Thursday, July 5, 2018

Japan Trip, April 2018-Part 1

❤Koniciwa❤


Trip ke Jepun i ols kali ni adalah selama 8 hari 7 malam. Kami cover Tokyo, Osaka, Kyoto dan jugak Hiroshima. Kitorang pegi ke tempat-tempat tourist spot sebab tak nak ketinggalan tengok apa yg special tentang tempat tersebut. 
Kitorang terbang ke Jepun dengan AirAsia yang mengambil masa lebih kurang 7 jam untuk sampai ke Haneda Airport. 

Flight kitorang lebih kurang jam 2.25ptg, dan touch down Haneda dalam jam 10.30malam Tokyo. Perbezaan masa dengan Malaysia cuma +1 jam sahaja. Sampai airport kami terus ambik bas ke area Shinjuku sebab rumah Airbnb kami terletak di area Shinjuku.
Harga tiket i ols dah lupa. Servis bas ni bagus sgt tau sebab apa???
1. Bas bergerak/sampai tepat pada masa yang tertulis dlm jadual.
2.Luggage kita akan ditanda dengan tag dan diorang angkat masuk dalam bas.

Dalam jam 11.40pm kami sampai di stesen Shinjuku Station West Exit.Tapi memandangkan jarak rmh Airbnb dlm 1.6km lagi dr stesyen bas dan tak mampu nak tarik luggage dalam keadaan sejuk 12 degree celcius.Kami tahan taxi untuk ke rumah penginapan. Part naik teksi ni memang kelakar abih..hahahha..seperti diketahui umum, rakyat Jepun mmg tak boleh berbahasa Inggeris,makanya...korang kena tunjuk alamat rumah kat driver teksi supaya dia mudah cari dlm GPS dia..kalau ikutkan hati mmg nak guna WAZE dr phone sendiri.TAPI... ya ada tapinya lagi...portable wifi kitorang cuma ada satu, kami pulak terpecah dua teksi sebab kami semua 5 org.Jadi tak cukup satu teksi..hehehhehe..Kalau tak salah taxi fees dalam JPY1620. Dengan wifi yg terputus2 (teksi satu lagi follow dekat2 so ada chance dpt coverage..hahhaha) akhirnya sampai jugak ke rumah Airbnb kami. Nak cari rumah pun satu hal jugak, nak kena tgk building2 mcm dlm gambar host bagi.Nasib baik jumpa lah rumah kami tu. Nak contact host pun dah tgh malam, jadi dia tak reply msg.huhuhu..
Dah sampai rumah, kena baca instruction untuk buka kunci rumah.Yang ni pun drama jugak...hahahha..sampai kan anak2 sedara i ols kena cari dl youtube dulu cara nak buka kunci.Padahal salah paham,silap ambik kunci kat tempat lain...makanya dlm jam 2.00pagi baru boleh masuk rumah. Bayangkan tgh2 malam duk korek kunci rumah, org yg lalu lalang pun buat derkkk ja..hahahaha..

Day 2 : 31 Mac 2018


Ni lah bangunan rumah Airbnb kami.Rumah kami di tingkat bawah. Rumah ni berhampiran dengan stesyen train Ochiai ,Tozai Line.
Bangun pagi excited tengok bunga depan rumah,dah la cantik..wangi pulak tu.Dengan cuaca 12 degree..memang best sangat.
Rumah kami stay memang lengkap dengan dapur semua, jadi pagi kami breakfast roti dengan serunding.Telur beli dekat 7Eleven berhampiran aja. Sambil breakfast, my sister masak nasik dengan sardin utk bekalan lunch kami. Nak senang kami bawak bekas tupperware plastik lepastu tapau masing2 punya bekal.
Dalam jam 10pg, kami kuar rumah naik train ke Shinjuku Station. Actually ke sebab nak tukar JR Pass ( Dari exchange order kena activate ke JR Pass). JR Pass kami dah beli awal lagi masa di Malaysia melalui agen yang sah seperti dalam senarai di website JR Line. Harga JR Pass untuk seminggu ialah RM1050. Korang blh beli direct dari website JR tapi nnt ada delivery charges lah.Atau boleh beli dari klook.com.

