Setelah beberapa bulan dunia dilanda wabak Corona Virus atau dikenali dengan COVID-19, akhirnya Malaysia mengambil langkah proaktif dengan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan kepada semua rakyatnya bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.
Source : Prime Ministers Office Webiste
Masing-masing mengalami "panic buy" sejak kemarin..huhu bertabah lah rakyat Malaysia sekelian..
Pasti ada hikmah disebalik semua yang terjadi.
Bagi i ols yang bekerja di sektor akademik, Institusi pendidikan memang diarahkan tutup. Semua kelas atau perjumpaan hanyalah melalui medium media sosial. Nasib lah diploma baru sahaja habis semester, dalam minggu "study week" tengah tunggu minggu peperiksaan. Jadi i ols hanya bekerja di rumah, bawak semua kerja balik...
Mari lah sesama kita doakan agar wabak COVID19 dapat dibendung dengan kadar segera dan kita semua dijauhi dari wabak ini..
Take care everyone..