Wednesday, July 31, 2013
Soap & Glory
Friday, July 26, 2013
Kasut owh kasut
Thursday, July 25, 2013
Royal Baby
Tuesday, July 23, 2013
CC Cream
Monday, July 22, 2013
Fidyah
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun, maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.
Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
Friday, July 19, 2013
Hati Perempuan
Wednesday, July 17, 2013
Puasa Penuh?
Monday, July 15, 2013
July 15th..
Banyak kenangan pahit manis dan pengalaman yg mematangkan aku dalam mengenal erti kehidupan..erti realiti kehidupan yang bukannya indah macam kisah dongeng "and they live happily ever after"
Kata org,9 thn tu umpama umur kanak2 yg nak meningkat remaja dah..bukan lagi kanak2 riang yg hanya tau nak bermain ja..
Masa dan pengalaman mematangkan kita..bersyukur dgn apa yg dilalui selama ni..tuhan tu maha adil,dalam kesusahan dia akan datangkan kesenangan selepas tu..umpama lepas hujan akan terbitnya pelangi..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, July 9, 2013
Monday, July 8, 2013
Get Yours NOW!
Saturday, July 6, 2013
Liljovianista- JKids
How I wish I had 2 or 3 daughters rite now..
Beraya sedondon mummy and daughter..
Ada sesapa nak pinjamkan ur daughter kejap?? Hehehe..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, July 5, 2013
Hak-Hak Kita Sebagai Isteri
Isteri, suami perlu tahu hak masing-masing
Dalam kehidupan seharian, isteri perlu tahu akan hak yang sepatutnya diperoleh daripada suaminya, manakala suami mesti memahami hak dan tuntutan yang se patutnya ditunaikan mereka. Inilah apa yang dikatakan keadilan dan kerukunan rumah tangga yang dikongsi hak masing-masing.
Namun begitu, masih ramai isteri yang kabur dan tidak tahu apa-apa berkaitan hak mereka terhadap suami kerana kurang pendedahan.
Agama menetapkan suami bertanggungjawab menye diakan makan, minum, pakaian dan tempat tinggal isteri sesuai dengan kemampuannya.
Suami tidak boleh memberi makanan dan pakaian kepada isterinya lebih buruk daripada apa yang dimakan dan dipakai suaminya. Begitu juga kadar makan dan pakai yang menjadi hak isteri diberikan mengikut kadar yang mampu diberikan oleh suaminya.
Tak boleh minta di luar kemampuan suami
Di dalam keadaan dan suasana yang tertentu, isteri tidak boleh meminta sesuatu di luar kemampuan sua minya. Bagaimanapun, sekiranya suami mampu mem berikannya lebih daripada yang sepatutnya, isteri di benarkan menuntut hak dan bahagian yang lebih itu.
Ramai daripada kalangan suami tersalah mentafsirkan mengenai nafkah batin yang dianggap sebagai keperluan seks semata-mata. Suami lupa bahawa seks hanya salah satu cabang bagi maksud nafkah batin.
Ada suami leka dan lupa bahawa nafkah batin dalam agama ialah 'sejambak jiwa yang dikongsi' untuk di hadiahkan kepada isteri bagi tujuan menghiburkan, menggembirakan, merasai kasih-sayang, menerima per hatian, merasai sentuhan jiwa dan berasa kerinduan.
Semua itu adalah hak isteri yang perlu diperoleh daripada suami. Suami juga mesti sedia mendengar luahan isteri termasuk berkongsi masalah, berbual dan bermesra, disamping memberi didikan agama yang sempurna.
Isteri berhak menerima bimbingan dan tunjuk ajar daripada suami, sama ada dari sudut pendidikan agama, pergaulan dalam keluarga dan sesama jiran tetangga, cara berpakaian, cara mengawal emosi dan sebagainya.
*Sekadar perkongsian untuk pengetahuan bersama,selanjutnya klik link Berita Harian*
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone