Thursday, January 23, 2014

2014 Armcandy

Memang betul2 dah lama tak merayap ke website-website handbag untuk jamu mata..
Sekali ada kesempatan,terus terpukau dgn koleksi2 baru utk thn 2014 ni..
Merah tetap jadi pujaan hati..
Selain merah girlish pink yg ditatap sampai terpana..
huhuhu..
FENDI 2Jours medium tote bag in ombre geometry print..haishhh lawa sangattt...

MiuMiu kali ni berkonsepkan biker chic..ranggi!

Gabungan hitam,putih & pink memang ngam..kena sangat dgn jiwa i..hehehe..

Ok2 dah cukup jamu mata skit2..takut juling pulak nanti..hehehehhe



Wednesday, January 22, 2014

Musim Timur

SEJUKNYA DI PERLIS


Perlis yang terletak di utara Semenanjung sekali lagi berdepan cuaca luar biasa.

Berlainan tahun lalu yang menyaksikan kepanasan melampau melanda Perlis, kini penduduk berdepan 'musim dingin' pada sebelah malam.

Kesejukan luar biasa itu dijangka berlarutan sehingga Tahun Baru Cina sekali gus membolehkan penduduk negeri itu merasai cuaca tanah tinggi buat sementara waktu.

Untuk tempoh dua minggu akan datang, Perlis dijangka mencatatkan suhu antara 24 darjah celsius hingga 34 darjah celsius.

Menurut laporan kaji cuaca, Perlis mungkin mengalami hari paling sejuk pada Sabtu ini (25 Januari) apabila Kangar dijangka mencatat suhu paling rendah 20 darjah celsius.

Jurucakap Jabatan Meteorologi pula memberitahu bahawa Perlis sedang mengalami musim berangin dan keadaan itu akan mempengaruhi 'rasa sejuk' penduduk negeri tersebut.

Untuk maklumat, Perlis sebelum ini turut mengalami cuaca luar biasa pada tahun lalu apabila mencatatkan suhu tinggi yang mencecah 36 darjah celsius pada April, Mei dan Jun.

Pada masa itu, terdapat penduduk Perlis yang bertindak 'memasak' telur separuh masak dengan cara meletakkan telur ayam dalam kereta.

Pada 9 April 1998 pula, Perlis berjaya mencipta rekod paling panas apabila mencatatkan suhu 40.1 darjah celsius sekali gus mendapat jolokan negeri ketuhar.

Tanpa disangkakan pada tahun ini, cuaca negeri itu tiba-tiba berubah sejuk sehingga ramai penduduknya terpaksa memakai pakaian tambahan ketika keluar rumah pada waktu malam.


sumber : malaysiagazette.com



okey..cant wait for dis coming saturday..mesti malas nak bangun pagi..skrang mmg sejuk pagi2 dgn angin yg kuatnya..cabaran untuk nak mandi pagi jugak..time sejuk2 ni terasa nikmat jadi penduduk perlis..tapi kalau time panas tu..memang terasa jadi udang lah jugak..hehe..

Thursday, January 16, 2014

Aries Woman in Fashion

Chances are if you're an Arian woman you're the first one to spot any new trends, first to put your name on the waitlist for the latest It bag, and first to wear it out amongst your friends. The Ram is always ahead of the game, and she is most definitely a fearless, feisty trendsetter. Anything goes, even the most daring of styles. Aries women love red, as befits a fire sign. Her wardrobe spills over with all sorts of shapes, silhouettes, colors, and fabrics. A little bling never hurts either and Aries women usually wear sparkling accessories to accentuate their look. Aries women can also do casual quite well. Sporty clothes appeal to her.

Monday, January 13, 2014

Shampoo Paling Best..

So far memang best shampoo yang aku pakai skrang..
Dalam masa yg sama aku ada 2/3 shampoo..
So boleh bezakan condition rambut bila guna shampoo REDKEN Intraforce 1 System Shampoo.

Rambut memang lembut dan mudah diurus..haha macam iklan shampoo pun ada..
Aku test shampoo dari brand lain lepas guna REDKEN Intraforce tu,terus rambut keras..tapi next shampoo day,aku guna balik REDKEN Intraforce memang rambvut jadi lembut..
Ermmmmm..best lah shampoo ni..aku beli dari Zalora aja..snang..malas nak p cari di saloon..
Untuk 290ml sebotol shampoo berharga RM63..quite pricy..tapi kalo dah berpuas ati tu,pejam mata jugak lah..bukan senang nak dapat shampoo yang sesuai dgn kita kan..sama jugak macam skincare..u kena keep on trying sampai jumpa yang sesuai dgn kulit..

Ok u ols..selamat bekerja..esok cuti lagi kan?
Bestnya..esok nak rehat sepuasnya..memandangkan weekend lepas ni jadual aku pack..penattt..tapi puas ati..

Wednesday, January 8, 2014

Spring Summer 2014

Musim yang dinanti-nantikan..
Warna-warna ceria semestinya menjadi asas untuk spring-summer..

Fashion extroverts rejoice! Spring/summer 2014 promises to be the most sexy, bold and jewel-encrusted season yet. Expect plenty of sheer pencil skirts, dazzling prints and plenty of pink...
(www.glamourmagazine.co.uk)

Antara yang jadi kesukaan aku utk SS-2014 adalah trend berikut:

 Full Skirts

Pastels


Black and White


Athleticism
An athletic aesthetic clearly took over the runways, most notably, baseball caps, tennis-inspired dresses and varsity jackets. Wear them separate or all together.
(all image from google,tq)

Ok..misi mencari full skirt sudah bermula..hehehhe

Tuesday, January 7, 2014

Money

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, January 6, 2014

Teluk Senangin, Lumut, Perak

Teluk Senangin terletak di daerah Lumut ,Perak.


First time aku jejak kaki ke sini.Sebelum ni memang tak pernah tau langsung tentang tempat ni.Setakat Teluk batik tu aku tau sebab masa kecik2 dulu selalu lah pi sana.

Sebenarnya Teluk Senangin ni berhampiran dengan Swiss Garden Resort and Spa Damai Laut nun..
Kiranya dua tempat ni share laut yg sama..dari sini kita akan nampak Pulau Pangkor..


Hari sabtu kami (my parents and maksu,pakngah's family) bertolak kesana,sampai dlm kul 2 ptg camtu..chalet semua maksu aku yg uruskan..memang aku ni pi bawak diri jer..hehehe..
Kalau ke sini sesuai utk buat acara family gathering or bawak geng ramai2 sebab kat sini lebih berkonsepkan BBQ chalet..kat sini kedai makan/restoran mcm tak da aja..ke aku yg tak perasan kot..setakat kedai2 kecik nak minum petang tu ada lah..
Kiranya kami ke sana,memasing dah bawak lauk pauk..sampai terus masak nasik..periuk nasik sila bawak sendiri..kat chalet ada sediakan dapur,cuma kena sewa lah..harga tak pasti pulak..
So kami stay kat sini..

Time ni musim cuti sekolah..memang kebanyakan fully book..
Kat sini takdak aircond la u ols..huhu..memang panas bolehhh tahannn jugak ler..chalet ni RM120 semalam.
Tapi bukan nak duk dalam chalet sgt pun..aku banyak ke pantai dgn cousin-cousin..mak2 and pak2 pulak sembang kat luar ni ja..
Sampai2 aja,pas nasik dah masak..semua kelaparan..
makan dalam keadaan lapar2 ni,memang sedap..tambahan pulak ramai2..ralit ja suap masuk ke mulut..hehehhe..
Sementara nak tunggu petang..aku angkut geng2 ke gerai kt area entrance teluk senangin..
Apa lagi shopping memacam lah..kat sini ada souvenir,baju2 and menda alah korek2 main pasir tu..

Dah beli topi baru leh posing..hehe..

Ni geng 'melekat' aku..cousin paling kecik..dia pun nak beli topi jugak nak sama dgn aku..


Area pantai kat sini pun cantik,tang ni takdak chalet..sesuai utk yg datang picnic tak overnight..

Bila petang menjelma..apa lagi..kami semua pakat mandi manda kat pantai..hehehhe..best sangat boleh berendam swimming semua..laut kat sini tenang dan landai..so tak berbahaya utk mandi manda..banana noat pun ada..paksu aku amik satu trip banana boat..best oii..lama tak naik banana boat..last dulu naik masa kt Langkawi tahun 2002..perkhidmatan island hoping pun ada di sediakan di sini..
ermmm..tapi sayang air kat sini tak jernih..tapi stakat nak mandi2 tu ok lagi..


aku mandi kejap ja..pastu naik ke chalet mandi2 terus siap nak ronda pantai,tunggu sunset..kalau ke pantai,benda ni yg aku paling tunggu2..


 Chalet ni comel..kalau dari jalan tak nampak,sekali jalan2 kot pantai baru perasan..


Budak2 ni mmg suka lah berlari sana sini..


Dah penat meronda kat pantai..balik ke chalet makan maggi cup  beramai-ramai..hehehe..

isi perut sementara nak tunggu sesi BBQ

malam tu bakar ikan,siput,sosej..ikan mmg dah bawak dari rumah..so dtg sini terus bakar..

Best sangat sesi makan2 sampai lewat2 malam..sambil tu sembang2..
Meriah rupanya teluk senangin ni,ada satu family yg sewa chalet depan kami ni siap bawak set karaoke..huhu..tgh malam pun duk berkaraoke lagi..

Keesokan pagi mmg aku bangun awal..kul 6 dah bangun rasanya..
pastu aku terus p kacau geng2 aku tidor..heheheh..jahat benor..nak ajak teman aku jog kt pantai..
Mak aku bangun goreng nasik utk breakfast..nasik semalam ada lebihan..

Morning scene..pagi2 dapat la tgk ketam kecik2 kat pasir ni hah..
Best jugak kul 7 jog kat pantai..aku jalan sampai ke hujung pantai..baru tau rupanya kat situ ada perkampungan nelayan..kecik je kampung kt situ..agaknya nanti mesti dah kena pindah perkampungan ni..

Lepas breakfast cousin2 aku nak sambung mandi manda lagi..aku mmg malas dah..join main pasir dah la..
Konon nak wat ekor mermaid..layankan ja lah..tolong jadi director aja..hehehe

Then sebelum balik posing2 dulu seround..


Makan aiskrim hangat2 ni memang sdapppp...


Sebelum bertolak balik,singgah beli souvenir jap..skali terjumpa nana..
Tekedu i tetiba tgk nana turun keta..hehehe..rupanya umah mak nana dekat2 situ aja..
Nice seeing u again babe..

Singgah ke Swiss Garden jap..saja ronda tgk kawasan sini..
Ok jugak resortnya..
Next time boleh lah stay sini pulak..i nak ride ATV kalo stay sini nanti..satu lagi target nak buat flying fox..tapi kena tunggu geng dari UK balik..
hehehehe..


Pool pun luas kat sini..view memang cantik..


Ni lah mak kite..

Next family trip taktau lah nak ke mana..
Lepas ke Teluk senangin ni,my family ada wat pot luck+BBQ masa time new year tu..tapi aku pulak ke KL..
Maybe CNY nnt pulak..aku ada bagi cadangan nak ke cameron highland..tapi taktau la camna..board members kena meeting dulu agaknya..hehehehe..




Wednesday, January 1, 2014

Stuff and Such

Amacam semalam new year?
kemanakah anda?
I cam biasa lah,tido pun awal..tak sampai kul 12 dah pengsan..hehe..
Gitu lah sambutan malam new year orang 30-an ni kan..tapi ok je,sebab bila bangun pagi terasa badan fresh..owh my..tahun ni dah bertambah satu angka..
Angka aja yang bertambah..perangai tetap sama..pepagi lagi dah bukak website shopping..udah2 lah kan offline shopping,macam nak patah kaki dah ahkak rasa..hahahha..nampak tak ketuaan di situ?
So tadi i browse2..ternampak cardigan di FB Stuff and Such
banyak warna yang menarik di mata i..ada yg plain..emerald green and purple tu lawaaa...

dan printed cardi pun ada..tapi yg i suka dah sold..


Sekarang ni kan cardigan dari material chiffon tgh famous..
Bukannya apa,chiffon lebih selesa,lembut dan tak panas..so kalo nak keluar jenjalan sesuai sgt lah kan..
Macam i mmg jarang pakai cardigan since i tak suka layering clothes..tapi ada masa2 tertentu mmg i akan pakai,untuk cover up..macam cardi yang stuff and such jual ni sesuai jugak nak pakai ke pantai..
Ermmm macam best je bila sebut pantai..2014 nak ke mana kah? hehehe..Bali or pattaya?

owh selain tu stuff and such jugak ada jual preloved handbag..kepada yang berminat boleh lah cuci mata sempena tahun baru ni kan..kalau nak berjimat,beli ajer beg preloved..condition masih cun,nak belasah pakai hari2 pun takdak rasa bersalah sgt..korang boleh like Stuff and Such ig k..