Sehubungan dengan itu, pihak Pendaftar telah menghubungi pihak JPA bagi mendapatkan jawapan tentang bulan pembayaran gaji di bawah SBPA memandangkan isu penangguhan SBPA dibangkitkan.
Melalui jawapan e-mel daripada pihak JPA telah dimaklumkan bahawa “penangguhan pelaksanaan SBPA bermakna gaji yang sepatutnya dibayar ialah gaji berdasarkan SSM sehingga kerajaan memutuskan tarikh gaji dibayar berdasarkan SBPA”.
Oleh yang demikian, semua staf akan terus dibayar gaji di bawah SSM, iaitu gaji hakiki pada 31 Disember 2011 sehingga arahan diterima daripada pihak JPA/Perbendaharaan untuk membayar gaji di bawah SBPA.
*copy email yg dihantar dari company aku*
Maksudnya skrang masih gaji lama yg masuk..kita tunggu je lah gaji baru tu masuk..huhu..untung sesapa yg junior sebab gaji terus banyak..dalam kepala otak ni mcm2 plan dah nak buat bila gaji baru masuk..hehehe,pompuan oh pompuannnn....