Tuesday, January 30, 2018

Api Api Ikan Bakar, Kuala Perlis




Kuala Perlis dan makanan laut memang tak perlu diperkenalkan lagi dah rasanya. Sinonim dengan ikan bakar dan laksa. Rata-rata pengunjung yang singgah di Kuala Perlis untuk ke Langkawi mesti akan singgah makan ikan bakar.

Baru-baru ni, sebulan lepas rasanya.huhu maaf lah baru sempat nak update.Sempena cuti sekolah, ramai kawan2 yang balik bercuti so kami pun buat mini gathering di Restoran api Api Ikan Bakar.



Order macam biasa lah tuan blog call dulu restoran & order sesiap menu yang kami nak.Jadi sampai terus makan ja.


Ikan Jenahak Bakar, Sotong Goreng Tepung, Udang Butter, Kailan Ikan Masin, Sotong Bakar dan set sambal belacan,ulam dan gulai.
Harga makanan di sini sangat berpatutan ya u ols. Total bil kami hari tu dlm RM170++ termasuk sekor lagi ikan jenahak kami order tambah (sedap sangat ikan bakar di sini), nasi dan air minuman.


Restoran api Api Ikan Bakar terletak betul2 tepi sungai. Pemandangan cantik tambahan bila matahari terbenam. Kawasan parking pun agak luas. Sangat selesa untuk bawak family dan anak2 datang makan di sini.

Jangan lupa datang cuba signature dish Api Api iaitu Ikan bakar bila u ols datang ke Kuala Perlis. Lokasi kedai boleh WAZE jer..mula beroperasi jam 5.00 petang sehingga 11.00mlm.

Contact no 012-4801173

No comments: