Saturday, November 7, 2015

Arc de Triomphe de l'Etoile



Arc de Triomphe ni merupakan antara monument yang terkenal di Paris.Kalau ke Paris mesti singgah atau posing2. Arc de Triomphe meaghubungkan ankara kota lama dgn 'new paris'.Terletak di tengah2 roundabout yang sangat sibuk di Champ Elysees.

Dari sini boleh nampak cartier dan batik high end yang lain.

Tahukah anda yang anda boleh naik ke atas monumen terkenal ni?
Tapi sebelum naik ke atas u ols kena pergi ke tiket kaunter melalui underground path,jangan lintas jalan kat situ,sangat merbahaya..roundabout kat situ ada banyak cabang,bukan 4 okeh!
Nak naik ke atas kena purchase tiket yang berharga lebih kurang 8.4euro..tapi yang berumur bawah 25 tahun tiket adalah percuma..warga emas pun percuma.
Sebelum beli tiket pikir dulu sanggup tak nak panjat tangga spiral lebih kurang 8 tingkat..huhu..Lif ada tapi kalau tak salah hanya utk warga emas..nak tak nak memang aku panjat jugak sebab dah beli tiket.Dalam cuaca sejuk tu peluh jugak la sikit2..2 3 kali stop sepanjang naik tangga tu..
Sampai kat atas akan lalu satu tempat mcm pameran and kat situ ada citer mengenai sejarah arc de triomphe ni..opkos aku tak baca..ponat ahkak,baik balik baca kt google saja..hahaha..

View from the top,dari sini boleh nampak new paris di mana semua bangunan moden di sana tu...paling unik ada jugak modern arc kat sana,tapi tak nampak clear dlm pic ni.korang google sendiri kalau berminat nak tengok.


Pic ni diambik dari bawah, 21 sculpted roses..

Eiffel tower pun boleh nampak dgn jelas dari sini.
Actually view dari atas memang nampak all over Paris sebab takdak bangunan tinggi berhampiran sini.Angin agak kuat kat atas ni walaupun cahaya matari terang benderang,so kalau sesapa yang tak tahan sejuk mcm aku sila lah pakai pakaian yg sepatutnya.Korang jgn tertipu tengok minah saleh pki hot pants tu.hahahha



kat atas ada souvenir store,comei2 jugak mug and notebook.Harga souvenir kt atas tu mahal sikit dari kedai2 biasa.Tapi design dia lain berbanding dgn kedai biasa.

Sebelum ke arc de triomphe ni kitorang dari eiffel tower.Actually tempat di Paris ni dekat2 dalam 1km plus minus..boleh menapak sambil enjoy view.Tapi kita org msia kan mana lah selalu jalan kaki,jd u ols blh naik Metro atau bas.Tapi bila baca pengalaman org lain pasal metro stesyen,takut pulak aku.Jadi sepanjang di Paris memang tak guna metro langsung.Samada naik bas atau naik taxi and sometime guna Uber.Taxi tak mahal sgt pun.Bas pulak korang kena tau lah no berapa and ke mana hala tuju bas tu.
Sebelum keluar jalan better charge handphone and jgn lupa power bank,nanti senang guna apps kat phone tu.

Sorry lah citer tunggang terbalik.Nak menulis pun jenuh cari mood sebenarnya.
Kesimpulan nya kami kat paris 3 hari 2 malam.Menginap di Tim Hotel le Louvre,hotel sangat selesa biliknya.But without breakfast masa aku booked.Tapi cafe berlambak di bawah tu.Cuma kedai kebab Pakistan susah nak jumpa area tu.Le louvre museum mmg dekat sangat,2 kali aku dgn my niece ulang pi sana.Cantik sgt area tu.Dekat juga dgn royal palais.Dari situ pun kami jalan kaki ke Cathedral of notre Dame so lalu ikut jambatan yang ada banyak2 pad lock tu..
Tapi agak jauh jugak sebab my mum mmg tak tahan jln jauh sakit kaki katanya..
Sambil2 jalan kaki tepi sungai,boleh la tgk2 souvebir yang banyak di jual tepi jalan.
Yang penting jangan lupa hati2 ya handbag korang tu..
Dari Lafayatte pun kami jalan kaki aja balik ke hotel.La fayatte not recommend la kalau nak shopping.Pack sgt dah macam kat sogo,even yang dijual adalah valentino atau dior.huhu..serabut! Sila ke butik kalau nak beli dgn tenang.Dari Lafayatte kami ke hard rock.Kemudian ke Kenzo,dari kenzo boutique cuma 700m aja ke hotel kami.
At the end sampai hotel lenguh jugak kaki ya..sekali-sekala berjalan jauh..tapi bila berjalan kaki di Paris ni,barulah kita dapat tgk bangunan2 yang cantik tu..make sure pakai kasut yang selesa yer u ols..
Cerita Paris habis di sini aja,nanti aku sambung dgn Amsterdam atau London pulak.
Selamat berhujung minggu...