Sunday, March 31, 2013

Nephew Kawin...



Macam biasa,weekend time cuti skolah mesti pegi majlis kawin..
Kali ni sedara terdekat kawin,nephew..

Majlis ringkas aja,semua sedara ada..best sebab dapat jumpa semua sambil gosip..wah gosip la sangat kan..hehe..
Dlm gambar smua nampak ayu ja,tapi peluh nitik2 tuhan aja yg tau..cuaca kat perlis panas sesangat u ols..berkuap mcm nak hujan,tapi tak hujan,pedih pipi okeh!

Semoga jodoh our nephew berkekalan hingga akhir hayat..sabar lah bebanyak hadapi dugaan berumahtangga..

Owhmaiii..aku terlebiih glam skit kali ni..haha..mak andam yg nak sanggul rambut aku,FOC sapa nak tolak kan?!!..aku tadah ja lah kepala kt dia..tq nora..

Dress by syomir izwa for ZAWARA and necklace from FASHIONVALET..termatching plak eh..

Sent by Lilly from her BlackBerry® smartphone

Friday, March 29, 2013

Chanel Act 2 Bag

Im drooling for this beauty..
Slurppppp...so yummy..

yet got the sporty look..

*mode: berangan jap*

Wednesday, March 27, 2013

H&M Conscious Collection

Skang dah masuk musim spring/summer kan..
di negara mat salleh nun ha..kita kt msia mmg sentiasa spring summer pon,kecuali tambah musim tengkujuh jer kan..
Bila musim spring/summer ni baju2 semua design lawa2..bunga2,flora fauna atau kaler ceria..
Kali ni H&M plak ada lancarkan CONSCIOUS COLLECTIONs..apa tu conscious collection? Korang gi la website dia baca kat situ..ringkasannya aku cuma cakap sustainable fashion jer..hahahaha..
Mlas nak ceta panjang2..ceta yg aku suka ja iaitu baju2 dia lah..apa lagi kan yg korang leh dapat kt blog ni..

Yg ini mmg first choice aku..cinta pandang pertama gitu..

Yang lain2 pun apa kurangnya..cantik n harga sangat dlm ruanglingkup kemampuan..



im a happy bunny bila dapat apa yg dihajati..my dresses for spring summer..hehe..



Sent by Lilly from her BlackBerry® smartphone

Monday, March 25, 2013

A year older

Hopefully a year wiser jugak..
Alhamdulillah dipanjangkan umur sehingga genap 31 thn hari ni..
Sempena umur dah masuk sweet 17 ni..hehe..kena la ada something new..wpun tak dapat present,yg penting ada perubahan..
sikit perubahan yg aku buat cuma potong rambut aja..haha..
Thanks kpd kengkawan yg sudi wish thru fb,whatsapp,sms..semoga doa anda smua dimakbulkan..



Sent by Lilly from her BlackBerry® smartphone

Saturday, March 23, 2013

Wallet Pink


Wallet aku cuma satu ja..mmg takda lebih..
Kalo handbag mmg rajin tukar2..tapi wallet sorry ai tak rajin..
So bila belasah satu ja,memang belacan lah jadi nya..sampai kan dah hilang printed kat atas line tu..mmg pakai sesungguhnya..puas ati beli mahal,berbaloi..
Wpun wallet ni tak rosak lagi..cuma comot aja..napsu tuk wallet baru tetap ada..haha..
Skang kan banyak kaler2 best ala2 candy..pilih punya pilih last2 pink jgk yg cantik di mata aku..kali ni pilih jenis long wallet zip around plak..

Harap2 tukar wallet baru ni,tuan wallet pn ada amalam baru lah jgk;pandai simpan duit!
Hehehe..ntahpapa je kan..


Sent by Lilly from her BlackBerry® smartphone

Friday, March 22, 2013

Quote of The Day

Mimpi Biar Sampai Ke Bintang..
Walaupun Realitinya Sekadar Cecah Bulan Purnama.. 
Kalau Mimpi Sekadar ke Langit Biru..
Realitinya Mungkin Sekadar Menggapai  Pelangi..

