Thursday, July 16, 2015

Mood Raya & Gigi

Mood raya dah slowly ada ni..ya lah kan esok dah nak raya..tapi tetiba ke laut pulak mood raya..huhu..semalam lagi dah terasa gusi bengkak...huhu..google punya google cara nak kurangkan bengkak tu..terjumpa lah petua paling mudah: kumur dgn air garam..ok DONE! Sehari 3 kali katanya..
Lagi best kisah berkait dgn gigi ni bila mimpi tak best..tgh hari tadi tertidoq..sekali mimpi gigi yang tempat gusi bengkak tu tercabut sendiri..hahhahaha...yang bestnya gigi depan okeh!
Korang bayangkan..esok dah la raya..mana sempat nak p dentist buat apa2..ptg ni confirm la smua klinik tutup..ngeri....hahhaha..
Lepas tu esok mula lah kena senyummm simpul ja kan..bila terjaga, nasib lagi cuma mimpi..legaaa..
Petang ni nak prepare bahan nk memasak..korang bz di dapur? Mesti lah kan..baju2 pulak malam skit baru nak iron..
Jom kita memasak...yang pastinya nak mkn benda2 yg keras pun takleh ni..tapi still syukur sebab gigi depan masih wujud..hehehhe

Wednesday, July 8, 2015

21 Ramadhan

Camna puasa u ols semua?
Hopefully berjalan lancar lah segala aktiviti sepanjang ramadhan tahun ni.Tinggal lebih kurang 9 hari aja lagi kita nak berpuasa kan....
Kuih raya,baju raya,langsir raya,kereta raya semua dah beli ker?..hehehehe
Paling penting jangan lupa bayar zakat fitrah yer nanti..raya tu raya lah jugak..zakat fitrah untuk seisi keluarga jangan lupa na...
I ni mcm biasa lah persiapan raya ala kadar cenggitu aja..kuih raya mmg malas nak buat sendiri..cuma nanti cornflake madu tu aja confirm buat..yang tersayang dan semua orang suka dan cepat..sedap pulak tu..tak sempat raya pun dah habis..
pic: dapurmalaysia.com

Sekarang ni tgh pikir nak amik cuti berapa hari pulak..nak amik bnyk sgt pun bukan kalut nak blk kampung..hahahha..kalau x ambik cuti kang datang opis takdak org..jenuh nganga sorang2..tapi nak kena habiskan kerja dulu sebelum cuti,baru lah boleh cuti dgn lapang dada.Plus lepas raya nanti dah sibuk hal lain pulak...
Hari raya ni dapat request dari family mintak buat nasik beriani..tak pernah lagi buat sebelum ni..takut jugak x menjadi..takpa lah kena try jugak..cari resepi dulu,nanti snang beli bahan..

Topik semasa: ngeri betui la dgr ceta baby kena kerat 6 buang dalam toilet bowl tu..haishhh mana pi perikemanusiaan hang wahai pompuan oiiii...zalimnya kamu..tak dapat nak bayangkan la mcm mana sampai boleh buat camtu sekali..aku ni nak baling anak kucing ke dinding pun tak sanggup..
Manusia zaman sekarang semakin ramai yg 'sakit mental'...scary....