Thursday, November 27, 2014

Radiance Signature Whitening & Glowing Series Review

Dari dulu lagi i mmg jenis yang sgt menjaga kulit dan wajib amik supplement harian.So baru-baru ni my bff cik yaya ada bagitau yang dia amik Radiance Signature.Sangat berkesan katanya,jadi apa lagi i pun terus lah beli sekotak.Wajib cuba sebab nak cantik macam bff kita..hehehe..


So ni lah kotak Radiance Signature tu.Siap dapat paper bag lagi.Sekotak Radiance Signature ada 20 sachet.Cara minum mudah saja,koyakkan satu sachet dan terus minum.Radiance Signature ni berbentuk cecair.Ala2 macam madu tu u ols,sebab salah satu kandungan bahan RS ni ialah madu..kurma..vitamin C,vitamin E dan collagen..semua makanan berkhasiat untuk badan terkandung dlm RS ni u ols..
Alhamdulillah seminggu consume RS, nampak perubahan bila kawan-kawan tegur muka i semakin glowing.Pagi2 pun mudah bangun tido sebab dapat quality sleep (nyenyak sangat..hehe)..bila tidur cukup,badan pun rasa segar..nak buat kerja terus semangat.
Bila sendiri consume dan nampak kebaikan produk,baru i berani share kat sini..biar u ols kawan2 pun boleh try sesama.



Antara kebaikan Radiance Signature ialah:


► Mencerah & Menggebukan Kulit
* bukan sekadar dimuka tetapi di seluruh badan 
► Mencerahkan kulit ke tahap maximum
► Menjadikan kulit glowing naturally
► Anti Penuaan
► Memperbaiki sel sel kulit
► Mengecutkan Jerawat
► Menghilangkan jeragat
► Memudarkan Parut parut jerawat
► Menurunkan berat badan
► Menghilangkan Kulit Kusam & Tidak Bermaya
► Menghilangkan Kesan Lebam Di Bawah Mata
► Memberikan tenaga serta merta
► Memberikan tidur yg nyenyak
► Mempunyai 1001 khasiat lain


Khasiat Sampingan Dari Penggunaan Radiance Signature™
-------------------------------------------------

► Merawat resdung
► Merawat kencing manis kerana menggunakan pura sweet
► Merawat dan mencuci buah pinggang
► Merawat dan mencegah kanser payudara
► Merawat pemutihan pada alat sulit wanita
► Menegang dan menganjalkan payudara
► Merapatkan alat sulit yang longgar
► Meningkatkan collagen dalam badan
► Meningkatkan tenaga serta merta
► Meningkatkan metabolisma badan
► Dan pelbagai khasiat lain


Radiance Signature™ juga mengandungi ramuan dan kandungi aktif serta menggunakan 100% natural base.

► Tanpa Sapuan
► Tanpa Pengawet
► Tanpa Bahan Terlarang
► Tanpa Asid
► 100% Natural Base
► Produk GMP Certified - LULUS KKM 120314/03/149
► Mendapat Kelulusan HALAL 20140424-164308(PR)
► Produk Selamat & Berkesan






Yang penting produk Radiance Signature adalah keluaran Bumiputera dan mendapat pengesahan sijil halal..so boleh consume tanpa was-was.






Jika anda berminat dengan produk Radiance Signature sila 
LIKE FB PAGE : JELITAWAN BEAUTY HOUSE





NAK CANTIK JANGAN TENGOK SAJA NA!!

Tuesday, November 18, 2014

Teater Tradisional Jikey : Pengembaraan Putera Sadao

Sekali sekala layan teater best jugak kan.
Nak kata aku ni peminat teater tak jugak,tapi boleh aja nak menonton tukar aliran dari tgk movie ke teater.
Kali ni aku temankan kawan aku peminat tarian dan teater ke auditorium JKKN perlis.
Tiket free so layan kan jer lah..lagi pun malam sempat lah lepas kerja balik siap2 terus ke sana.
Teater kali ni bertajuk Pemngembaraan Putera Sadao..nama putera ambik sempena nama tempat di thailand.Manakala watak tuan puteri pula bernama Puteri Yala..tapi keseluruhan teater ni menggunakan tempat-tempat di negeri perlis sebagai kerajaan sang putera.


As usual la teater tradisional..berkisarkan kisah putera raja yang selamatkan tuan puteri dari penjahat.Dan kemudian mereka pun dikahwinkan...watak-watak awang dan inang memang sangat best..

lawak2 negeri perlis u ols...kalo org luar agak susah sikit nak paham rasanya..suara nyanyian inang pun sedap..merdu aja..


Secara keseluruhan aku rate 5/10 untuk pementasan Pengembaraan Putera Sadao..
Yang bestnya di akhir program ada sesi cabutan bertuah..pemenang utama dapat oven...haishhh sayangnya aku bukan jnis yg 'bertuah' ni kalo ada cabutan bertuah bagai..

