Tuesday, March 14, 2017

Tips Berguna Di Bangkok, Thailand

Bulan Januari lepas i ols sempat ke Bangkok kejap. So dapat la merasa suasana kemeriahan kotaraya Bangkok a.k.a SIN CITY tu.. memang best ke sana terutamanya untuk kaki shopping. Tapi sayangnya sekarang currency kita gaka rendah, jadi barangan di sana harganya agak mahal la sikit berbanding dulu.

Ok lets move to our focus: tips berguna di Bangkok! 

Public Transport
Bangkok mempunyai jaringan public transport sama mcm KL jugak yer..ada MRT, BTS dan Airport Link..semuanya bersambung sekali..memang mudah nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat. 
source : http://www.bangkok-maps.com/bts.htm

Macam i ols dari Suvarnabhumi International Airport nak ke town hari tu memang dah berniat nak try naik train..cuma anda kena kenal pasti station mana yang berhampiran dgn hotel anda dan pertukaran stesen tu kena alert yer..tiket dari airport ke town pun sangat berbaloi..tak sampai 100THB pun u ols (Airport ke Makassan stesen THB35 sajo!)...kalau sorang better naik train yer..cepat dan tak perlu nak hadap jam. Atau option lain u ols boleh naik bas jugak..kalau ramai lagi jimat naik teksi. Tambang teksi di Bangkok pun tak mahal.a few times jugak we ols naik teksi contohnya dari Platinum Mall ke area hotel di Phatpong cuma dalam THB80. Kalau nak naik Tuk-Tuk rate lain pulak yer..so kalau nak jimat naik teksi biasa aja.

Shopping
Antara tempat shopping terkenal di Bangkok adalah Chatuchak Market, Platinum Mall dan Pratunam Mall dan jugak beberapa pasar malam...Kalau nak high end shopping macam Pavillion KL tu u ols boleh ke Siam Paragorn atau mall2 lain..tapi harga barang di sana lebih mahal dari di Malaysia walaupun dari jenama yang sama. Saranan i ols, kalau ke Bangkok baik beli barangan biasa2 tanpa jenama mcm blouse atau aksesori. Memang rambang mata tgk barang2 di sana..

Kalau anda tak kisah dgn keadaan panas dan berkuap u ols boleh ke Chatuchak Market. Di sana boleh tawar menawar dan terdapat pelbagai pilihan barangan dari pakaian,aksesori,perhiasan, beg dan macam2 lagi lah..sediakan duit dan jugak tenaga saja..hahahha..bab makanan halal jangan risau yer..di Chatuchak banyak gerai yg jual makanan halal. Cuma kalau pergi tengah hari agak panas lah...mcm i ols pergi awal pagi..jadi tak panas sgt..
Satu lagi tempat utama untuk shopping dgn harga berpatutan dan dalam suasana sejuk(aircond) u ols boleh ke Platinum Mall. Di sini pun banyak pilihan..blouse,aksesori,mekap,toys,kasut etc...tapi di sini sesuai utk belian borong.Kalau beli sehelai harga agak mahal, tp dgn belian minimum 3 helai anda akan dapat harga yg agak murah. U ols boleh campur2 contohnya blouse berbeza design..Di Platinum pun ada kedai makanan halal di foodcourt atas..i ols
memang suka ke sini sebab tak panas..hehehhe
Charcoal aiskrim di Platinum Mall

Kalau rajin, apa kata anda lintas jalan ke Pratunam Market berhadapan dgn Platinum Mall. Di sini pun banyak pilihan dan harga barang agak murah dr Platinum Mall..contohnya i ols nampak satu necklace yg sama berbeza harga 1THB jika di Pratunam Market...

Kalau nak cari aksesori telefon atau komputer anda boleh ke MBK..di sana banyak sgt pilihan phone casing, tripod, fish lens and etc..di MBK pun ada restoran makanan halal iaitu Yana Restaurant.

Harga Makanan
Harga makanan di Bangkok agak mahal..kecuali makanan di foodcourt mall mmg berbaloi. Selain tu we ols realize yang harga makanan di KFC jugak berbeza ikut outlet..contohnya satu meal KFC di Asiatique almost 20THB tetapi hanya 12THB di KFC Phatpong..hehehe..jadi u ols pandai2 lah buat pilihan yer..street food di sana pun kebanyakannya non-halal..sekadar bolh jalan2 jamu mata amik bau aja lah..hahahha..mungkin sesetengah tempat ada peniaga muslim boleh lah kita makan koayteow sup tepi jalan..tapi i ols memang tak jumpa langsung lah hawkers muslim..

Hotel
Hotel murah banyak sangat di Bangkok ni.So kalau u ols travel secara backpackers pun boleh dapat hotel yg bawah RM100..terpulang kepada bajet masing2 ya..hotel tu kalau blh cari lah yg berdekatan dengan stesen MRT atau BTS, senang nak bergerak kemana2...kalau nak senang cari area Arab street blh dpt makanan halal..tapi sekarang ni ada beberapa restoran yg menyediakan perkhidmatan oenghantaran makanan ke hotel. Restoran usman kalau tak salah, u ols blh google yer..(kalau ada maklumat nnt i ols update).. kalau dah menginap di hotel murah u ols jgn la megharapkan keadaan bilik yg sempurna ala Pullman yer...

ok setakat ni tu aja tips yg i ols blh share..kalau ada apa2 yg nak tambah boleh tinggalkan di ruangan komen ya...
Selamat bercuti ke Sin City...

Thursday, March 2, 2017

Siput Kemudi

Siput Kemudi ni mmg antara spesis yang 'rare' sebab susah nak jumpa.
Macam i ols pun baru semalam tengok..selama ni tau makan aja..
Bila tanya kawan2 di FB, ada yang kata kupang..tapi rupanya tak sama antara siput kemudi dengan kupang. Kupang kita boleh jumpa dalam sesetengah spagetti seafood. Atau dalam english mussel. Tapi siput kemudi tadi i ols google nama english dia atau dalam kumpulan kerang Atrina
Saiz siput kemudi pun besar..cengkerang dia dalam 20cm jugak..cuba tengok video dibawah ni..

video

Isi siput kemudi memang agak kenyal dan liat2 sikit..tapi isi nya memang besar lah...sebesar lebih kurang 1 inci jugak..ni perbezaan antara isi siput kemudi dgn kupang. (gambar dari google ya)

Tapi sedap jugak siput kemudi.Bila baca dari blog2 lain ada yang kata bakar kosong pun sedap. Atau boleh aja masak ikut taste kita. Semalam i ols try masak asam..ok jugak not bad..makan 3 ekor pun dah kenyang rasanya..tapi dengan nasik la kan..
video


Kalau korang terjumpa jangan takut untuk cuba ya..bukan senang nak dapat siput kemudi ni...