Sunday, October 14, 2012

Kembara Nazneen- IFF Kangar 2012

Sorry guys..baru hari ni sempat nak update..
Apa2 pun mmg best dapat tgk fashion show setelah sekian lama tak wat show..hahaha
Acara ni buat julung2 kalinya diadakan di Kangar,Perlis..sebelum ni diadakan di JW Marriot KL
Kiranya kami rakyat perlis mmg bertuah sebab berpeluang tgk IFF di negeri Indera Kayangan sendiri..ini semua hasil usaha DYTM Tuanku Lailatul Syahrin iaitu Raja Puan Muda Perlis sendiri..Tuanku yg bertungkus lumus untuk adakan acara glam ni di perlis dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar..
Tema IFF untuk hari tu ialah "Kembara Nazneen"
Majlis ni adalah anjuran bersama AMAED,KPT dan kerjasama beberapa pihak seperti kerajaan negeri,UniMAP,Kolej Komuniti,PDRM and banyak lagi lah..
 
Tema pakaian hari tu ialah PINK..
Memang tak susah lah kan sebab ramai je yg ada baju pink..tp aku mmg tak banyak baju pink sebenarnya..hehe..pakai je apa yg ada..mix & match dah lah kan..ramai benor wanita2 yg minat fesyen pakai baju cantik2 hari tu..tahniah saya ucapkan..terutamanya lecturer2 dari kolej komuniti..fullamak cun habis baju u ols..so yg menang best dress pun banyak dari sana katanya..
 
Pengacara majlis hari tu tak lain tak bukan ada lah si cantik Catriona Ross..tak lekang bibir dari senyuman..lawa..
 
Antara designer yg datang ialah Ammara Hijabi,Calvin Thoo,EDZ,Aliya Maisara,Sisterholic dan ramai lagi yg aku tak pernah dgr pamerkan koleksi diorang..
 


 
 

 
Dian Pelangi punya collection mmg cun habis..tapi dia tak datang..
 
 
Radzuan Radziwill's collection pun ada..tp cam biasa lah the designer takde..hantar wakil jer..
 
Acara IFF bermula dari kul 8pagi-12.30tgh..bermula dengan fashion show di selang seli kan dgn forum Bijak Niaga di mana tokoh2 perniagaan berjaya seperti puan Mona Din datang bagi tips2 utk berjaya dalam bisnes fashion ni..antara kata2 Puan Mona yg aku ingat lagi ialah lebih kurang camni
"Kenalpasti the Do's and Dont dalam bidang yang akan kita ceburi tu..do your home work before nak mula kan sesuatu bisnes"
 
Selain tu ada jugak segmen gayakan tudung untuk pelbagai peringkat umur..segmen ni yg jadi penceramah jemputan ialah ustazah yg menang ustazah pilihan tu..sapa ek nama dia?..lupa..
 
 
Secara keseluruhannya memang best dapat hadiri majlis camni..banyak info yg boleh kita dapat terutamanya untuk yg meminati fashion and bisnes macam aku..nak2 lagi percuma plak tu..kalo kat KL kena bayar ke??..
Cuma aku rasa stage je mcm tinggi skit..selalunya kalo tgk tv stage mcm paras lutut penonton je kan..kalo sesapa yg duduk kat depan mmg kena dongak..
Pic semua aku copy dr FB kengkawan sbb aku mmg tak bwk kamera..kalo bwk pun agaknya mmg tak cantik gambar sbb acara fashion show kena snap dgn kamera canggih baru cantik..model2 tu sentiasa bergerak..so mmg perlukan kamera canggih lah kan..
Aku pegi under jabatan aku lah kan..kami staff pompuan dapat jemputan and dikira kusus satu hari u ols..hahahha..


Aku smuggle jiran aku sekali masuk..hehehe..dia pun berminat jugak dgn acara2 fesyen semua ni..tp at the end ada je card jemputan lebih..cam biasa lah kan..kawan2 ramai leh kawtim..
 
Persembahan artis tengah hari tu ialah nyanyian dari Black..
 
Last skali ada serprise dari penganjur..depa jemput jemput aaron aziz hampa tau dak..
Aaron datang dgn ahmad idham sebab skrang mmg kebetulan diorang ada shooting kat Perlis..shoot utk filem LARI..bergema satu dewan bila nampak aaron..hehe..almaklumlah dewan tu kan dipenuhi oleh gadis2 and makcik2 yg terdiri dari peminat aaron..
 
Lepas habis semua acara kitorang plak naik stage wat photoshoot sendiri..hehe..


 
Sambung kat luar plak..
Scarve : Maysaa, Kebaya:Jln TAR, Bag : Aldo, Kasut : Aldo, Palazzo : The Poplook, Necklace : Zalora My
 
 


5 comments:

~Beb~ said...

cantiknye kamu

shida said...

puan Lily mmg santek....

DaZzlingLilLy said...

Beb-tq ain

shida-hehe..maluuuuunyaaa...tq pah

Bitt (double IS) said...

suka style hijab u :)

DaZzlingLilLy said...

Bitt-ini tudung segera bitt..senang pakai