Thursday, March 7, 2013

Kronologi Lahad Datu

Peristiwa ni mmg dah berminggu terjadi dan semua rakyat malaysia dah tau kan...tuptup ja ada penceroboh masuk negara kita dan nak jajah Lahad Datu..asalnya kita semua hidup aman damai..terus terkejut dan rasa takut mula menyelubungi kita semua rakyat malaysia..macam2 kedengaran dari media dan segala news yg di share di FB...susah nak pastikan salah atau benar..nak2 lagi sekarang musin pilihanraya nak dekat..haishhh...keliru jap aku tentang masalah negara ni..
Apa2 pun kita rakyat Malaysia memang tak nak negara kita dijajah...am i right?

Kat bawah aku copy paste skit kronologi peristiwa Lahad Datu..

Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina:

9 Februari:Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari:Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari:Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari:Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telahmengenal pastikumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Ismail berkata rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.


Moga anak2 bangsa tak akan lupakan peristiwa ni..jagalah kedaulatan negara kita yer adik2 sekelian..bersyukurlah anda jadi rakyat Malaysia...

No comments: