Alhamdulillah akhirnya sampai jugak ke Tanyong Po untuk makan seafood.
Kalau sebelah utara, Tanyong Po ni kami panggil Tanjung Pauh. Dalam sejam dari border Wang Kelian,Perlis.
Sejak kebelakangan ni agak 'famous' restoran makanan laut Tanyong Po di kalangan orang Malaysia.
Terdapat beberapa buah restoran makanan laut sepanjang jalan susur tepi pantai di Tanyong Po. U ols boleh pilih restoran mana yg berkenan di hati. Sabtu lepas (20 januari 2018) i ke Restoran Ao Mai. Kedai kedua yang kami jumpa selepas Pak tam Restaurant. Parking yang disediakan untuk kenderaan sangat luas, jadi senang kalau u ols ke sana dengan van atau kereta besar.
Restoran di sini beroperasi untuk makan tengah hari. Masa i ols sampai dalam 1.00PM tak ramai sangat tapi dah ada orang yang makan2 di situ.
Tak sampai setengah jam makanan kami order pun sampai. Tapi sayangnya ketam takdak pulak hari tu..teh ais pun tak berapa best sebab tak kaw macam teh ais thailand yg selalunya kita tau mmg KAW kan..
Makanan yang kami order boleh layan dalam gambar2 di bawah:
Kerabu Mangga |
Sambal Udang |
Kerabu Sotong |
Udan Lipan Goreng Bawang Putih |
Sotong Bakar |
Siakap Stim Limau |
Satu lagi menu kailan ikan masain, tak sempat nak snap dah terus makan sebab dah lapar sangat2..huhu..memang layan makan di situ bawah pondoh buluh sambil kena angin pantai. Cuaca pun tak panas terik.
Lepas makan kita posing2 skit kat pasir pantai di depan pondok tempat kami makan. Kalau ada budak2 mesti dah mandi pantai agaknya,air di situ boleh lah tahan kalau sekadar nak main2 air dengan kaki..hehehhe
Total bil dalam THB1550 anggaran duit malaysia dalam RM190.. Kepada yang belanja lunch tu terima kasih ya😋.
No comments:
Post a Comment