Thursday, April 23, 2015

Kota Kinabalu~Part 2 (Mount Kinabalu)


Jam 5.30 pagi semua dah bangun mandi siap2 untuk mulakan aktiviti pendakian..

Jam 6.30am camtu semua dah terpacak kat depan cafe sebab kitorang tunggu packed breakfast and lunch..lambat skit siap bekalan makanan kitorang tu..

Waktu ni dah terang benderang di Kundasang..cuaca cantik hari ni..awal pagi berkabus la sikit..

Dalam 7.30am camtu semua bekalan makanan dah siap,so kitorang pun jalan kaki ke kinabalu park..
Guide and team dah tunggu kat atas tu utk briefing session.
Team kami 10 org dapat 6 orang guide.Jadi guide akan folo jer kita.So jgn risau yer,kalo penat stop jap,guide akan tunggu.diorang akan ikut pace kita.


Lepas jumpa guide and dapat tag nama,kitorang semua breakfast dulu.
Actually untuk breakfast adalah sandwich,telur and buah...dan lunch pulak nasik goreng cina..tapi memandangkan semua takut takdak stamina,jadi makan lah nasik goreng tu..aku mmg biasa heavy breakfast,tapi makan nasik pun separuh aja pagi ni.Maybe excited sangat kot sampai takdak selera,satu hal lagi kepala bengong2 sebab tak cukup tido semalam.
Air mineral dah termasuk sekali dgn packed meal,so dapat 2 botol kecik mineral..tapi aku bawak lagi 2 botol mineral+ 2 tin livita...bukannya apa takut dehydrated..
So lepas makan semua dalam jam 8.00am camtu kitorang naik van ke Timpohon gate.
Jarak ke Timpohan gate dlm 2km dari pejabat kinabalu park..jalan kecik alahaiii...

Kat sini ada board yang tunjukkan rekod2 climbathon..haishhh laju nauuu..hehehe



Kat sini guide buat warm up sikit sebelum mulakan pendakian..

Di check point 1,kita kena tandatangan dulu..ala2 macam attendance list yer murid2 sekelian..hehehe..
Kat sini jugak korang boleh sewa tongkat kalau memerlukan..murah jer,tak ingat pulak berapa.Macam aku amik kat guide aku..


 Sebelum mulakan pendakian,kita baca doa dulu yer..

Dalam 8.30am team kitorang pun mula mendaki..tapi track melalui Timpohon ni menurun bukit yer mula2 sekali..bahagia kak jemah..hahahha

Kemudian kita akan jump Carson Waterfall..ada air terjun kecik aja..tenang jer dgr bunyi air terjun..



Orait...so lepas aja Carson Fall..bermulalah pendakian sebenar u ols...track semakin menaik yer..
Masa ni jalan/lari ikut pace korang..jangan laju sangat atau slow sangat..jauh lagi perjalanan nak sampai Laban Rata..maintain pace yer..guide kitorang cakap jgn lupa bernafas..kalo boleh satu langkah satu nafas...ingat tu!
Seterusnya track semua macam ni..tangga batu..

Untuk tangga camni,cuba cari tangga yang paling rendah,korang ikut track situ yer..sebab tangga yang tinggi akan memerlukan tenaga yang lebih untuk kita angkat kaki..guide la yg bg tips ni..

Tangga kayu cenggini pun banyak...
Huhuhu..
Jadi sebelum mendaki cubalah training naik tangga..insyaallah tak sakit lutut nanti..hahaha

Sepanjang track ni..macam2 lah berbual dgn guide..
Guide yang iring aku perempuan,kak anis nama dia..umur dah 40,tapi steady jer..tak penat pun tgk dia..
aku masa awal2 ada jugak stop2 jap..amik napas dulu then sambung jalan slow2..
Yang lain2 semua dah kedepan..laju diorang,memang tak terkejar kalo nak kejar..hehehe..
Sampai KM1..rasa excited sesangat..hahaha..

Then sampai pondok Ubah jumpa Mizi dgn guide dia stop jap..

Aku dgn Nur memang yg paling last dlm team kami tu..hehehe
Sambil jalan berborak lah..macam2...
 Cantikkan view di sini,kat sini dah nampak puncak..terasa macam semangat aja nak terus mendaki..

Nur dgn Kak Anis guide yang folo kitorang..
Aku dgn Nur asalnya bawak beg,lama2 dah rasa berat sgt beg walaupun kecik aja..kak anis kata dia boleh bawakan,tapi berbayar lah..ok aja kami 2 setuju.Beg aku kecik kak anis amik RM30...
Lepas bagi beg kat guide,terus terasa ringannya badan..hahaha


ok dah sampai KM2...still mcm tak caya lagi aku blh smp KM2...muahahha

Okeh KM3...hehehhe..
Teruskan lagi pendakian..
kemudian stop jap kat Pondok Mempening..makan sikit2..

Masa kat sini takdak selera lg nak makan..tapi stop rest sat..
Kat sini banyak tupai..cute sangat..bagi dia makanan dia akan datang dekat..tapi nak pegang takleh nnt dia lari..

dlm 30 mins rest..pastu teruskan lagi pendakian..
Sambil2 jalan melayan track dan tengok keindahan alam ciptaan tuhan..
Sambil tu text dgn org kesayangan..hehehe..kat sini line celcom laju u ols..puas hati..almaklumlah pencawang kat atas gunung..hahahha..

Finally dalam 11.30am camtu aku sampai KM4 kat pondok layang2..time ni panas jugak walaupun cuaca kata ats gunung agak sejuk..
Kemudian tunggu Nur dgn Mizi kat situ,sambil tu aku makan nasik goreng..tapi ntah la tak dak selera nak telan..gagahkan diri makan sebab takut takdak tenaga kang walaupun perut x lapar..
Dlm kul 12 Nur dgn Mizi sampai aku tanya diorang lg nak teruskan naik lagi tak sebab jam 1.oopm dah kena turun..so kami semua decide dah tak nak teruskan..so rest aja lah kat sini..



Start KM4 ni semua tangga tanah yer u ols..kena hati2 skit sini..memang tak rata anak tangga nya..pokok2 kat sini pun lawa..
Di KM4 ni jugak kita leh jumpa pokok periuk kera..so sampai sini wajib tengok..sebab area sini aja yang ada pokok ni..
So text tanya kawan2 yang lain..6 org berjaya sampai ke Laban Rata (KM6)...

yang sorang lagi sampai KM5..

Tahniah kawan2..sampai Laban Rata..

View kat Laban Rata ni memang cantik sangat...dah macam negeri atas awan..ni sebab cuaca cantik so nampak clear area sini..




Dalam kul 1 kami start turun balik..entah kenapa nak turun ni aku pulak yang lambat..Nur dgn Mizi laju kemain..hahaha..
Aku mmg tengok step 1 by 1..bukannya apa takut tersilap sikit nnt injured,jenuh guide nak dukung aku turun bawah..takmau la aku jnuh nak keluarkan RM1000 pulak kalo guide kena angkat kita..huhu..
Muka ceria kemain kan sebab nak turun..haha..air aku dlm 2L memang habis la sepanjang naik and turun ni..livita pun setin jugak habis..
So dalam 3.39pm camtu kami bertiga sampai Timpohon Gate..
elok ja tgh posing2..hujan pun turun..nasib lah dah kat bawah kan..
Masa turun ni kena tandatangan balik form yang awal tadi..so pihak kinabalu park ada rekod yang kita dah turun dengan selamatnya..
Nak tunggu kawan2 lain memang lambat lagi,so kitorang bertiga balik ke Tahubang Lodge dulu letak beg semua..masa ni badan bau toksah cakap laa...hahahha..kaki aku pun dah terasa sakit..kat lutut tu..sebab tu td masa turun slow aja..
Lepas salin kasut,terus kami ke Kundasang..ujan masa ni..lapar ler pulak..
Pekan kundasang ada KFC aja ..yang lain2nya kedai kecik2 ja..so no choice makan nasik putih dgn sup ayam dan sup daging..selain tu amik chicken wing..