(Pic:googled)

Tuesday, March 19, 2013

Braid & Bun

Mcm cantik plak tgk minah salleh ni buat bun n braid camni..
Kalo bun tu mmg biasa aja,sebab selalu nampak amoi2 buat..

(Pic:google)
Moh ler try buat nanti..

Tapi nmpk mmg cam senang nak wat bun..aku yg duk buat selalu ni pun still tak kemas2 lagi smp skrang..
Padahal rambut panjang lebih kurang ja mcm minah salleh ni..
Selain tu nak mudah buat bun ni kena beli 'alat' dia..
Memang lg senang jadi..masukkan rambut kemudian gulung2 aja..
Macam aku rambut lebat susah skit nk cari 'alat' yg sesuai..
Nnt aku snap pic 'alat' tu..
Aku mmg suka ber'bun gini sebab tak panas..

ok lah balik nnt nak cuba buat braidbunbang ni..tgk camna hasilnya..


Monday, March 18, 2013

Good Luck For your Final Exam..

Bila dapat sms/whatsapp dari students..
Terus macam2 perasaan menjelma..


Terharu pun ada..


Takut pun ada..


Kagum pun ada..

Dalam era moden camni senang je kan nak blajar or tanya lect..whatsapp je terus dapat jawapan..kalo kita dolu2 nun ha...nak pi bilik lecturer pn mungkin 3 tahun skali aja..apa tah lagi nak call..huhu
Satu hal lagi bila jadi tenaga pengajar ni,student nak exam,kita pun tumpang ketaq lutut..takut diorang takleh jawab..
Apa-apa pun saya sentiasa doakan kejayaan student2 saya..wpun dalam kelas mulut lect korang ni kdg lazer ngalahkan sinaran lazer..tapi deep down inside,cuma nakkan kejayaan korang jer..
Saya tak mintak lebih dari korang,semoga ilmu yang disampaikan tu bermanfaat utk korang yer..esok2 bahagia saya di akhirat dgn ilmu-ilmu yg korang manfaatkan..itu aja yg saya harapkan...
Good luck untuk u ols sekelian...saya tau subjek elektronik susah,saya dulu pun macam korang..hehe..
Berusaha sudah,tawakal ajer jawab esok eh....

GOOD LUCK!!!!

Thursday, March 14, 2013

NARS Semi Matte Lipstick

My first lipstick for 2013..
Kali ni tukar ke NARS plak..slalu beli MAC, MAYBELLINE,DIOR or BOBBI BROWN jer..
Saja nak tukar selera..

Pilihan kaler agak banyak jgk utk semi matte ni..
Tapi yg aku nak takde plak..yg memenuhi taste yg available cuma kaler Catfight je..
aku suka Schiap atau Funny Face..

 Bila apply kat tangan kaler dia lebih kurang camni..
ala2 pinky mauve gitu..
Bila apply kat bibir nampak cam natural...


harga lipstick ni dalam RM86..


Pasni nak try lelain plak sbb my fren kata foundation+bedak dia bagus tak berminyak....


Wednesday, March 13, 2013

The KariPole Tree Project


Kenal pokok apa?

Ramai yg tahu rasanya..poyo lah korang kalo taktau apa jenis pokok ni..
Kalo kat tempat aku org panggil pokok karipole..hehe..atau pun nama glemer dia pokok kari..nama saintifik Murraya Koenigii..
Alah daun kari yg tumis dgn rempah kari tu..hehehe..
Semalam ni tetiba rajin dgn tak sengaja..
Masa aku kluar ikut pintu blakang rumah,nampak maid jiran belakang tgh duk korek2 tanah berkebun..aku pun mintak akak tu cabut anak pokok kari kat situ..
Nah amik ko..6 anak pokok dia bagi aku..

Aku gembur kan tanah dalam pasu aku yg mostly bekas2 pokok yg dah mati tu..kemudian basahkan tanah2 tu and mulakan proses korek2 n tanam2..
Harap2 kali ni membesar lah pokok Murraya aku ni..dulu penah tanam dah..tapi mati u ols!..tuannya pemalas siram..
Kesimpulannya pokok kari ni senang jaga,tapi jgn malas siram yer..

