Friday, June 12, 2015

Kota Kinabalu ~ Part 3 (Desa Cattle Farm)

Sebelum menulis lebih panjang tentang cerita Desa Cattle Farm, rasa sedih pulak tengok kejadian gempa bumi yang baru berlaku di Ranau di mana melibatkan beberapa pendaki Gunung Kinabalu.
Al-Fatihah dan takziah untuk semua mangsa...
Saya mendoakan yang terbaik untuk penduduk sabah dan untuk semua malin gunung,jasa anda semua sangat besar...terima kasih dah tahniah...

Hari ke 4 di Sabah,lepas selesai aktiviti di gunung kinabalu, kami semua pun dah bersiap2 nk turun ke KK.Memandangkan dah memang ada di Kundasang,so wajib lah singgah ke Desa Cattle Farm,Mesilau.A few kilometer saja dari tempat penginapan kami tu..
Kat sini memang lawa view menghijau yang berlatar belakangkan gunung kinabalu.

Desa Cattle Farm ni terletak di Mesialau iaitu salah satu route pendakian ke Gunung Kinabalu.Sini dikenali sebagai tempat ternakan lembu dan pengeluaran produk tenusu..ala2 New Zealand Malaysia gitu..
Nak masuk ke sini dikenakan sedikit bayaran,sorry kita lupa dah berapa ringgit..huhu
Kat sini ada macam2 produk berasaskan susu yang boleh makan fresh..

Aiskrim ni pun sedap...ada fresh milk,waffle dan macam2 lagi lah.Souvenir macam tshirt pun ada di sini kalau nak beli buat kenang-kenangan.


Masa kami semua ke sana,ramai jugak pelancong yang baru datang.Masa ni tak nampak pun lembu2 yang mcm dalam iklan susu tu kat padang rumput.Mungkin ada masa2 tertentu untuk lepaskan lembu di ladang agaknya..



Panas terik tak terasa sangat sejuk,tapi kabus still lindung gunung kinabalu.Kalau takda kabus tebal memang lawa view nampak clear puncak Kinabalu dari sini.



Lepas posing2 sikit,terus turun dari Kundasang.Semua pun dah lapar.



Laluan balik ikut sini..sebab nak singgah Tuaran makan lokan bakar..

Sini banyak gerai2 tepi jalan kebanyakannya sediakan lokan bakar dgn chicken wings.


Agaknya di sabah memang famous dgn chicken wings.

Penuh meja masing2 dah lapar time ni.
Panas2 minum pulak air kelapa..apa nak di kata...laju jaa...hahahha


Lokan bakar ni memang sedap.Masa mula order sikit ja,lepas tu dah masing2 tambah..aku mcm biasa la makan dgn nasik..order sup lagi..puas hati makan kali ni.
Thanks to our guide sebab belanja kami lokan.heheheh
Jadi harga memang i ols tak tau sepinggan berapa ringgit.


Masjid terapung ni masa otw dari tuaran nak ke KK.
Lawa sangat KK ikut jalan ni,laluan tepi laut.Nampak bangunan yayasan sabah dan lain2...
Kota Kinabalu memang cantik sgt..

 Sampai KK dalam jam 4 lebih dah rasanya..terus ke Marina Court.Stay situ lagi.senang sebab dekat dgn town,nak makan semua jalan kaki jer..
Lepas maghrib kitorang keluar ke Pasar Malam belakang Hotel Le Meridien.Sini cari souvenir sikit2.Nak ke  kedai souvenir di Pasar Kraftangan pun tak sempat sebab dah lewat.Kalo korang nak ke sini kena awal yer..dalam kul 7 dah tutup Pasar Kraftangan.

Lepas beli souvenir,dinner di Pasar Filipina pulak...lapaq oiiii,,
Sini banyak seafood,pilih aja apa korang nak makan.Tapi masalahnya waiter semua cakap melayu pun tak paham...acaner....
Nak senang ko tunjuk2 aja di menu tu..

Aprikot ni sedap jugak...

Order untuk 2 orang,banyakkkkkk sangat.Memang tak mampu la nak habiskan...

Kalau di Pasar Filipina ni u ols kena tau yang asap2 tu biasa...hahahha..nak pakai cantik2 tu simpan ja okeh! Sini gerai biasa yang agak panas dan sesak,tapi ramai pelancong.Tempat santai yang ada macam2 seafood...

Ok lah setakat tu saja rasanya entry untuk Kota Kinabalu.Flight ke Penang i ols adalah keesokan harinya..kawan2 lain pun balik hari yg sama cuma flight berbeza masa.

Nak ke Pulau Sapi semua memang tak sempat,so kena buat next trip ke sabah untuk ke pulau saja.Insyaallah semoga akan menjejakkan kaki kembali ke Kota Kinabalu.

3 comments:

best said...

Al fatihah...

Masliza said...

best kan Sabah...
dah setahun akak kat sini

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

mmg sedih baca pasal gempa bumi tu. terkesan dihati sbb kita pernah jejak kaki kt situ kan