Kami sampai di Tahubang Lodge,alhamdulillah semua akwan2 selamat sampai..ada yang cramp kaki..ada yang terhenjut2 dah..sian pulak..almaklumlah jauhkan kaki tu jalan..6km naik..dan 6km turun..dah 12km tu sehari..macam aku just 8km saja..hehehe..

Ok lah itu saja cerita pendakian DAY CLIMB kami..

Nanti part seterusnya bersambung dengan cerita ke Dairy Farm pulak...

Thursday, April 16, 2015

Kota Kinabalu~Part 1

Percutian ke KK ni sebenarnya dari tahun lepas lagi dah dirancang oleh my fren n her team-TRAVELFEET.
So kali ni ialah percutian untuk mendaki Gunung Kinabalu..mula2 excited jugak..pastu rasa seryau..hehehe..bukannya apa,takut tak cukup stamina.Tapi sebelum ke sana seempat lah buat persedian yg minimal like 2 or 3 times a week ke gym atau pun ada jugak naik bukit dgn kawan2.Persediaan untuk stamina tu penting yer u ols..jangan terus2 pi mendaki walaupun track kinabalu ni tak susah mana..
Kitorang semua satu team 10 orang yang ke KK..dari destinasi berbeza,ada jugak yng sekampung..
Aku dengan kawan2 naik flight dari Penang International Airport:

18/03/2015  PEN-KK 4.40ptg RM164(termasuk 15kg luggage)
22/03/2015  KK-PEN 1.20tgh RM197.40(luggage 15kg)
Total RM361.40

Ni view masa senja..sampai KK dah gelap..

Alang2 naik flight di PIA,my parent hantarkan sebab nak tinggal keta di rumah diorang..malas aku nak tinggal di PIA sebab lama jugak ke KK dlm 5 hari 4 mlm kan..


Sampai di KK we ols smua stay di Marina Court Condominium.RM265 per night.
Ada 3 bilik ber'aircond' and sangat selesa.WIFI pun ada,hair dryer ada..lengkap segalanya.






Lepas dah rehat semua keluar makan kat foodcourt berhampiran Oceanus Mall

Walking distance aja dari Marina Court..masa ni dah kelaparan,masing2 order makanan goreng2 aja kat sini..rasa tu biasa2 aja yer,yang penting perut diisi..
Aku macam biasa kena tapau sikit makanan balik untuk supper..
Chicken wing pun ada kat sini..ok lah..boleh aja...kalau tak silap seketul RM1.60 harga chicken wing tu.

Keesokan paginya,guide yang nak bawak group kami mmendaki call.Katanya nak datang apartmen jumpa kami smua dulu...time ni mmg berdebar jugak semua..sebab ada macam something wrong cara guide cakap tu...huhuhu
Guide datang bgtau ada skit technical problem...and bincang punya bincang..last2 settle jugak masalah tentang pendakian kami untuk esok tu..

So kami semua siap2 packing untuk ke Kundasang..

Macam biasa la turun awal kita posing2 dulu sementara nak ngankat beg masuk kereta..


Masa ni dalam kereta ...2 jam jalan pusing2 nak ke kundasang dari KK town..saboo je lah..lori dgn bas bawak lajuuuu...seryauuu

Sini area tamparuli,tapi bukan jambatan tamparuli yer...


Sampai area kinabalu park dalam kul 2 ptg camtu,so terus ke Tahubang Lodge.
Kitorang stay sini semalam.Bilik di sini macam bentuk dorm,takdak kipas yer..masa sampai tu berpeluh jugak la sbb agak panas,tapi time petang n malam sejukkkk...



