Showing posts with label ReaL LiFe StoRy. Show all posts
Showing posts with label ReaL LiFe StoRy. Show all posts

Friday, June 5, 2015

June

Pejam celik sat saja dah separuh tahun 2015.Tiap tahun ulang ayat yg sama kan..syukur dipanjangkan umur dlm kegembiraan sampai ke hari ni..
Tak lama lagi dah ramadhan..terasa cepat masa berlalu..tak sabar tunggu suasana ramadhan. So amik mood memasak dari sekarang..
Iya lah kalo nak maksud kena ada mood..baru la makanan tu sedap..kena masak dgn sepenuh jiwa gitu..huhu..
Baru2 ni i try wat nasik daging utara guna beras basmathi..sebelum ni tak pnh lg pakai basmathi..lepas tu gantikan daging dengan ayam.Bukannya apa, masak pun dah petang lepas balik kerja so takda masa nak rebus daging lama2 sampai empuk.Kalau guna ayam, kejap ja..Masa nak rebus ayam, i masukkan kiub pati ayam biar ada rasa skit nanti nasik tu..
Rasa not bad jugak..biasa lah bila masak sikit, terasa sedap lah kan..cuba kalo banyak, tak habis pun makannya..hehehe
Bulan puasa ni korang boleh la try nasik daging utara, google ja resepi bnyk di internet.Cuma kalau nak add on rempah kari boleh jugak..campur dgn rempah kurma so nasik akan kekuningan.
Selamat mencuba.

Friday, May 29, 2015

The Last Blossom

Sekarang ni kerap ada bola live di tv..mmg no choice..ada certain channel aja yg takdak bola...hhhmmmmm
So, apa2 movie yang ada memang aku layan..selalunya kalau korean film mmg tak layan sgt..
Tapi ari tu mcm mana ntah..layan aja apa yg ada di tv tu...
Memang best THE LAST BLOSSOM

Cerita kekeluargaan yang sgt menyentuh hati..
Seorang suri rumah yang sibuk menjaga keperluan harian suami dan anak2 serta ibu mertua yang nyanyok di rumah...
"Middle aged housewife Kim In-Hee's (Bae Jong-Ok) mother-in-law (Kim Ji-Young) has Alzheimer's disease, her physician husband (Kim Kap-Soo) is always tired and indifferent to her needs and her children has become wayward. For her family, Kim In-Hee has devoted her life as a daughter-in-law, wife and mother. Kim In-Hee then learns that she has terminal cancer and is dying. The mother accepts her fate and sets up the most beautiful goodbye to her family."-asianwiki


Rasa nak menitik air mata tgk part In-Hee tinggal semua notes kat rumah tentang kerja2 harian yang selama ni anak2 dan suami dia tak pernah ambik peduli..terasa kehilangan ibu dan isteri yang baik walaupun perkara2 remeh harian yang kita lakukan..

Okey buat yang belum pernah tgk lagi filem ni...sila download..weekend ni boleh layan di rumah..
Aku sekali sekala tgk filem2 best memang akan review..tapi masalahnya jarang nak ke cinema tgk new movie..so layan movie2 kat tv aja lah..hehehe

~Happy Weekend~
XOXO


Friday, January 16, 2015

Stay +ve

Tahun baru ni kononnya semangat nak update kerap2,tapi mcm biasa bila semangat nak update dah jering kontang ideanya.Tapi time malas ada bnyk pulak idea..selalunya gitu lah.Last2 sekali takda update jugak.
Cerita yang tertangguh pun banyak lagi.Tapi slowly simpan dulu dalam draft.
Lately bila ada masa lapang dan terbaca sana sini, mula aku berfikir dan buat kajian sendiri..memang bertul setiap kejadian ada hikmah tersendiri.Tak kisah lah samada kejadian gembira atau sedih.
Lesson yang aku belajar dari kesilapan atau pengalaman yang lepas2 sangat banyak..pertama,sebagai manusia kita kena jugak hadapi segala rintangan dengan hati yang tabah.Jangan sesekali lari dari masalah,hadapi semuanya walaupun perit.Lama-kelamaan akan selesai jugak masalah yang dilalui tu.
Yang penting semasa dalam dugaan /cabaran tu,kena ada 'support system' yang kuat..jangan lupa rely on your family and trusted friends.At least kata2 semangat diorang sudah cukup membantu walaupun sedikit.Mereka2 ni lah yang akan sentiasa sokong u ols dalam saat kesusahan tu..
DECISION ditangan u ols sendiri..kema sekalipun..kita kena buat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri..dengar nasihat 'support system' yang ada..insyaallah akan bertemu jawapan kepada segala kekusutan..
(Thanks to my 'support system'..hehehe)


Again..sentiasa bersangka baik..dan berfikiran positif..tapi bukan mudah nak maintain sentiasa positif.Kan? Kalau ikut pengalaman aku..ELIMINATE all negative sources...cuba cari apa yang buatkan anda sentiasa jadi -ve...atau bersedih..jadi buang atau elakkan dari perkara2 tersebut..atau tinggalkan terus aja dari hidup u ols..kalau tak,mmg tak kemana lah u ols.Sentiasa disulami dgn '-ve source' tersebut..kemudian elakkan perkara2 kecik yang boleh buatkan kita cenderung menjadi negatif..simple thing...aku tak approve smua yang add aku kat FB.Kdg bila tgk profile org tu akan buatkan kita terfikir ke arah negatif,baik tak payah friend terus.Lagi bagus kan..sekurangnya jauh lah kita dari sumber yang boleh heret ke arah prasangka buruk..
Tapi sebagai manusia kadang tak dapat lari jugak dr berfikiran negatif kpd manusia lain..kalo dah rasa tersasar dari tujuan nak menjadi sentiasa positive tu..cepat2 pikir benda baik2..kan lagi elok..
oraits..cukup panjang dah rasa entry kali ni..

SALAM JUMAAT

Friday, July 19, 2013

Hati Perempuan

Alahai..
Kesian sangat dengan si Dayana..
Berat mata memandang,berat lagi yang di pikul Dayana..
Aku paham sgt apa yg dia rasa,nak2 lagi situasi kami lebih kurang sama wpun tak sama sepenuhnya..
Cuma jarak masa dia 3 tahun,aku plak double dari jarak masa dia..
Dah takda rezeki kan,nak wat camna...
Entah lah kadang jadi phobia bila dengar kes2 camni..
Susah nak nilai sebab kita sekadar dengar 'cerita'..lagi kesian sebab kes Dayana ni berleluasa di media massa..
Taktau lah nak cakap apa..mmg sangat kesian kat dia..aku pun perempuan,dia pun perempuan..mesti ada perasaan yang sama..si Dia perempuan yg satu lagi tu tak tau lah apa yg dia rasa...