Sunday, November 16, 2014

Pesta Air Kuala Perlis


Pesta Air ni kalau masa aku kecik dulu memang sentiasa dinanti-nantikan..cukup meriah..
Tiap kampung di kuala perlis masing2 pakat buat sendiri perahu yang akan diorang kayuh untuk pertandingan..siang malam semua bertungkus lumus..
Tapi sekarang ni katanya kebanyakan kampung beli aja perahu..
Memang sangat nostalgia pesta air zaman dulu2..


Untuk tahun ni punya aku decide nak gi sebab my family pun semua gi tengok dari rumah lama kami di kampung..memang best lah..semangat memasing menjerit bagi sokongan..

Time ni panas jugak dalam kul 4.00 ptg..
Tapi turun jugak kat atas bot..nampak lagi dekat..kat atas titi sana nun..lagi ramai org..



Yang baju kuning ni rasanya team kampung aku..lupa pulak nama team..dah dapat masuk final..




Lewat sikit pindah duk sini pulak..tak panas sgt..


Macam ni lah pemandangan dari rumah kampung aku..betul2 tepi sungai..tempat aku membesar terjun sungai bagai..hehehehe



Habis acara pesta air..terus ke rumah makcik aku..'bersidang' minum petang..selalunya di sini tempat kami berkumpul..makcik aku selalunya jadi host..heheheh.


Tahun depan harap2 ada lagi pesta air..memang konfirm nak pi bg sokongan lagi..

Wednesday, November 12, 2014

H&M Kota Kinabalu...coming soon

Wow...mesti excited org kk..
My sister mesti suka ni..kan kak farah?..bestnya..kk akan ada H&M.tak lama dah..few days je lagi.
Nanti kalo ke kk boleh la jalan2 ke 1borneo.hopefully...

Friday, November 7, 2014

Aidijuma Gold Label

Baru berjinak2 dengan aidijuma.Ni semua pengaruh rakan sebaya lah ni.Lepas kak farah bgtau..terus aku bgtau kawan2..so dapat lah sorang sehelai tudung free dari aidijuma ni.Katanya pemberian sempena birthday pengasas aidijuma iaitu Norjuma..
Rupanya aidijuma ni dibahagikan ikut kategori label..white label,green label and bnyk lg lah..aku pun taktau sgt..sebab baru kenal..tapi harga aidijuma mmg murah start dgn rm10 bagi white label..
Rupanya aidijuma ada fan dan pengikut yg tersendiri..design pun cute aja..selain tu selalu jugak ada keluaran design2 baru..bak kata org x terkejar den!!


Untuk gold label corak bunga2 yg aku dapat ni..simpan aja dulu sebab matcing2 dgn baju takda yg sesuwai pulak...ermmmm...yg lagi 3 helai beli tu pun simpan jugak..nnt lah pi cari baju pulak bg matchy2..hahhaha..

Thursday, October 30, 2014

Beriani Kapitan, Queensbay Mall

Sekali sekali ke penang tukaq selera best jugak..Aku memang bukan peminat tegar nasik kandaq.Tapi boleh la nak makan sekali sekala ya,kalo hari2 mmg kenot go!

Baru-baru ni ke pulau pinang saja bawak my parent pekena Nasik Beriani Kapitan area Queensbay Mall.
Nak ke Restoran Kapitan ni lagis enang kalo parking kat lot parking luar Queensbay sebab dekat nak jalan dari parking tu.Lepas shopping terus keluar dari mall and p makan sana.
My mum tak larat nak jalan jauh..so park aja kt situ walaupun panas skit.
Nasik beriani ni portion banyak jugak kalo utk aku,order 3 set..tapi tak habis pun..so tapau bawak balik..
Kebetulan ke penang aritu time cuti deepavali..org ramai jugak..tapi di sebabkan aku gerak kuar dari rumah awal pagi so dgn heavennya shopping pagi tu settle smua dalam kul 1 tgh ari..
A small diwali deco at the atrium inside the mall..the shimmering peacock is really beautiful...
Aku masuk Queensbay melalui J.Co donut..memang terus nampak sephora..tekejut gak sebab Victoria Secret pun dah ada kt Queensbay..Kiehls pun ada jugak...best2...nampak sangat lah lama tak ke sana..skrang ni kalo ke penang selalu ke Gurney aja..
Kalo tak ke sephora mmg tak lengkap lah kunjungan aku ke penang kan..nak2 lagi tgh mencari 'keperluan'...masuk sini jangan kata tak beli apa2..memang tak boleh yer..yang tak dak dlm list pun boleh 'ter'beli jugak..huhu..
Takpa lah..bukan selalu pi sephora..tunggu nnt hujung tahun pulak ke kl..nak shopping dgn bff..
U both...i just cant wait...hehehhe

Monday, October 27, 2014

Masker....

