Friday, December 11, 2015

stress strikes !!!

Hujung tahun mula la start bz..sekali semua datang serentak.Pening dah pikir...huhu...kalau mcm ni gayanya bila nak start study untuk final exam...
Hopefully dapat submit semua on time.lepas ni blh cuti goyang kaki sebulan...
wish me luck...đŸ˜„

Friday, December 4, 2015

8th

Kerja makan gaji ni mmg la gaji x sebanyak mana , apatah lagi keja gomen saja. Tapi di kala zaman2 kejatuhan ekonomi dan sana sini sinun harga barang semakin naik, subsidi berkurangan, ini lah masanya yg kerja gomen dgn gaji x seberapa ni merasa lega tanpa risau kena offer vss atau pun kontrak keja tak disambung.Walaupun gaji x capai 5 figure walaupun dh 10 tahun berkhidmat yang pentingnya kena bersyukur at least ada jugak sumber rezeki kan...zaman sekarang ni bukan mudah nk masuk keja gomen. alhamdulillah masa aku dulu jln semuanya mudah, syukur sgt. padahal tak pernah terpikir yg akan kerja gomen dlm bidang sekarang ni. ternyata allah beri apa yg kita 'perlu' bukan apa yg kita 'nak'.
sekurang-kurangnya dapat jugak pahala dgn cara mengampaikan ilmu kepada yg memerlukan.walaupun ilmu yg disampaikan tu disebabkan atas dasar tanggungjawab kerja, tapi still setiap perkataan yg disampaikan tu bersulam dgn nasihat dan teguran utk student.jd serba sikit tu hopefully dpt la jd manfaat kepada student2 aku tu.Pada dasarnya aku ni bukan lah jnis yg suka bercakap bnyk, jadi elok jugak guna mulut ni bercakap benda2 yg berguna dan tak cakap benda2 yg x sepatutnya...
Bila kita senang dgn kerja kita, gaji akan jatuh ke tangga no 2,3 atau 4..kdg bila x cukup allah akan beri lebih dari arah lain. tu pun kita kena bersyukur jugak.
Tahun ni dah tahun ke 8 aku keja dgn gomen.. satttt saja.. alhamdulillahh..still counting for the best years to come.Masih berusaha gigih lagi utk baiki kualiti kerja,perjalanan masih jauh lagi ni...
selamat bekerja u ols smua..salam jumaat

Saturday, November 7, 2015

Arc de Triomphe de l'Etoile



Arc de Triomphe ni merupakan antara monument yang terkenal di Paris.Kalau ke Paris mesti singgah atau posing2. Arc de Triomphe meaghubungkan ankara kota lama dgn 'new paris'.Terletak di tengah2 roundabout yang sangat sibuk di Champ Elysees.

Dari sini boleh nampak cartier dan batik high end yang lain.

Tahukah anda yang anda boleh naik ke atas monumen terkenal ni?
Tapi sebelum naik ke atas u ols kena pergi ke tiket kaunter melalui underground path,jangan lintas jalan kat situ,sangat merbahaya..roundabout kat situ ada banyak cabang,bukan 4 okeh!
Nak naik ke atas kena purchase tiket yang berharga lebih kurang 8.4euro..tapi yang berumur bawah 25 tahun tiket adalah percuma..warga emas pun percuma.
Sebelum beli tiket pikir dulu sanggup tak nak panjat tangga spiral lebih kurang 8 tingkat..huhu..Lif ada tapi kalau tak salah hanya utk warga emas..nak tak nak memang aku panjat jugak sebab dah beli tiket.Dalam cuaca sejuk tu peluh jugak la sikit2..2 3 kali stop sepanjang naik tangga tu..
Sampai kat atas akan lalu satu tempat mcm pameran and kat situ ada citer mengenai sejarah arc de triomphe ni..opkos aku tak baca..ponat ahkak,baik balik baca kt google saja..hahaha..

View from the top,dari sini boleh nampak new paris di mana semua bangunan moden di sana tu...paling unik ada jugak modern arc kat sana,tapi tak nampak clear dlm pic ni.korang google sendiri kalau berminat nak tengok.


Pic ni diambik dari bawah, 21 sculpted roses..

Eiffel tower pun boleh nampak dgn jelas dari sini.
Actually view dari atas memang nampak all over Paris sebab takdak bangunan tinggi berhampiran sini.Angin agak kuat kat atas ni walaupun cahaya matari terang benderang,so kalau sesapa yang tak tahan sejuk mcm aku sila lah pakai pakaian yg sepatutnya.Korang jgn tertipu tengok minah saleh pki hot pants tu.hahahha



kat atas ada souvenir store,comei2 jugak mug and notebook.Harga souvenir kt atas tu mahal sikit dari kedai2 biasa.Tapi design dia lain berbanding dgn kedai biasa.

Sebelum ke arc de triomphe ni kitorang dari eiffel tower.Actually tempat di Paris ni dekat2 dalam 1km plus minus..boleh menapak sambil enjoy view.Tapi kita org msia kan mana lah selalu jalan kaki,jd u ols blh naik Metro atau bas.Tapi bila baca pengalaman org lain pasal metro stesyen,takut pulak aku.Jadi sepanjang di Paris memang tak guna metro langsung.Samada naik bas atau naik taxi and sometime guna Uber.Taxi tak mahal sgt pun.Bas pulak korang kena tau lah no berapa and ke mana hala tuju bas tu.
Sebelum keluar jalan better charge handphone and jgn lupa power bank,nanti senang guna apps kat phone tu.

Sorry lah citer tunggang terbalik.Nak menulis pun jenuh cari mood sebenarnya.
Kesimpulan nya kami kat paris 3 hari 2 malam.Menginap di Tim Hotel le Louvre,hotel sangat selesa biliknya.But without breakfast masa aku booked.Tapi cafe berlambak di bawah tu.Cuma kedai kebab Pakistan susah nak jumpa area tu.Le louvre museum mmg dekat sangat,2 kali aku dgn my niece ulang pi sana.Cantik sgt area tu.Dekat juga dgn royal palais.Dari situ pun kami jalan kaki ke Cathedral of notre Dame so lalu ikut jambatan yang ada banyak2 pad lock tu..
Tapi agak jauh jugak sebab my mum mmg tak tahan jln jauh sakit kaki katanya..
Sambil2 jalan kaki tepi sungai,boleh la tgk2 souvebir yang banyak di jual tepi jalan.
Yang penting jangan lupa hati2 ya handbag korang tu..
Dari Lafayatte pun kami jalan kaki aja balik ke hotel.La fayatte not recommend la kalau nak shopping.Pack sgt dah macam kat sogo,even yang dijual adalah valentino atau dior.huhu..serabut! Sila ke butik kalau nak beli dgn tenang.Dari Lafayatte kami ke hard rock.Kemudian ke Kenzo,dari kenzo boutique cuma 700m aja ke hotel kami.
At the end sampai hotel lenguh jugak kaki ya..sekali-sekala berjalan jauh..tapi bila berjalan kaki di Paris ni,barulah kita dapat tgk bangunan2 yang cantik tu..make sure pakai kasut yang selesa yer u ols..
Cerita Paris habis di sini aja,nanti aku sambung dgn Amsterdam atau London pulak.
Selamat berhujung minggu...

Saturday, October 17, 2015

Arch de Triumph Brow Crayon

Hello oktober..less than 3 month dah nk masuk tahun baru..keejapppp sangat...selalu nak update tapi tak 'ter'update..
Recently urban decay flagship store dah bukak kt klcc.tapital sempat lg nak ke sana..padahal sehari sebelum dahke nars..tapi UD blum bukak hari tu..nanti dh free boleh ke sana nak try beli  best 'eyeshadow base'in town..hehhehe
Sebelum ni i ols ada beli brow pencil..rasa best pulak brow pencil ni sebab ada sekali dgn highlighter.So senang dah tak lupa nak bwk kalau nak ke mana2.. Browpencil ni pun tak sengaja terjumpa masa tgh cari2 lotion kat sephora..tersembunyi sikit di celah2 hand lotion..
Arch de Triumph brow pencil dari Soap &Glory..harga pun tak mahal sgt dlm RM40+..first time guna terus suka..pakai sampai malam pn masih ok lg..application pn mudah coz sometime ada jugak brow pencil yg tak lekat bila kita lukis kat atas kening..nak2 lg yg kening tebal mcm i ols..part highlighter paling best ..apply skit ja then blend terus nampak mcm profesional make up artist yg lukiskan kening..hahahhaha
Kalau ada yg tgh mencari brow pencil..boleh try arch de triumph ..highly recommended..


Sunday, September 20, 2015

Dolly Dim Sum

Salah satu favourite food i selain makanan pedas adalah dim sum.Chinese food memang salah satu pilihan kalau tekak nak tukar selera sekali sekala.Kadang2 japanese cuisine mcm sushi and bento set pun i ols suka.Tapi lately selalu tgk kat ig ramai yg update mkn kt avenue k,dolly dim sum.Tempat cantik, and they have varieties of dim sum.
Asal tgk ig jer terliur terus..tapi takkan nk p sorang kan..tak best pulak nk mkn sorang2..dah la i ols ni jnis yg mkn sikit..takpa la simpan ja hasrat tu dulu.
Last week after kelas..2 of my best fren text ajak dinner..tanya nk dins kt mana..depa kata dolly dim sum..depa fetch i ols trus ke avenue k..mmg kalau bff ni mcm ada chemistry..blh tau salah sorang nk mkn apa..hehhehe..

Drinks semua order aprikot..fefeling nak kulit cantik..hhahaha
Main dish we ordered Nasi Goreng Royal..Siu Mai..sedap..
nasi goreng tu portion banyak..kami 3 pun dah kenyang nak habiskan..tapi as usual,i ols lah jugak tukang habiskan..

