Tuesday, October 25, 2016

Taman Tasik Titiwangsa

Aktiviti ahad sekarang ni dah bertukar ke aktiviti sihat.. hehhe.. nak
elakkan diri ke mall, so baik pi jogging.. sekarang ahad aku dah free
sebab kelas dah takdak..
Ahad lepas aku dgn kawan2 ke sini jogging, ni pun x plan sebab plan
asal nk ke tempat lain tp jalan tutup ada great estern run..
sampai sini pun dah lewat skit, so dah panas.. ramai jugak org bawak
family beriadah weekend kan.. lepas jalan2 sambil lari kitorang terus
ke kg baru breakfast. Aku tanya kawan2 kat mana best nasik lemak,
lepas tu terus ke nasi lemak wanjo..

Nasik lemak ok, cuma sambal manis sikit. Ayan goreng sedap makan panas2..

Lepas makan terus ke ikea pulak sebab my niece nk beli rak, mmg
panjang gak q.. tp kitorang p amik barang ja terus q.. jadi cepat
lah.. balik rumah ja terus 💤💤💤..hahahha

Wednesday, October 19, 2016

Larian Maktab Koperasi Malaysia ke 60

Ahad lepas aku join larian anjuran Maktab Koperasi Malaysia yg ke 60 di Putrajaya. Ni semua cik yaya lah yang ajak.Register last minit dah tu pun sebab kakak yang jadi organizer, jadi leh la register walaupun dah lepas dateline..huhu..

Mcm biasa la bukan ada buat preparation apa pun,setakat duk jogging acah2 ja selalunya..lagipun 5km aja yg kami semua register..hahaha..kalau tak larat jalan pun boleh..
Memandangkan event hari ahad boleh la aku join sebab semester ni kelas cuma sabtu aja..jadi subuh hening ahad tu dalam kul 5.45pagi aku n cik yaya dah keluar dari rumah terus ke Putrajaya, lepas ambik sairul kami ke wisma kpdnkk..larian start di situ..sampai situ macam gelap lagi...senang lah cari parking..

Larian utk 5km start dalam kul 7.30pagi..

Muka2 excited nak lari..hahaha
Pic ni rasanya dah lepas jalan+lari anak.. hahahha

Ok lah semua berjaya jugak tamatkan larian 5km tu walaupun ada yg first time..mostly dalam sejam aja..boleh pun kan u ols?...

Dapat finisher medal bagi yang berjaya habiskan km...leh simpan sebagai kenangan..

Dalam 8.30pagi semua dah settle, kitorang tunggu utk cabutan bertuah jap sambil makan roti..tapi hampa sungguh sorang pun tak dapat hadiah dalam group we ols tu..rugi oii tak dapat basikal..hahahha..
Best jugak sekali sekala join program mcm ni walaupun penat (sikittt laaa)..dapat jugak keluarkan peluh gn aktiviti sihat..sambil tu blh la nikmati keindahan putrajaya..hahah..tiap kali ke putrajaya aku sentiasa amaze..entah lah..dan setiap kali pi putrajaya jugak la mesti sesat..hahahha




Thursday, October 13, 2016

Masak Lemak Putih Petola

Dah lama teringin nak masak menu sayur ni, tapi mcm2 lah alasan
selalunya.. hahaha.. so few days back dah beli petola
siap2..sebenarnya sayur lain pun blh aja nk masak lemak putih ni, ikut
lah tekak masing2 suka sayuq apa..
Kemarin dulu i ols pun google la resepi, mostly tulis menu paling
senang dalam dunia okeyh😳, yang kita x pernah masak ni mmg gigih la
sampai google resepi 😂😂..ok terbukti mmg senang la. cuma tak pernah
masak and bergantung kepada kerajinan..
Mcm i ols tambahkan su'un atau dalam bahasa mat salehnya glass noodles
ya... rendam dulu suun pastu dh dekat nak masak baru masukkan.kalau
blh asingkan suun lepas masak tu kalau lambat lg nk makan. sebab?
Nanti kering kuah suun serap (berdasarkan pengalaman)..
Korang nak resepi sila google ya.. moga update i ols kali ni leh
jadikan sumber inspirasi anda yg nk masak tp x tau dah nk masak apa
tu..✌🏼️