Tahubang lodge memang strategik,betul2 depan entrance kinabalu park...ada cafe and mini mart jugak kat sini..

senang lah tak perlu keluar ke Pekan Kundasang kalau setakat barang2 keperluan mostly ada di sini..tapi menu makanan di cafe tak bnyk choice sangat..tapi ok la dari takdak langsung..
Lepas settle letak barang and rest kejap,kitorang terus naik ke ofis Kinabalu Park untuk urusan pendaftaran pendakian.Guide we ols namanya encik raslee dah tunggu kat sana.

Bagi pakej pendakian yang kami semua ambik ni ialah DAY CLIMB.Selalunya orang akan ambik 1 night stay kat Laban Rata(KM6).Asalnya memang lah kami ambik pakej biasa tu dengan harga RM850 per pax,tapi disebabkan masalah teknikal...terpaksa lah kami ambik pakej DAY CLIMB.
bezanya pakej DAY CLIMB dengan pakej biasa adalah korang kena naik dan turun pada hari yang sama.Tak bermalam di Laban Rata..

Guide dah cakap...sebelum jam 5pm semua mesti dah sampai tempat kita START.Dan bagi pakej DAY CLIMB,pihak pengurusan Kinabalu Park akan jumpa dan tengok dulu keadaan fizikal pendaki samada fit atau tidak.
Lepas dah register,terus ke ofis pengurus Kinabalu Park untuk sedikit penerangan dan taklimat..

Aku memang berdebar2 lah jugak,,,duk pikir mampu ka nak naik dan turun gunung dalam masa beberapa jam saja tu...tapi kuatkan semangat,cuba jugak...
Bila tanya kawan2,depa pun sama rupanya..ada rasa takut2 jugak...

Yang kiri sekali tu pengurus kinabalu park..
Lepas beliau tengok keadaan fizikal kami semua,mmg lulus lah utk pendakian DAY CLIMB tu..katanya setakat ni cuma ada sorang ja 'mat saleh' yang berjaya mendaki sampai ke puncak utk DAY CLIMB ni...fuhhhh...
Selain tu,bila tengok keadaan cuaca yang berkabus petang tu,katanya kalau hujan malam ni esok cuaca mesti cantik.Tapi kalau esok hujan,aktiviti pendakian memang tak dibenarkan.Semua pendakian pihak Kinabalu Park boleh batalkan kalau keadaan cuaca tak mengizinkan...huhu



Cantik view kat sini..cuaca masa ni kejap berkabus,kejap ok..maklumlah dah petang..dalam jam 5pm gitu..sekali sekala angin lalu sejuk jugak..

Next kena dengar taklimat mengenai track untuk pendakian esok dari guide kitorang.

untuk sampai ke puncak Kinabalu,boleh melalui dua entrance: TIMPOHON gate atau MESILAU..kami semua esok akan bermula dari TIMPOHON,Kalau melalui MESILAU,jaraknya agak jauh sikit dari TIMPOHON,tapi view kat sana cantik katanya..
Nampak tak banyaknya van dengan bas kat belakang tu...maknanya ramai pendaki yang turun naik dalam sehari..masa ni aku tengok uncle dgn auntie korea pun ramai...so rasa confident skit nak daki sebab warga emas pun mampu,takkan la yang tak berapa nak emas 'lagi' ni pun tak mampu...huhu..

Dah selesai semuanya..kita semua jalan kaki turun ke Tahubang Lodge..
Lapar ooiiiiiii...hehehe..

Selesai makan semua balik bilik berehat..malam cuaca best sebab sejuk..aku yang masa ni tgh batuk,mmg rancak lah batuk..huhu..
Jam 9.30 mlm dah ngantuk sangat2..mungkin letih sebab perjalan siang tadi sama..tapi tak boleh nak lelapkan mata.Stress betui bila letih takleh nak tidoq.Dah la esok nak bangun awal.
Okey nanti kita sambung lagi cerita ya kawan2...
Nantikan part 2...