Wednesday, January 22, 2014

Musim Timur

SEJUKNYA DI PERLIS


Perlis yang terletak di utara Semenanjung sekali lagi berdepan cuaca luar biasa.

Berlainan tahun lalu yang menyaksikan kepanasan melampau melanda Perlis, kini penduduk berdepan 'musim dingin' pada sebelah malam.

Kesejukan luar biasa itu dijangka berlarutan sehingga Tahun Baru Cina sekali gus membolehkan penduduk negeri itu merasai cuaca tanah tinggi buat sementara waktu.

Untuk tempoh dua minggu akan datang, Perlis dijangka mencatatkan suhu antara 24 darjah celsius hingga 34 darjah celsius.

Menurut laporan kaji cuaca, Perlis mungkin mengalami hari paling sejuk pada Sabtu ini (25 Januari) apabila Kangar dijangka mencatat suhu paling rendah 20 darjah celsius.

Jurucakap Jabatan Meteorologi pula memberitahu bahawa Perlis sedang mengalami musim berangin dan keadaan itu akan mempengaruhi 'rasa sejuk' penduduk negeri tersebut.

Untuk maklumat, Perlis sebelum ini turut mengalami cuaca luar biasa pada tahun lalu apabila mencatatkan suhu tinggi yang mencecah 36 darjah celsius pada April, Mei dan Jun.

Pada masa itu, terdapat penduduk Perlis yang bertindak 'memasak' telur separuh masak dengan cara meletakkan telur ayam dalam kereta.

Pada 9 April 1998 pula, Perlis berjaya mencipta rekod paling panas apabila mencatatkan suhu 40.1 darjah celsius sekali gus mendapat jolokan negeri ketuhar.

Tanpa disangkakan pada tahun ini, cuaca negeri itu tiba-tiba berubah sejuk sehingga ramai penduduknya terpaksa memakai pakaian tambahan ketika keluar rumah pada waktu malam.


sumber : malaysiagazette.com



okey..cant wait for dis coming saturday..mesti malas nak bangun pagi..skrang mmg sejuk pagi2 dgn angin yg kuatnya..cabaran untuk nak mandi pagi jugak..time sejuk2 ni terasa nikmat jadi penduduk perlis..tapi kalau time panas tu..memang terasa jadi udang lah jugak..hehe..

1 comment:

efa fairuz said...

memang sejukk sangat.. ketaq lutuit nak bangkit mandi pagi bercinta dulu tenung ayaq.. haha tudia slang peghlih kuaq :p