Asal takdak tujuan..mesti nak ke beauty shop.Memang takdak benda sgt pun nak dibeli.Tapi rasa macam ada magnet menarik kalo lalu kedai2 yg jual barang kecantikan atau mekap ni.Weekend ari tu punya blur taktau nak beli apa..last2 capai jugak masker.Padahal tak rajin pn nak pakai..tapi ada promotion, grab ja a few.

Face mask ni kalo jadikan rutin mmg kulit akan cantik.Seminggu dua atau 3 kali pun dah cukup.Selalunya aku suka pakai malam sebelum tido.Tapi satu ja madalahnya..M.A.L.A.S..
Beli lah mask jenis peel off ke wash off ke hapa..mmg pemalas..camna muka nak naik seri?..huhu..
Macam kali ni aku main ambik ja mask yg ada kt situ..malas nk pikir and baca satu2..ni semua angkara terpengaruh dgn cik yaya..i ols jeles u ols rajin menatang muka..hahahha...tapi i ols rajin membeli sajo! Pakainya idok jugak..
Lepas puas jamu2 mata terus ke sushi king..

ni pun kes pengaruh cik yaya..hahhaa..nampak tak betapa kuatnya pengaruh bff kt kita...tapi kali dah namanya bff kan mst lah ada chemistry and we share same interest..kan???

Friday, October 24, 2014

1 Muharam 1436

~Salam Maal Hijrah~

Jadikan Iqra' sebagai asas penghijrahan..segalanya harus dimulakan dengan ilmu...jadi kan diri kita sebagai manusia yang berilmu agar bermanfaat setiap penghijrahan..

Tuesday, October 21, 2014

Compact Powder

Weekend lepas lagi tercari-cari mana lah compact powder aku letak..kat rumah takdak..ingatkan tinggal di ofis,hari isnin dengan ber CC krim aja terus ke ofis tanpa secalit powder dengan harapan ada lah compact powder tu kat dalam laci..tapi apa kan daya,tak nampak pun bayang compact powder.Entah lah kat mana aku letak pun taktau...penyakit lupa menjadi-jadi semenjak 'post stress' ni..ahahahha
Yang hilang tu NARS...so skang mula lah terpikir nak cari pengganti yang macam mana pulak agaknya kan..option paling cepat semestinya ZALORA...
Filter ke makeup and best seller...firstly i saw this
Peter Thomas Roth-Instant Mineral Powder SPF45

Tak pernah lagi try yang ni,selalu beli compact powder dlm casing biasa tu..SPF pun tinggi,bagus ni mcm org yang suka berjemur bawah matahri.

Make Up Forever HD Pressed Powder

Kalo yang ni pulak sebab warna putih,sesuai untuk smua skin color.so tak perlu lagi pening fikir nak beli color apa kan..Make Up Forever pun aku x penah beli lagi sebelum  ni..


Sephora -8 Hour Compact Mattyfying Foundation

Oil free compact foundation brand sephora..harga pun berpatutan,best jugak kalo nak cuba..yang penting utk my skin semestinya 'matte' efek tu..

Tarte -Smooth Operator Amazonian Clay Finishing Powder

Tarte finishing powder pun menarik jugak kan????

Haish pening dah nak pilih yang mana satu..
Tak sempat nak pikir..kerja banyak..esok cuti boleh la tengok satu2 lagi sekali kat ZALORA..

Tapi macam suka yang first tu..hehehhe

So kalo anda2 semua berminat nak beli compact powder mcm aku 'bincangkan' kat atas tu..dengan diskaun sebanyak 15%
silalah gunakan kod ini yer:
ZBAPvuK
*terms & condition apply...and only valid for first time customer aja..dan...brand exclusion applied!
Happy shopping u ols...

Friday, October 17, 2014

Spice Rack

Semenjak dua menjak ni memang teringat selalu kat spice rack yang cantik ni..

Olde Thompson Ferris Wheel Spice Rack

I ols boleh terpikat bila sorang kawan yang tengah study di uk upload dalam instagram..haaish la nurul,u buatkan i termimpi-mimpi dah nak beli spice rack ni..
Nak-nak lagi sekarang ni tgh semangat balik nak kumpul kitchenware dan seangkatan dengan'nya'..hehehhe..
Bila dah google spice rack..mula lah terjumpa bermacam-macam jenis lagi design yang menarik..

Olde Thompson Square Rotating Spice Rack

Olde Thompson Revolving Spice Rack

Harga berbeza depends on website..macam yang ferries wheel tu ada yg GBP46 (amazon.co.uk)..kalo tgk kat  official website olde thompson harga dalam USD65...

Selain spice rack..i ols skrang dah mula mengumpul bekas warna-warni ni..

ada tak yang sealiran suka mengumpul tupperware? ...hehehehe..raise ur hands up!!!
Sekarang ni beli aja sikit-sikit dulu..warna tema pilihan semestinya pinkish...reddish..berkonsepkan summer..
Ok bai..nak tgk katalog online!