Thursday, November 27, 2014

Radiance Signature Whitening & Glowing Series Review

Dari dulu lagi i mmg jenis yang sgt menjaga kulit dan wajib amik supplement harian.So baru-baru ni my bff cik yaya ada bagitau yang dia amik Radiance Signature.Sangat berkesan katanya,jadi apa lagi i pun terus lah beli sekotak.Wajib cuba sebab nak cantik macam bff kita..hehehe..


So ni lah kotak Radiance Signature tu.Siap dapat paper bag lagi.Sekotak Radiance Signature ada 20 sachet.Cara minum mudah saja,koyakkan satu sachet dan terus minum.Radiance Signature ni berbentuk cecair.Ala2 macam madu tu u ols,sebab salah satu kandungan bahan RS ni ialah madu..kurma..vitamin C,vitamin E dan collagen..semua makanan berkhasiat untuk badan terkandung dlm RS ni u ols..
Alhamdulillah seminggu consume RS, nampak perubahan bila kawan-kawan tegur muka i semakin glowing.Pagi2 pun mudah bangun tido sebab dapat quality sleep (nyenyak sangat..hehe)..bila tidur cukup,badan pun rasa segar..nak buat kerja terus semangat.
Bila sendiri consume dan nampak kebaikan produk,baru i berani share kat sini..biar u ols kawan2 pun boleh try sesama.



Antara kebaikan Radiance Signature ialah:


► Mencerah & Menggebukan Kulit
* bukan sekadar dimuka tetapi di seluruh badan 
► Mencerahkan kulit ke tahap maximum
► Menjadikan kulit glowing naturally
► Anti Penuaan
► Memperbaiki sel sel kulit
► Mengecutkan Jerawat
► Menghilangkan jeragat
► Memudarkan Parut parut jerawat
► Menurunkan berat badan
► Menghilangkan Kulit Kusam & Tidak Bermaya
► Menghilangkan Kesan Lebam Di Bawah Mata
► Memberikan tenaga serta merta
► Memberikan tidur yg nyenyak
► Mempunyai 1001 khasiat lain


Khasiat Sampingan Dari Penggunaan Radiance Signature™
-------------------------------------------------

► Merawat resdung
► Merawat kencing manis kerana menggunakan pura sweet
► Merawat dan mencuci buah pinggang
► Merawat dan mencegah kanser payudara
► Merawat pemutihan pada alat sulit wanita
► Menegang dan menganjalkan payudara
► Merapatkan alat sulit yang longgar
► Meningkatkan collagen dalam badan
► Meningkatkan tenaga serta merta
► Meningkatkan metabolisma badan
► Dan pelbagai khasiat lain


Radiance Signature™ juga mengandungi ramuan dan kandungi aktif serta menggunakan 100% natural base.

► Tanpa Sapuan
► Tanpa Pengawet
► Tanpa Bahan Terlarang
► Tanpa Asid
► 100% Natural Base
► Produk GMP Certified - LULUS KKM 120314/03/149
► Mendapat Kelulusan HALAL 20140424-164308(PR)
► Produk Selamat & Berkesan






Yang penting produk Radiance Signature adalah keluaran Bumiputera dan mendapat pengesahan sijil halal..so boleh consume tanpa was-was.






Jika anda berminat dengan produk Radiance Signature sila 
LIKE FB PAGE : JELITAWAN BEAUTY HOUSE





NAK CANTIK JANGAN TENGOK SAJA NA!!

Tuesday, November 18, 2014

Teater Tradisional Jikey : Pengembaraan Putera Sadao

Sekali sekala layan teater best jugak kan.
Nak kata aku ni peminat teater tak jugak,tapi boleh aja nak menonton tukar aliran dari tgk movie ke teater.
Kali ni aku temankan kawan aku peminat tarian dan teater ke auditorium JKKN perlis.
Tiket free so layan kan jer lah..lagi pun malam sempat lah lepas kerja balik siap2 terus ke sana.
Teater kali ni bertajuk Pemngembaraan Putera Sadao..nama putera ambik sempena nama tempat di thailand.Manakala watak tuan puteri pula bernama Puteri Yala..tapi keseluruhan teater ni menggunakan tempat-tempat di negeri perlis sebagai kerajaan sang putera.


