Friday, December 4, 2015

8th

Kerja makan gaji ni mmg la gaji x sebanyak mana , apatah lagi keja gomen saja. Tapi di kala zaman2 kejatuhan ekonomi dan sana sini sinun harga barang semakin naik, subsidi berkurangan, ini lah masanya yg kerja gomen dgn gaji x seberapa ni merasa lega tanpa risau kena offer vss atau pun kontrak keja tak disambung.Walaupun gaji x capai 5 figure walaupun dh 10 tahun berkhidmat yang pentingnya kena bersyukur at least ada jugak sumber rezeki kan...zaman sekarang ni bukan mudah nk masuk keja gomen. alhamdulillah masa aku dulu jln semuanya mudah, syukur sgt. padahal tak pernah terpikir yg akan kerja gomen dlm bidang sekarang ni. ternyata allah beri apa yg kita 'perlu' bukan apa yg kita 'nak'.
sekurang-kurangnya dapat jugak pahala dgn cara mengampaikan ilmu kepada yg memerlukan.walaupun ilmu yg disampaikan tu disebabkan atas dasar tanggungjawab kerja, tapi still setiap perkataan yg disampaikan tu bersulam dgn nasihat dan teguran utk student.jd serba sikit tu hopefully dpt la jd manfaat kepada student2 aku tu.Pada dasarnya aku ni bukan lah jnis yg suka bercakap bnyk, jadi elok jugak guna mulut ni bercakap benda2 yg berguna dan tak cakap benda2 yg x sepatutnya...
Bila kita senang dgn kerja kita, gaji akan jatuh ke tangga no 2,3 atau 4..kdg bila x cukup allah akan beri lebih dari arah lain. tu pun kita kena bersyukur jugak.
Tahun ni dah tahun ke 8 aku keja dgn gomen.. satttt saja.. alhamdulillahh..still counting for the best years to come.Masih berusaha gigih lagi utk baiki kualiti kerja,perjalanan masih jauh lagi ni...
selamat bekerja u ols smua..salam jumaat

No comments: