Tuesday, March 12, 2013

Udang Asparagus berSos Tiram

Semalam punya lah buntu,taktau nak makan apa..apa yg ada dlm fikiran tu smuanya membosankan..
Last2 masak nasik..pastu masak lauk simple ni..nasib laki dah makan nasik kandar..so masak tuk aku je..
Nasik sepinggan+udang asparagus ni pun dah cukup kenyang..alhamdulillah..
Nak sediakan pn mudah dan cepat..

Bahan:
Udang
Asparagus
Bawang putih dihiris nipis
Sos tiram 2 sudu
Gula satu sudu teh

Cara-cara:
-Rebuskan asparagus agak2 separuh masak dalam periuk rebusan,kemudian toskan
-Panaskan minyak dan tumis bwg putih sampai naik bau..
-Masukkan udang,goreng setengah masak kemudian masukkan sos tiram..
-Kalau nak berkuah tambah air sikit..masukkan gulaMikut sedap rasa mulut korang lah yer,setengah org tak masukkan gula.Garam tak perlu dah sebab sos tiram dah masin.Aku tambahkan serbuk lada hitam skit bg nampak menarik..hehe..nk makan pn mst kena nampak menarik kan?!!
-Kemudian masukkan asparagus tadi..gaul rata dgn udang smua..goreng kejap je sudah..nanti lembik plak asparagus..

Ok Done!

Selamat mencuba..

Sent by Lilly from her BlackBerry® smartphone

3 comments:

Has said...

if kita yg mkn sendiri..masak 1 lauk je dah kan? nmpk sgt menarik n sedap...

Bitt (double IS) said...

sayur batang bak kata doubleIS..hehehe yg simple tu mesti bertambah2..kan ;)

DaZzlingLilLy said...

Has-a'ah sejenis pn cukup dah..janji kenyang

Bitt-hehe sayur batang..sbb takde daun kan