Sent by Lilly from her BlackBerry® smartphone

Tuesday, March 12, 2013

Udang Asparagus berSos Tiram

Semalam punya lah buntu,taktau nak makan apa..apa yg ada dlm fikiran tu smuanya membosankan..
Last2 masak nasik..pastu masak lauk simple ni..nasib laki dah makan nasik kandar..so masak tuk aku je..
Nasik sepinggan+udang asparagus ni pun dah cukup kenyang..alhamdulillah..
Nak sediakan pn mudah dan cepat..

Bahan:
Udang
Asparagus
Bawang putih dihiris nipis
Sos tiram 2 sudu
Gula satu sudu teh

Cara-cara:
-Rebuskan asparagus agak2 separuh masak dalam periuk rebusan,kemudian toskan
-Panaskan minyak dan tumis bwg putih sampai naik bau..
-Masukkan udang,goreng setengah masak kemudian masukkan sos tiram..
-Kalau nak berkuah tambah air sikit..masukkan gulaMikut sedap rasa mulut korang lah yer,setengah org tak masukkan gula.Garam tak perlu dah sebab sos tiram dah masin.Aku tambahkan serbuk lada hitam skit bg nampak menarik..hehe..nk makan pn mst kena nampak menarik kan?!!
-Kemudian masukkan asparagus tadi..gaul rata dgn udang smua..goreng kejap je sudah..nanti lembik plak asparagus..

Ok Done!

Selamat mencuba..

Sent by Lilly from her BlackBerry® smartphone

Friday, March 8, 2013

Macam Tak Caya..

Murah sesangat tuh...IKEA SALE mmg kebabommm!
Yang ni RM 1.90 aja..
memang berguna kan benda alah ni..kemas and tersusun je kalo ada organizer ni..

Yg ni besaq gedabak pun murah..RM99..

Aku mmg dah lama impikan rak camni..almari dah sesak sesangat..kalo ada rak camni senang lah nak lipat yg kategori 'mini' masuk sini kan..

Pastu yg ni plak kalo ada BoBoiBoy mmg aku belikan..
Comel kan? RM19.90..sangat berpatutan..

Cepat2 serbu ikea buat sapa yg berdekatan..yang jauh cam i cuma perlu cuci mata aja..
Kalo nak cuci mata di website klik sini:


Thursday, March 7, 2013

Kronologi Lahad Datu

Peristiwa ni mmg dah berminggu terjadi dan semua rakyat malaysia dah tau kan...tuptup ja ada penceroboh masuk negara kita dan nak jajah Lahad Datu..asalnya kita semua hidup aman damai..terus terkejut dan rasa takut mula menyelubungi kita semua rakyat malaysia..macam2 kedengaran dari media dan segala news yg di share di FB...susah nak pastikan salah atau benar..nak2 lagi sekarang musin pilihanraya nak dekat..haishhh...keliru jap aku tentang masalah negara ni..
Apa2 pun kita rakyat Malaysia memang tak nak negara kita dijajah...am i right?

Kat bawah aku copy paste skit kronologi peristiwa Lahad Datu..

Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina:

9 Februari:Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari:Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari:Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari:Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telahmengenal pastikumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Ismail berkata rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.


Moga anak2 bangsa tak akan lupakan peristiwa ni..jagalah kedaulatan negara kita yer adik2 sekelian..bersyukurlah anda jadi rakyat Malaysia...

Tuesday, March 5, 2013

Wau Classic Necklace

 
Weekend aritu tertunggu-tunggu jugak..
Awat la parcel aku tak sampai2..
Skali isnin baru sampai u ols..
First time I beli dari FV..
 
Berdebar2 nak bukak tgk isi dalam..hehe..poyo kan??
 
 
Cantik kan kaler dia,nampak dlm pic mcm pastel,tapi ala2 turqoise gitu..
Dah barang ada kat tangan mesti lah tak sabar nak pakai..hehe..gelojoh tul aku..
Tapi nak pakai pun kena sesuai kan dgn baju..pada pemikiran I baju yg manis dan sesuai semestinya lah kebaya ataupun plain kurung moden..
Kalo nak sesuaikan dgn jeans and blouse pun apa salahnya kan..cantik jugak..
 
Sent by Lilly from her BlackBerry® smartphone