Friday, October 12, 2018

Japan Trip, April 2018-Part 3

❤Koniciwa❤

Day 4 : 2 April 2018

Hari keempat dah..sat ja rasa masa berlalu.Mau tak nya, seharian keluar, kemudian balik dah penat terus tidoq. So hari ni trip ke Osaka via train. Sebelum keluar ke stesen train kemas2 rumah dulu yer sebab Airbnb kita kena buat mcm rumah sendiri lah.kemas dan pastikan semua dlm keadaan baik mcm kita sampai.Nanti dapat la rating yg baik dari host. Breakfast sesiap kat rmh, lepas tu my sis masakkan nasi bekal setiap sorang. Senang bawak sesiap bila lapar blh makan atas train nanti.

Nak ke stesyen Shin-Osaka, kita naik shinkansen atau keretapi laju.Shinkansen naik dari Tokyo Station.Train kami ke osaka ialah pada jam 10.03pagi. Make sure u ols sampai on time ya. Pastikan jugak korang naik train yg betul sebab 5minit sekali ada ja train yg ke Shin Osaka tetapi no yg berbeza. Macam kitorang naik train Hikari 467.Seat dah reserved awal masa tukar amik pass aritu. 
Shinkansen ni boleh aja tak reserved seat pun, ada 3 coach yg free seating.Tapi ikut nasib lah yer kalau korang tak reserved sekali naik coach tu dah penuh,berdiri je lah u ols.


Seat dlm shinkansen sgt selesa.Ruang letak kaki tu boleh letak luggage 20kg.Jadi senang tak payah angkat luggage kat atas.Nak angkat tu blh tahan berat kan.So akak letak depan akak aja,wpun ruang sempit jadinya,tp still selesa lagi lah.Dalam Shinkansen ni ada jugak depa jual minuman,boleh beli time depa lalu lalang tu.


Tepat jam 1.00tgh hari kitorang sampai di Shin-Osaka.Tak terasa jauh sebab excited kan..hahahha..sayangnya lalu area Gunung Fuji,tak nampak Fuji San sebab cuaca tak mengizinkan.


Dah sampai Shin Osaka kena tukar train nak ke rumah penginapan di kawasan Dotonbori. Sebelum tu kami singgah groceries shop di Stesyen Shin Osaka dulu beli sayur dan bahan2 utk memasak malam nanti.

Apartmen kami kali ni, dari Namba stesyen kena menapak dalam 300m. Jenuh jugak la tarik luggage tu melalui Dotonbori.Seronok jalan cuci mata.Hehehe..memandangkan masa utk check in adalah 3.00ptg,jadi kami letakkan beg dulu dalam aprtmen sebab cleaner tgh cuci rumah. Lepas letak beg,kami keluar utk makan di taman permainan berdekatan.

Kami menginap di sini,Masters Residence.




Building berhampiran apartmen kami di area Dotonbori.


Dotonbori street di waktu siang



Selepas isi perut, kami gerak ke Osaka Castle.




Sebelum masuk ke area castle, kami stop dulu tepi sungai menikmati street food area sini.
Lagi pun penat jugak banyak berjalan kan..rest sat menikmati view dan mengamati cara hidup masyarakat di sini.Petang2 kayuh basikal,cuaca pun just nice.




Lepas ambik angin makan aiskrim, kami teruskan lagi perjalanan. Nak sampai ke castle dari stesyen jauh jugak dlm 500m kot..hehehehe.Sila prepare mental dan tenaga ya.





admission ada lah percuma ke kawasan ni, tapi kalau nak naik ke atas korang kena beli tiket lah yer.Akak tak naik pun kat atas castle jadi taktau brp harga tiket.

Selain castle, ada jugak restoran area castle ni. Akak rasa macam restoran mewah jugak sebab nampak cantik sgt. Tak berani nak masuk jejak kaki, hahahha..

Area sini jugak terdapat banyak pokok sakura. Sangat2 cantik okeh. Akak rasa kat sini lagi lawa dari Gyeoen National Garden ,Tokyo tu.

Next destination adalah Hard Rock Cafe Osaka. Stesyen terdekat adalah Hommachi Stesyen,kemudian kena jalan dlm 550m ke Hard Rock Cafe. 

Selesai beli barang, patah balik ke Hommachi stesyen dan turun di Namba Stesyen.
Perut dah berbunyi lapar,dinner kami kali ni di restoran halal di area Dotonbori.




Overall sedap makanan di sini. Tp makanan jepun lah yer. Daging pun lembut, sup pun terasa serba serba.
Lepas makan, kami teruskan perjalanan kami di area Dotonbori menikmati malam yg bingit dan penuh cahaya neon di tgh2 lautan manusia.hahhaha cewah sastera sangat ayat akak.



Kedai2 duty free shop di sini pun best kalau masuk,terasa macam dalam Sasa. SK2 pn sangat murah di sini.Korang boleh beli kalau nak jimat.


Personally akak suka Dotonbori, sebab boleh jalan2 tgk kedai dan lampu2..terasa macam di HatYai..hahahha..
Jalan2 menyusuri sungai terasa sangat tenang. Tambahan lagi sungai di sini bersih. Nampak macam gelap dan sunyi, tapi sikit pun tak rasa takut bila di Jepun. 

Sampai apartmen penginapan kami, macam biasa lah masing2 berehat sambil tgk phone, charge phone..yang pentingnya semua dah tampal koyok...hahhaha sakit kaki dah 3 hari berjalan 10km++ u olsss...

Ok, next sambung part 4 pulak yer.