Friday, October 12, 2018

Japan Trip, April 2018-Part 3

❤Koniciwa❤

Day 4 : 2 April 2018

Hari keempat dah..sat ja rasa masa berlalu.Mau tak nya, seharian keluar, kemudian balik dah penat terus tidoq. So hari ni trip ke Osaka via train. Sebelum keluar ke stesen train kemas2 rumah dulu yer sebab Airbnb kita kena buat mcm rumah sendiri lah.kemas dan pastikan semua dlm keadaan baik mcm kita sampai.Nanti dapat la rating yg baik dari host. Breakfast sesiap kat rmh, lepas tu my sis masakkan nasi bekal setiap sorang. Senang bawak sesiap bila lapar blh makan atas train nanti.

Nak ke stesyen Shin-Osaka, kita naik shinkansen atau keretapi laju.Shinkansen naik dari Tokyo Station.Train kami ke osaka ialah pada jam 10.03pagi. Make sure u ols sampai on time ya. Pastikan jugak korang naik train yg betul sebab 5minit sekali ada ja train yg ke Shin Osaka tetapi no yg berbeza. Macam kitorang naik train Hikari 467.Seat dah reserved awal masa tukar amik pass aritu. 
Shinkansen ni boleh aja tak reserved seat pun, ada 3 coach yg free seating.Tapi ikut nasib lah yer kalau korang tak reserved sekali naik coach tu dah penuh,berdiri je lah u ols.


Seat dlm shinkansen sgt selesa.Ruang letak kaki tu boleh letak luggage 20kg.Jadi senang tak payah angkat luggage kat atas.Nak angkat tu blh tahan berat kan.So akak letak depan akak aja,wpun ruang sempit jadinya,tp still selesa lagi lah.Dalam Shinkansen ni ada jugak depa jual minuman,boleh beli time depa lalu lalang tu.


Tepat jam 1.00tgh hari kitorang sampai di Shin-Osaka.Tak terasa jauh sebab excited kan..hahahha..sayangnya lalu area Gunung Fuji,tak nampak Fuji San sebab cuaca tak mengizinkan.


Dah sampai Shin Osaka kena tukar train nak ke rumah penginapan di kawasan Dotonbori. Sebelum tu kami singgah groceries shop di Stesyen Shin Osaka dulu beli sayur dan bahan2 utk memasak malam nanti.

Apartmen kami kali ni, dari Namba stesyen kena menapak dalam 300m. Jenuh jugak la tarik luggage tu melalui Dotonbori.Seronok jalan cuci mata.Hehehe..memandangkan masa utk check in adalah 3.00ptg,jadi kami letakkan beg dulu dalam aprtmen sebab cleaner tgh cuci rumah. Lepas letak beg,kami keluar utk makan di taman permainan berdekatan.

Kami menginap di sini,Masters Residence.




Building berhampiran apartmen kami di area Dotonbori.


Dotonbori street di waktu siang



Selepas isi perut, kami gerak ke Osaka Castle.




Sebelum masuk ke area castle, kami stop dulu tepi sungai menikmati street food area sini.
Lagi pun penat jugak banyak berjalan kan..rest sat menikmati view dan mengamati cara hidup masyarakat di sini.Petang2 kayuh basikal,cuaca pun just nice.




Lepas ambik angin makan aiskrim, kami teruskan lagi perjalanan. Nak sampai ke castle dari stesyen jauh jugak dlm 500m kot..hehehehe.Sila prepare mental dan tenaga ya.





admission ada lah percuma ke kawasan ni, tapi kalau nak naik ke atas korang kena beli tiket lah yer.Akak tak naik pun kat atas castle jadi taktau brp harga tiket.

Selain castle, ada jugak restoran area castle ni. Akak rasa macam restoran mewah jugak sebab nampak cantik sgt. Tak berani nak masuk jejak kaki, hahahha..

Area sini jugak terdapat banyak pokok sakura. Sangat2 cantik okeh. Akak rasa kat sini lagi lawa dari Gyeoen National Garden ,Tokyo tu.

Next destination adalah Hard Rock Cafe Osaka. Stesyen terdekat adalah Hommachi Stesyen,kemudian kena jalan dlm 550m ke Hard Rock Cafe. 

Selesai beli barang, patah balik ke Hommachi stesyen dan turun di Namba Stesyen.
Perut dah berbunyi lapar,dinner kami kali ni di restoran halal di area Dotonbori.




Overall sedap makanan di sini. Tp makanan jepun lah yer. Daging pun lembut, sup pun terasa serba serba.
Lepas makan, kami teruskan perjalanan kami di area Dotonbori menikmati malam yg bingit dan penuh cahaya neon di tgh2 lautan manusia.hahhaha cewah sastera sangat ayat akak.



Kedai2 duty free shop di sini pun best kalau masuk,terasa macam dalam Sasa. SK2 pn sangat murah di sini.Korang boleh beli kalau nak jimat.


Personally akak suka Dotonbori, sebab boleh jalan2 tgk kedai dan lampu2..terasa macam di HatYai..hahahha..
Jalan2 menyusuri sungai terasa sangat tenang. Tambahan lagi sungai di sini bersih. Nampak macam gelap dan sunyi, tapi sikit pun tak rasa takut bila di Jepun. 

Sampai apartmen penginapan kami, macam biasa lah masing2 berehat sambil tgk phone, charge phone..yang pentingnya semua dah tampal koyok...hahhaha sakit kaki dah 3 hari berjalan 10km++ u olsss...

Ok, next sambung part 4 pulak yer.