JR Pass ni cuma kad yg mcm dalam gambar tu je. Tiap kali nak masuk ke JR Line korang just tunjuk kat penjaga di situ,tak perlu touch in/out. JR Pass boleh jugak digunakan untuk Yamanote Line (line hijau) utk train dlm tokyo selain dari train laju.
Kami di Shinjuku Statin amik masa 2 jam jugak untuk activate JR Pass sebab kena Q ,ramai pelancong nak activate JR Pass jugak. Masa ni jgn lupa bawak passport korang yer, sebab segala maklumat dalam passport diorang guna dalam JR Pass. Masa ni jugak lah korang perlu reserved tiket utk trip korang,mcm kami terus reserved tiket ke Osaka dan Kyoto.
Selesai urusan JR Pass kami bergambar kejap Shinjuku Station yang bersebelahan dgn Takashimaya.

Dean & Deluca di sini pun sgt best..tengok roti semua nampak sedap..mencabar iman betul..hahhaha..



I ols pulak pantang nampak kopi, confirm lah beli kan..harga kat sini ok lah jugak dalam JPY432.


Next destination is : Disneyland!!
  Tokyo Disneyland terletak betul2 di Maihama Station.Jadi senang bila turun train terus masuk ke Disneyland. Masa kami sampai di Disneyland, kami disambut oleh angin 'TAK'berapa nak sepoi bahasa sangat: SEJUK!!.. masa tu dalam 12degree celcius jugak walaupun dah tengah hari.Nasib la i ols prepare bawak gloves. Kalau tak maunya sejuk ketaq lutut cekk..hahahha..


Kami sampai ja parade dah nak start, jadi stop makan lunch dulu bawah pokok sakura sambil makan.




30 minit sebelum parade semua org dah ambik tempat duduk. Tapi kitorang maintain ja area bawah pokok sakura sebab panas jugak..hehehe..jadi tengok dari situ je, tapi org jepun sgt disiplin, diorang duduk je kat bawah.Kami nampak jugak parade wpun jauh skit.

Habis parade kami pun jalan2 untuk naik ride, kami pilih ride yg besar sebab Q panjang pun cepat jer la turn sampai kan..hehehhe..yg mana ride sekali 2 org je yg naik tu mmg malas lah nak tunggu. Mana dengan sejuk lagi..tapi satu je yg best Disneyland ni sebab penuh bunga2 yang cantik, dapat jugak i tgk tulip walaupun bukan di Holland.


Sedar tak sedar sampai malam jugak lah kami di Disneyland. Kemudian tunggu pulak parade malam yg bermula jam 7.00mlm. Kali ni kami ambik tempat betul2 tepi laluan parade. Dalam kesejukan tu redha ja lah tunggu jugak sebab tak nak terlepas parade, nak ke Disneyland lagi entah bila lah pulak kan...



Selesai parade, kami singgah ke souvenir shop untuk beli serba sedikit souvenir dari Disneyland.
Barang2 di sini semua comel-comel belaka. Harga boleh dikatakan pertengahan, tak mahal sangat dan tak lah semurah harga barang di bazar.




Dalam train masing2 still pakai headband minnie mouse tu.Rasa sayang nak bukak..hahahha..biar lah org depan dalam train tgk semacam pun..janji fefeling comels..hahhaha..
Sampai rumah masing2 dah kepenatan, maklumlah jalan beribu step sehari ni..untuk esok rasanya better i ols buat entry baru, sebab panjang lagi citer kang jadi berjela plak kalau satu entry.
Dan pasal JR Pass pun kena buat satu entry khas jugak.
Gambar2 kat sini i ols upload yang mana perlu utk korang dapat maklumat kalau nak ke Jepun atau nak guna itinerary i ols ni. Apa2 pun kena plan awal nak kemana baru senang nak beli tiket sesiap utk entrance fees. Owh lupa pulak, tiket Disneyland i ols beli sesiap dari klook, print dari rumah jadi sampai Disneyland terus masuk jer.
See u guys in next post ya...