As usual la teater tradisional..berkisarkan kisah putera raja yang selamatkan tuan puteri dari penjahat.Dan kemudian mereka pun dikahwinkan...watak-watak awang dan inang memang sangat best..

lawak2 negeri perlis u ols...kalo org luar agak susah sikit nak paham rasanya..suara nyanyian inang pun sedap..merdu aja..


Secara keseluruhan aku rate 5/10 untuk pementasan Pengembaraan Putera Sadao..
Yang bestnya di akhir program ada sesi cabutan bertuah..pemenang utama dapat oven...haishhh sayangnya aku bukan jnis yg 'bertuah' ni kalo ada cabutan bertuah bagai..

Sunday, November 16, 2014

Pesta Air Kuala Perlis


Pesta Air ni kalau masa aku kecik dulu memang sentiasa dinanti-nantikan..cukup meriah..
Tiap kampung di kuala perlis masing2 pakat buat sendiri perahu yang akan diorang kayuh untuk pertandingan..siang malam semua bertungkus lumus..
Tapi sekarang ni katanya kebanyakan kampung beli aja perahu..
Memang sangat nostalgia pesta air zaman dulu2..


Untuk tahun ni punya aku decide nak gi sebab my family pun semua gi tengok dari rumah lama kami di kampung..memang best lah..semangat memasing menjerit bagi sokongan..

Time ni panas jugak dalam kul 4.00 ptg..
Tapi turun jugak kat atas bot..nampak lagi dekat..kat atas titi sana nun..lagi ramai org..



Yang baju kuning ni rasanya team kampung aku..lupa pulak nama team..dah dapat masuk final..




Lewat sikit pindah duk sini pulak..tak panas sgt..


Macam ni lah pemandangan dari rumah kampung aku..betul2 tepi sungai..tempat aku membesar terjun sungai bagai..hehehehe



Habis acara pesta air..terus ke rumah makcik aku..'bersidang' minum petang..selalunya di sini tempat kami berkumpul..makcik aku selalunya jadi host..heheheh.


Tahun depan harap2 ada lagi pesta air..memang konfirm nak pi bg sokongan lagi..

Wednesday, November 12, 2014

H&M Kota Kinabalu...coming soon

Wow...mesti excited org kk..
My sister mesti suka ni..kan kak farah?..bestnya..kk akan ada H&M.tak lama dah..few days je lagi.
Nanti kalo ke kk boleh la jalan2 ke 1borneo.hopefully...

Friday, November 7, 2014

Aidijuma Gold Label

Baru berjinak2 dengan aidijuma.Ni semua pengaruh rakan sebaya lah ni.Lepas kak farah bgtau..terus aku bgtau kawan2..so dapat lah sorang sehelai tudung free dari aidijuma ni.Katanya pemberian sempena birthday pengasas aidijuma iaitu Norjuma..
Rupanya aidijuma ni dibahagikan ikut kategori label..white label,green label and bnyk lg lah..aku pun taktau sgt..sebab baru kenal..tapi harga aidijuma mmg murah start dgn rm10 bagi white label..
Rupanya aidijuma ada fan dan pengikut yg tersendiri..design pun cute aja..selain tu selalu jugak ada keluaran design2 baru..bak kata org x terkejar den!!


Untuk gold label corak bunga2 yg aku dapat ni..simpan aja dulu sebab matcing2 dgn baju takda yg sesuwai pulak...ermmmm...yg lagi 3 helai beli tu pun simpan jugak..nnt lah pi cari baju pulak bg matchy2..hahhaha..