Tuesday, September 18, 2018

Japan Trip, April 2018-Part 2

♥️Koniciwa♥️


Day 3 : 1 April 2018



Hari ketiga bangun pagimacam biasa my sister prepare breakfast dan kami makan dulu di rumah.
Destinasi hari ni adalah nak ke Shinjuku Gyeon National Garden.Tujuan utama nak ke sini sebab nak tengok Sakura yg tengah berbunga tu. I ols google sebelum start planning utk ke Tokyo ni, mmg di sini yang banyak pokok Sakura.




Masa we ols sampai depan main entrance, tgk line q nak masuk panjang sgt..huhu..tapi bila dah q, ok jer sebab laju line tu bergerak. 

Kena q ada security check sebelum sampai gate nak beli entrance ticket.


Harga tiket utk adult Y200.


Shinjuku Gyeon National Garden ni sangat luas, korang blh tgk maps dan ronda pusing dalam taman ni. Macam2 jenis sakura boleh jumpa dalam garden ni.



Subhanallah mmg cantik sangat.
Ramai org jepun yg datang sini utk berkelah dgn keluarga.



Shinjuku Gyeon National Garden ada 3 gate. 

Jadi korang kena kenal pasti nak masuk dan keluar ikut gate mana ya. Macam we ols hari tu masuk ikut Okido Gate sebab turun dari stesen Shinjukugyeonmae stesen iaitu Subway Line Marunochi.

Okido Gate berhadapan dengan main road dalam gambar di atas.

Dah penat pusing2 dalam taman tu, kami keluar utk lunch dalam kul 2.00ptg.
Dalam Shinjuku Gyeon pun ada kiosk utk makan/minum yer. Boleh la rehat2 atau beli air di situ.Tapi hari ni mmg kami plan nak lunch kat luar jadi tak bawak bekal.

Dalam 10minit jalan kaki jer dari Okido Gate dah sampai ke Restoren Halal Ramen Ouka.

Pic credit to #HHWT

Sampai je depan restoran tengok q dalam 10 kot. So kitorang decide utk q jugak lah, perut dah lapar sgt. Dah q dalam 30 minit line macam tak bergerak, rupanya baru perasan kena tulis nama dulu jadinya waiting list tu panjang lagi.Ada org yg tulis nama tapi tak q di situ. Bila sampai turn korang nnt diorang akan panggil nama. I ols suggest korang buat early booking dulu kalau nak datang ke sini. Boleh call utk reservation.

Memandangkan perut dah lapar sangat, we ols terus pergi ke area Shinjuku cari kedai makan lain. 


Area sana pun takdak kedai halal, nak tak nak kami ke McD aja.Huhuhu..nasib lah ada Ebi Burger a.k.a burger udang.Selain tu order jugak fillet o fish.Janji perut kenyang u ols...
 Set ni datang dgn ice lemon tea. Air minuman kat sana tak sedap u ols..hahahha..pahit naw.tapi i ols telan aja lah..Nampak sgt org jepun tak minum manis2 ni,kurangkan gula dalam minuman.Hahhahaha..




Harga utk satu set McD korang blh tgk dalam video ni ya nanti senang lah nak bajet. Nak convert tu boleh tapi sambil pejam la...hahhahaha

Perut pun dah kenyang, kita ke destinasi seterusnya iaitu Shibuya Crossing. 


Situ takdak apa pun cuma teringin nak tgk the famous crossing in the world. We ols pun acah2 tourist jugak sambil berjalan menambah bilangan manusia yg seberang Shibuya Crossing tu sambil bergambar.
Korang boleh nampak banyak shopping destination di sini.Kitorang ke LUSH aja sebab nak kejar ke tempat lain pulak lepas ni.

Sampai di Shibuya, korang boleh tgk Hachiko Statue. Ramai org bergambar di sini.

Habis sesi bergambar di Shibuya, next we go to Tokyo Tower.
Tokyo Tower berada di Daerah Minato,Tokyo. Kawasan ni agak berbukit sikit.



Tiket entrance i ols beli dari klook.com.Jadi sampai sini tak perlu q lagi terus tukar klook voucher kepada tiket. Harga untuk ke Main Deck Observation Y900 anggaran dalam RM32/pax.




Masa we ols sampai dah petang hampir senja. So ini lah antara view yg kita boleh nampak dari atas.

Mount Fuji tak nampak petang ni sebab cuaca tak berapa ok,berkabus jer. Gundam tempat robot pun nampak sipi2 dari atas Tokyo Tower.
Kat atas Main Deck korang boleh beli souvenir Tokyo Tower.Ada juga kafe tempat lepak coffee2.

Us ,with Tokyo Tower Mascot.


Glass panel boleh nampak bawah..gayat weih..hehehhe

Hello Kitty ni ada kat bahagian baah Tokyo Tower.Kat floor ni pun ada banyak kedai souvenir dan foodcourt.Kitorang singgah makan aiskrim dgn crepe jap sebelum balik rumah.Biasa la bila dah banyak berjalan mula lah kelaparan.Sementara nak sampai rumah, isi perut dulu sebelum nak tempuh perjalanan yg sejuk ke stesen subway.


View Tokyo Tower pada waktu malam.

Ok done hari ketiga. Tiap hari mesti berjalan 10km+ sebab kat sana kami commute by subway ja.Balik rumah ja penat dan lapar.hahaha..dinner my sis masak bekalan yg kitorang bawak,selalunya topup beli telur kdg2 salmon kat kedai macam 7e tu.
Tunggu sambungan hari seterusnya pulak yer.