menjadi masalah.biarlah mahal kerana mahukan negara kita setanding dgn yang lain.tapi HAK KITA sebagai negara yang semakin maju ni mana?FYI banyak hak kita tak dapat 1 pon seperti negara2 lain.mungkin tuan blog belom terasa lagi.cuba sudah beranak pinak walau gaji sebanyak mana pon rasa sempit dan senak mahu membesarkan anak.kewajipan kita sebgi ibubapa.tapi mana kewajipan mereka sebagai pemimpin.tak ralat ke tengok hak kita diperkotak katikan dan disalah gunakan. BR1M tu hak kita sepatutnya sudah lama diberi.dan sepatutnya kita dapat lebih dari itu.bkn nak meminta lebih.tp ia bersebab.mcm2 cukai kita byr.itu lah duit kita.mgkin br1m ni duit kita yg hanya 0.00001% yang sudah dipulangkan balik pd tuan nya.

tapi drp tak dapat apa2.kita msih bersyukur...alhamdulillah

Hana Faza-same person said...

eh? jalan juga ke skim gaji baru, Lily? bukan ke kata SBPA tangguh lagi..alamak, tertinggal plak I..

DaZzlingLilLy said...

Anonymous-terima kasih atas pendapat anda...

Hana-kitorang dah kena sain borang opsyen hana..itu lah tgk tv cuepecs masih nak kaji lagi..entah lah tak tau nak kata apa,terima jer.kang nanti berubah lagi dasar baru..hehe

Fabulous Me said...

Waaahhh gaji naik??? Boleh shop dress santek2 lgi dan lagi nih..

Bitt (double IS) said...

wahh bestnya...alamakkk saya surirumah...agegeggege

Hanis MY said...

alhamdulillah rezeki tu, hanis pun dah sign tapi belum dpt kenaikan sebab ditangguh untuk diteliti semula kan?

p/s: teringin nk order hehe tapi kena tny en suami dulu...

KhaiRin - anies said...

untung org keje gomen ni...

Joy said...

ralat jugak, sbb tgk payslip ada deduction incometax pcb beratus tu tiap2 bulan. tapi kami just dpt bantuan sekolah anak RM100 tu aja. tu pun rezeki kan. dpt la belikan bdk2 pencil box, buku2 tulis :)

nana said...

mmg T akan turun. cara tgk:

1. sebelum pindah ke SBPA, tangga gaji anda dalam SSM akan dinaikkan 1 anak tangga. cthnya.. P1T2 (RM1,500) akan naik ke P1T3 (RM1,700)

2. bila pindah ke SBPA, tgk pada mata gaji yang paling hampir dgn RM1,700. cthnya: SBPA P1T1 (RM2,300). so, itulah gaji baru and T baru anda.

exam apakah yang kena amik? after this akan ada PROSPEK instead of PTK (zmn dolu2)

littlehumblelynn said...

ehh dpt ke gaji baru jan nih?
rasa macam gaji lama lagik..

bukan tangguh ke ?

DaZzlingLilLy said...

Fabolous me-ehehe..kalo dress murah blh la beli bebanyak

Bitt-surirumah lg best leh mintak boss naik gaji hari2..

Hanis-kitorang dah sain..skang tunggu org naik gaji jer..hehe..nnt kita order sesama yer

khaiRin-ada part yg untung,ada yg rugi..hehe

nana-i pun taktau exam apa..kiranya ganti balik apa yg dah cover dulu ni..nama apa pun taktau..huhu

lynn-a'ah gaji tangguh..skang gaji lama lagi