Friday, November 15, 2013

River Island Staililysta

RIVER ISLAND merupakan jenama 'high street' yang berasal dari London dan ditubuhkan oleh Bernard Lewis bersaudara pada tahun 1948 (opssss..lama dah tu bertahan) . Pakaian dibawah jenama River Island terdiri daripada pakaian untuk wanita, lelaki dan jugak kanak-kanak.Sememangnya sangat banyak pilihan yang terdapat di bawah jenama River Island dari baju,kasut,beg sehinggalah ke aksesori yang semestinya terdiri dari rekaan terkini,warna-warna segar dan boleh dikatakan sesuai dgn semua peringkat usia.
Tetapi sayangnya di Malaysia sememangnya takda butik River Island ni...kalau di negara asia tenggara yang paling dekat pun cuma di Filipina aja butiknya..ermmmm takkan nak ke Filipina semata-mata nak shopping River Island kan?..Jauhhhhh sangat tu..hehe..
Macam i ni memang lama dah duk perhatikan baju,kasut dan dress kat website River Island tu..tapi apa kan daya,tak mampu nak beli sebab takdak kad kredit..satu hal lagi shipping ke Malaysia pun dlm RM50..ermmmm...RM50 tu, mahal kos penghantaran aja banyak tu..nak bergaya pun kena berkira jugak,sebabnya untuk setengah barang, RM50 tu boleh dapat 2 atau 3 barang dah..btul tak???
Dalam pertengahan tahun 2013, ZALORA Malaysia (www.zalora.com.my) bawakan River Island ke Malaysia..
I ♡♡♡  ZALORA..tq u guys..
Kalau kat ZALORA boleh la beli pakaian dari River Island sebabnya : boleh pakai debit kad dan kos penghantaran percuma..owh im a happy girls..yippie...
Klik kat bawah ni utk senangkan u ols tgk pakaian yg lawa-lawa dari

River Island for ZALORA

Jom jamu mata...tunggu hari gaji nanti boleh shopping..

Macam i ni selalunya kalo kuar on weekend akan ke shopping mall..so bila nak ke shopping mall semestinya pakaian yang simple jadi pilihan..memandangkan i am a t-shirt person..i will choose this Quilted Graphic Leopard Print Top-RM139
I suka warna-warna ceria leopard print ni..

Untuk bottom part, i akan suai padankan leopard print top dengan Leather Look Front High Waist Leggings-RM139
Leaher look merupakan salah satu trend yang semamangnya tak pernah lapuk ditelan zaman,jadi tak rugi kalau invest utk legging ni..boleh simpan pakai untuk tahun depan..maybe for Autumn/Winter 2014..
I suka legging sebab legging lebih selesa berbanding dengan skinny jeans..

Selain pakaian, ada jugak kasut River Island kat ZALORA u ols..dari high heels,sneakers,sandals hingga lah flat shoes..semuanya ada..rambang mata jugak lah dibuatnya..


Tops dgn legging dah ada pilihan, so i pilih Snake Effects Platform Sandals-RM271.20
Kalau ke mall mesti banyak berjalan,pakai sandals atau kasut jenis terbuka ni takde lah kaki nak berpeluh ke apa kan..
Tinggi sangat?..Beauty is pain ladies!!..hehe..nak nampak cantik kena lah sanggup tahan lenguh kaki skit kan..

Aksesori memang teman baik wanita..BFF gitu..tak lengkap penampilan kalau tanpa aksesori..
banyak jugak aksesori River island yang lawa-lawa..statement necklace River Island mmg meletops!
Tapi utk suai padankan dgn leopard print top tu i tak nak lah pakai statement necklace bling-bling..kan printed kat tops tu dah meriah dgn warna..

Warna keemasan utk aksesori i padankankan dgn simple look pilihan i tu..
Murahkan subang dan cincin tu?

Owh satu lagi BFF wanita iaitu beg tangan...mana boleh tinggal BFF nan satu ni..kalau tak bawak maknanya jadi pendatang asing lah kita seharian..maunya tak jadi pendatang asing : wallet,lipstick,sikat,kunci rumah semuanya dalam tu..betul tak?

Handbag i suka yg simple dan ruang yg luas..selalunya handbag memang bawak ke tempat kerja pastu weekend pun pakai beg yg sama..malas nak tukar..
Doctors Bags-RM202.50 jadi pilihan hati..segala hasil rembatan shopping masukkan aja ke dalam beg ni sebab ruang dalam dia memang luas..

Dompet i selalu gunakan warna-warna ceria dan memang jarang tukar,selalu satu dompet bertahun-tahun jugak lah i guna..tapi bila tengok Leopard Print Clip Top Purse-RM95 dari River Island ni rasa tertarik pulak..harga pun mampu milik..entah kenapa mata asyik berkenan leopard print..

Baju pun leopard print...dompet pun leopard print..but its ok coz wallet u will put inside your handbag..
So takde lah from top to toe leopard print aja..

Owh rasanya dah lengkap dan bersedia untuk keluar menjalani terapi...terapi di mall pun boleh release tension kalau cantik bergaya dari atas ke bawah dengan River Island..

Photo : all photos are from zalora.com.my


No comments: