Showing posts with label DazzlingLilly's Kitchen. Show all posts
Showing posts with label DazzlingLilly's Kitchen. Show all posts

Monday, June 4, 2018

Resepi Kurma Daging Perlis

Salam semua, akak just buat kurma daging simple cara orang perlis masak. Atau resepi dari daerah lain pun sama agaknya. Bukan apa, sekali sekala teringin kurma daging tambahan masa puasa ni kan. Di negeri Perlis , kurma daging yang sedap selalunya boleh rasa kalau ada kenduri di kampung. Mashaallah sedapnya lauk kurma daging, rasa 'light2'dan ada sedikit manis dengan dagingnya yang empuk..ermm sangat menyelerakan. Panggilan lain untuk kurma daging di perlis adalah "Rendang Putih". 



Ok jom tengok resepi kurma daging cara akak masak.

Bahan-bahan:
-Daging anggaran 500g
-Rempah kurma 2 paket
 (Akak guna Adabi,ikut suka hampa la nak guna brand lain pun boleh)
-Minyak masak 8-10 sudu
-Santan pekat 1 cawan
-Garam  2 sudu teh
-Air rebusan daging 1 cawan
-Air 2 cawan
-Kentang 2 biji (potong dadu)
-Cili hijau 1/2 tangkai (potong ikut suka korang)
-Bawang besar 1/2 biji (potong 4/6 bahagian)

Bahan kisar (kalau nak potong halus pun ok jer,akak suka kisar sebab malas nak potong..hehe)
-Bawang putih  4 ulas
-Bawang merah 2 biji
-Bawang beasr 1 biji
-Halia 1 inci

Bahan tumis
-Bunga lawang 1/2 biji
-Kulit Kayu Manis 1 batang

Cara memasak :


Korang boleh tgk dari video akak upload di youtube, tambah 2 sudu teh garam.Atau korang boleh kurangkan ikut rasa yang sesuai dgn tekak korang.Akak tambah satu sudu teh gula jugak biar ada rasa manis di hujung2 skit eh..

Untuk daging akak prefer rebus dahulu hingga 80% empuk, kemudian baru masukkan daging ke dalam tumisan rempah. Tambah sikit air bersama air rebusan daging, biarkan kejap daging sebati dgn rempah dan tunggu sampai empuk.

 Selamat mencuba😊

Thursday, October 13, 2016

Masak Lemak Putih Petola

Dah lama teringin nak masak menu sayur ni, tapi mcm2 lah alasan
selalunya.. hahaha.. so few days back dah beli petola
siap2..sebenarnya sayur lain pun blh aja nk masak lemak putih ni, ikut
lah tekak masing2 suka sayuq apa..
Kemarin dulu i ols pun google la resepi, mostly tulis menu paling
senang dalam dunia okeyh😳, yang kita x pernah masak ni mmg gigih la
sampai google resepi 😂😂..ok terbukti mmg senang la. cuma tak pernah
masak and bergantung kepada kerajinan..
Mcm i ols tambahkan su'un atau dalam bahasa mat salehnya glass noodles
ya... rendam dulu suun pastu dh dekat nak masak baru masukkan.kalau
blh asingkan suun lepas masak tu kalau lambat lg nk makan. sebab?
Nanti kering kuah suun serap (berdasarkan pengalaman)..
Korang nak resepi sila google ya.. moga update i ols kali ni leh
jadikan sumber inspirasi anda yg nk masak tp x tau dah nk masak apa
tu..✌🏼️

Wednesday, September 21, 2016

Resepi Sup Ketam


Bagi penggemar makanan laut mesti suka mkn ketam kan?? Walaupun setengah org tak pandai nk makan ketam sebab nak buang kulit tu susah..well org kampung mcm i yg membesar di kampung berhampiran laut ni memang cekap sgt lah makan ketam tanpa sebarang peralatan mcm di hotel mewah tu..hehehe..
Ok menu kat atas merupakan sup ketam. Kalau anda nak tau sup ketam merupakan salah satu remedy utk demam denggi ya,(Sejauh mana keberkesanan tu akak x pasti la pulak). Tapi x salahkan mencuba kalau ada sedara mara atau kawan yg demam denggi tu boleh la masak bg dia makan, sekurangnya berselera la jugak kawan tu..
Sebelum nak masak ketam ni, bersih dan potong macam u ols suka..lepas tu part mana yang keras2 tu ketuk skit dgn lesung batu atau belakang pisau. Bukannya apa senang nak gigit nanti.

Resepi sup ketam ni mudah aja :
1) Seinci halia, 4 ulas bawang puting dan 2 biji bawang merah u ols blend dalam minyak.Senang nanti terus tumis.
2) Lepas tumis bahan2 blend tadi sampai sedikit garing, masukkan sup bunjut kacau sebati dgn bahan tumis, 
3) Masukkan air tunggu mendidih kemudian masukkan ketam.
4) Kemudian masukkan garam, lada hitam (kalau suka) dan daun bawang atau daun sup.
5) Done!! ..mudah kan? kalau suka masam boleh perah limau mipis atau lemon..atau kalau suka pedas blh masukkan cili padi sekali lepas masukkan ketam tadi.

Pandai2 la adjust ikut kesukaan isi rumah masing2..

Friday, August 5, 2016

Spaghetti Aglio Olio

Selalunya aku ni suka makan nasik dgn lauk2 yg simple aja, tapi hari ni
tukar selera masak spaghetti aglio olio untuk dinner memandangkan udang pun dah ada kt rumah. Bahan lain tambah ayam saja sebab seafood lain mmg nan hado.
Bagi yg suka pedas macam aku kena masukkan cili kering banyak skit baru lah rasa pedas tu, selain tu aku tambahkan kiub ayam dgn perencah secukup rasa maggi. Kalau x tambah mcm tak cukup rasa plak kang.. ada setengah org tambah stok ayam, terpulang lah selera memasing yer..
Aglio olia ni kalau x pandai buat mmg akan jadi tawar, jadi gula n garam kena pandai adjust ikut selera jugak..
Resepi u ols google la tgk mana2 yg mudah dan kena dgn selera u ols..
Selamat memasak...

Thursday, April 9, 2015

Fettucini Carbonara

Hari ni terasa nak share resepi fettucini carbonara yg aku masak beberapa hari lepas.Masak dalam keadaan bahan yang tak mencukupi.Bukan apa mood nak masak tu mai bila dah sampai umah lepas balik dari ofis.Nak kuar cari barang mmg malas dah la bila dh smp rumah.


Bahan-Bahan
1.300g Fettucini ~ i beli preego aja
2.350g Sos Carbonara Preego/ 1 bekas kaca
3.Parmesan Cheese-i tak letak sebab takdak dlm stock..hehehe
4.500g Ayam kisar atau nak letak seafood/sosej pun boleh
5. Cendawan shitake /kalau nak guna cendawan lain pun boleh..atau nak tambah brokoli/carot
6.Sebiji cili merah & 5 biji cili padi-ni optional ya kalau sesapa tak suka makan pedas tak perlu pun letak..
7.4 ulas bawang putih
8.2 biji bawang merah/ setengah biji bawang besar
9.Lada hitam

Cara-Cara Memasak
1.Panaskan air sehinnga mendidih dan masukkan sedikit minyak.kemudian masukkan fettucini.Tambahkan sedikit garam.Rebus sehingga masak,angkat dan toskan.
2.Potong dadu bawang putih dengan bawang merah.Cendawan,cili merah,cili padi semuanya potong ikut cara mana yang anda suka.
3.panaskan 2 sudu minyak dalam kuali dan kemudian masukkan ayam kisar dan goreng sehingga separuh masak.Kemudian masukkan bawang yang dipotong dadu tadi.Goreng hingga naik bau.
4.Kemudian masukkan sos carbonara dan tambah sedikit air jika anda suka kuah yang agak cair.
5.Tambahkan parmesan cheese ,sedikit garam dan serbuk perasa.Setengah org dah tak tambah serbuk perasa,ni kena ikut masing2 punya citarasa okeyh.Pandai2 lah agak..tambah sikit2 kalau perlu.
6.Kemudian masukkan cendawan,cili merah dan cili padi.Kacau sehingga masak.
7.Tumbuk lada hitam dan masukkan dalam kuali..ikut lah yer kalau suka hot & spicy berasap telinga masukkan banyak pun okey..kalau ada anak2 kecil,asingkan lada hitam,masukkan dalam pinggan masing2 saja nanti..

Fettucini carbonara yang aku masak ni ala2 melayu fusion dah jadinya..sebab masukkan cili padi.
Kadang bila makan di kedai,terasa cepak muak bila makan carbonara sebab rasa cheese+susu tu kan..itu lah kawan aku nasihatkan,katanya kalau nak mkn carbonara kena masak sendiri baru best..Kalau kat kedai mmg very the italiono rasanya..tapi kan..nak masak tu yang ambik masak..sekali sekala aja skrang ni tu pun kalau betul2 ada mood..
Cuba lah resepi aku yang tak sebarapa ni..semuanya guna bahan ssegera,kalau rajin boleh jugak anda google resepi untuk buat sendiri sos carbonara...

Monday, June 30, 2014

Buah Melaka

Selamat berpuasa..baru sempat nak ucapkan selamat berpuasa utk u ols semua.
Macam biasa org pompuan yang paling sibuk cari idea nak masak apa utk juadah berbuka puasa..memang boleh nak beli di bazar,tapi tak sesedap air tangan sendiri kan?
Masak simple2 pun dah cukup menyelerakan..
Macam aku semalam ni cu ma dajin nak buat kuih ini..


Memang simple dan cepat..punya lah rajin sampai jadi 3 warna..hahahha
ini percubaan pertama i ols buat buah melaka..patut lah selama ni semua cakap senang aja..tapi i ols buat kecik2 skit dari yang selalu jual di bazar tu..pastu gula melaka mmg seketul besaq  i ols buh dlm tu..puas ati skali makan terasa gula melaka cair dlm mulut..
Itulah bezanya home made dgn makanan yang dibeli..boleh buat sesuka rasa kita sendiri..
Resepi i ols google and copy paste aja kat sini k..

BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung pulut
1 sudu tepung gandum (x guna pun takpa)
Air
Pewarna 
Daun pandan
Gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
Kelapa parut

CARA MEMBUATNYA
Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air.Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga tekstur tepung sesuai menjadi doh. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.

senang aja kan?

Selamat mencuba.

Saturday, August 31, 2013

Bunga Kunyit

Pernah tgk tak bunga kunyit?
Ni lah bunga dari pokok kunyit..selalu daun kunyit ja kita pakai utk rendang..mmg familiar lah kan..tapi bunga kunyit jarang ada sebab susah nak dapat..kecuali lah tanam sendiri pokok kunyit..

Pic:googled

Bunga kunyit selalu org makan jadikan ulam-ulaman aja..takpun ada yg buat kerabu..mmg I tak pernah lg rasa kerabu bunga kunyit ni camna..
Rasa dia tawar aja,bau ada lah skit2 bau daun kunyit..my mum cakap bunga kunyit ni bagus utk kesihatan dalaman wanita..jom lah try kalau terjumpa kat kedai2 or pasar..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, April 19, 2013

Bihun Goreng Sedap!

Bihun goreng mmg salah satu feveret ai utk tea time..
Selalunya beli aja,jarang nak masak sendiri..
Ada satu gerai ni,mmg sedap lah bihun goreng dia..kena taste aku..
Ingtkan aku aja yg suka bihun  goreng kat situ,tapi ada jugak org luar (bukan sekampung dgn aku) yg suka bihun kat situ,padahal gerai dia femes dgn nasik lemak bungkus..

Gambar yg di google ni hiasan semata2..tuan empunya gambar:thanks ya!

Kdg kita (aku) hairan knapa org ni masak makanan sedap,tapi bila kita buat tak sesedap dia masak..padahal cara dan bahan sama aja..
Satu hari tu kebetulan aku gi gerai bihun goreng sedap tu agak awal dari biasa,org pun tak ramai lagi,tukang masak pun belum sibuk lagi..jadi sempat lah aku tengok cara dia goreng bihun..tingin gak nak tanya apa rahsia kan..tapi mulut terkunci rapat aja..ligat kami sembang hal politik..hahahhaha
Sambil sembang,dia goreng bihun lah..aku mmg selalu gi order kat akak tu terus and tunggu dekat dgn dapur dia..nak tau apa kelainan yg menyebabkan bihun dia rasa sedap???
Rupanya dia masukkan air rebusan daging dalam bihun goreng tu..bahan2 lain sama je lah macam kita:sambal,sos,garam n gula...
Okeh itu aja aku nak share dgn korang..tapi aku sendiri pun tak pernah try lagi..agaknya kalo tak gunakan daging,masukkan air rebusan ayam je sebagai ganti...???!!