Saturday, April 21, 2012

Pinjam meminjam...

Kalo bab pinjam duit ni aku mmg cukup berhati-hati sebelum nak bagi pinjam kt org..
Bukannya 'Haji Bakhil' okeh...tapi langkah berjaga-jaga namanya..
Zaman sekarang susah nak percaya org tak kira laki ke pompuan..
Nak dijadikan cerita baru2 ni ada sorang rakan sekolah menengah aku yg tak pernah contact langsung semenjak habis sekolah tetiba sms aku..
Rasanya no phone aku dia ada mintak dalam FB ..sekali tu aja kami comunicate..aku pun bg ja lah no phone tanpa syak wasangka..nama pun kawan sekolah..
Masa aku tgh packing baju nak ke Vietnam tu...tetiba ada satu sms dr nombor tak dikenali...dia kata nak mintak tlg tapi malu nak cakap kalo dia call...
Aku pun as usual reply tanya sapa tu and ada hal apa...sebab aku tak save nombor dia..kemudian dia reply kata nak pinjam duit dan dia adalah Y...
Aku saja tanya banyak mana dia nak guna dan untuk apa duit tu...dia cakap bnyk jugak dlm RM2000 gitu..sebabnya nak bayar duit student..di mana duit student dia dah bayar kat supplier nak beli buku,sekali buku tak sampai2...and supplier janji nak bayar duit kat dia ujung bulan...so dia nak cover dia nak bg kat student sebelum pertengahan april...
Kat sini aku dah rasa cam something wrong...sebabnya aku pun selalu beli buku untuk student..tapi takder lah bayar dulu kat supplier..selalunya bayar bila buku sampai..or macam COD gitu...
Aku suh dia report pengetua tmpt keja dia takpun report polis ja senang sebelum teruk nak kena tanggung hutang...dia bg macam2 alasan plak...so aku pun cakap dgn dia yg aku mmg nak pakai duit so tak leh bagi dia pinjam...
Balik aja dari vietnam dia sms aku lagi sekali..katanya nak pinjam RM500 aja lagi sebab duit tak cukup...tapi aku tak reply pun sms dia..aku mmg syak dia jenis kaki hutang..ko bayangkan dgn aku yg dia tak pernah kawan langsung pun dia sanggup mintak pinjam...mmg something wrong lah pompuan ni..
Sekali aku teringat ada cousin aku yg kerja satu opis dgn dia..terus aku bgtau pasal ni..rupanya kat tempat kerja dia pun ramai staf lain yg dah terkena dgn dia..mmg dia kaki pinjam duit.Cousin aku pun hairan dia buat apa duit2 yg dia pinjam dari org sebab cara berpakaian biasa aja...kereta pun guna Kelisa...dah la belum kahwin lagi...sepupu aku terus 'jahat mulut' kata "bela anak ikan kot"....hahahhahahaha....
Nasib lah aku check dulu background dia camna..sungguh pun penah kenal..tapi manusia berubah ikut peredaran masa kot...lain kali kalo nak bagi org pinjam duit kena hati-hati dulu..tanya apa yg patut..bukan senang nak cari duit oiiiii...kita bersengkang mata nak dapat sekupang dua..org pinjam beratus boleh duk diam aja....sekarang ni susah sgt nak percaya org,pompuan pun jahat kan..kdg tu yg muka baik nak mampos lagi 'baek' dia punya jahat...

6 comments:

KhaiRin : anies said...

ms sy ikuti seminar dr azizan osman tempohari, dia ada ckp kalu nk kasi pinjam kita kena bersedia utk 'menghalalkannya' kalau x, jgn bg pinjam biarpon d label sbg hj bakhil..

jgn d hiraukn org mcm tu...

Fabulous Me said...

Nauzubillah. Takot betol kalau2 diduga and jadi orang2 yang mcm ni. Menakotkan. Yelaa.. Mungkin die terdesak kan? Tapi banyak je cara lain if terdesak. Dr ape sis cite awal2 lagi kite dah mcm BLUR? Wth? Dah laaaaaaaa kwn skolah je. Pah tu x pnh bhubung alih2 dpt no dr fb. Suke2 rase die je? X ke tak malu tuh. Aisey. Malu betol. Moga die berubah..

MissB said...

Pengalaman I..senang citer, Takyah pinjam kan pada sesiapa Sbb kalau org tak byr kita Akan Sedih & Mula la nak marah sana sini..

Anonymous said...

jemput masuk.. http://hotmummyshop.com

Mr. Z and Mrs. Z said...

banyaknya duit lily kalo bagi kat dia.huhuhu.meh bagi pinjam kat ai jelah.ngeeeeeee :D

Nurhayati said...

mcm2 perangai manusia ni kan.
nasib u check dulu background dia.. n tak mudah tertipu.