Tuesday, March 17, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia disebabkan COVID19

Setelah beberapa bulan dunia dilanda wabak Corona Virus atau dikenali dengan COVID-19, akhirnya Malaysia mengambil langkah proaktif dengan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan kepada semua rakyatnya bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Masing-masing mengalami "panic buy" sejak kemarin..huhu bertabah lah rakyat Malaysia sekelian..
Pasti ada hikmah disebalik semua yang terjadi.

Bagi i ols yang bekerja di sektor akademik, Institusi pendidikan memang diarahkan tutup. Semua kelas atau perjumpaan hanyalah melalui medium media sosial. Nasib lah diploma baru sahaja habis semester, dalam minggu "study week" tengah tunggu minggu peperiksaan. Jadi i ols hanya bekerja di rumah, bawak semua kerja balik...

Mari lah sesama kita doakan agar wabak COVID19 dapat dibendung dengan kadar segera dan kita semua dijauhi dari wabak ini..

Take care everyone..

Wednesday, January 1, 2020

Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2020

Assalamualaikum semua,

Selamat Tahun Baru 2020
Lama rasanya tak pernah update blog ni, dah bertahun..huhu
Bukannya apa, melalui handphone mcm ada problm skit nak update. Dulu selalu aja i ols update melalui phone..

Jom tengok jadual pembayaran gaji bagi kakitangan kerajaan untuk tahun 2020 ni.
Actually post ni i ols buat dalam bulan Mac, tp jadikan sebagai schedule pots. Perubahan tarikh gaji dah berlaku beberapa kali dari tarikh yg tertulis seperti dlm gambar..diubah mengikut kesesuaian semasa..