Ini apa namanya pun tak pasti..tapi ada unsur2 veggie..

Mostly dim sum semua best..
We ols sampai dlm kul 7 lebih org tak ramai sgt..dlm kul 8 masa nak keluar dah penuh table mostly..maybe dinner time kot..
Overall puas hati makan sini sbb sedap..next time boleh datang lagi..

Lately ni asyik maaaakannnnn ja keja nya..dlm masa 1.5tahun ni agaknya mau kembang semangkuk i ols kt sini..tapi tak kisah sgt lah asal hati bahagia..normal kan bila hati senang,perut kenyang,body kembang..yang penting ada insan2 terbaik disamping kita..










Tuesday, August 18, 2015

Eiffel i'm in love


Tahun 2015 akhirnya dapat jugak jejakkan kaki ke bumi eropah.
Tak dinafikan mmg cantik bumi eropah..pemandangan berbeza dari malaysia..bangunan lama yg masih tersergam indah..jalan2 lekuk bata yg jadi trademark negara2 'renaissance'..streets cafe yang menghidangkan lagu2 berbahasa perancis..terasa macam feeling2 dalam filem tu..u ols boleh imagine tak? Hahhahaaha.

Satu tempat ke satu tempat semuanya dekat,tapi lenguh jugak kaki nak jalan oiii..mcm di london public transport sgt mudah dan efisyen..kat paris tak mcm london..so kita 'kayuh kaki' saja..kalau tak larat terus uber , lagi mudah.
Nak cerita satu2 memang panjang jadinya entry ni,nanti bila dah settle semua selamat sampai rumah i ols update lagi yer..
Ppsssttt...awak tak rindu saya kah?

Tuesday, August 11, 2015

SELAMAT HARI RAYAAAA & TQ

Di penghujung syawal baru sempat nak ucapkan selamat hari raya..maafin ya kawan2..hehhehe

Ini pun update ringkas aja sempat i ols tulis.
Sekarang ni agak bz nak settle  a few task yg belum selesai.
Satu2 i ols cuba selesaikan, major task mostly dah settle..as usual la kan time bz selalunya akan datang serentak gedebukkk..

Thanks to all yang banyak support secara langsung dan x langsung..
Dan terima kasih jugak kepada bos yang bagi peluang kali ni...i will try my best okeh bos..

Thursday, July 16, 2015

Mood Raya & Gigi

Mood raya dah slowly ada ni..ya lah kan esok dah nak raya..tapi tetiba ke laut pulak mood raya..huhu..semalam lagi dah terasa gusi bengkak...huhu..google punya google cara nak kurangkan bengkak tu..terjumpa lah petua paling mudah: kumur dgn air garam..ok DONE! Sehari 3 kali katanya..
Lagi best kisah berkait dgn gigi ni bila mimpi tak best..tgh hari tadi tertidoq..sekali mimpi gigi yang tempat gusi bengkak tu tercabut sendiri..hahhahaha...yang bestnya gigi depan okeh!
Korang bayangkan..esok dah la raya..mana sempat nak p dentist buat apa2..ptg ni confirm la smua klinik tutup..ngeri....hahhaha..
Lepas tu esok mula lah kena senyummm simpul ja kan..bila terjaga, nasib lagi cuma mimpi..legaaa..
Petang ni nak prepare bahan nk memasak..korang bz di dapur? Mesti lah kan..baju2 pulak malam skit baru nak iron..
Jom kita memasak...yang pastinya nak mkn benda2 yg keras pun takleh ni..tapi still syukur sebab gigi depan masih wujud..hehehhe

Wednesday, July 8, 2015

21 Ramadhan

Camna puasa u ols semua?
Hopefully berjalan lancar lah segala aktiviti sepanjang ramadhan tahun ni.Tinggal lebih kurang 9 hari aja lagi kita nak berpuasa kan....
Kuih raya,baju raya,langsir raya,kereta raya semua dah beli ker?..hehehehe
Paling penting jangan lupa bayar zakat fitrah yer nanti..raya tu raya lah jugak..zakat fitrah untuk seisi keluarga jangan lupa na...
I ni mcm biasa lah persiapan raya ala kadar cenggitu aja..kuih raya mmg malas nak buat sendiri..cuma nanti cornflake madu tu aja confirm buat..yang tersayang dan semua orang suka dan cepat..sedap pulak tu..tak sempat raya pun dah habis..
pic: dapurmalaysia.com

Sekarang ni tgh pikir nak amik cuti berapa hari pulak..nak amik bnyk sgt pun bukan kalut nak blk kampung..hahahha..kalau x ambik cuti kang datang opis takdak org..jenuh nganga sorang2..tapi nak kena habiskan kerja dulu sebelum cuti,baru lah boleh cuti dgn lapang dada.Plus lepas raya nanti dah sibuk hal lain pulak...
Hari raya ni dapat request dari family mintak buat nasik beriani..tak pernah lagi buat sebelum ni..takut jugak x menjadi..takpa lah kena try jugak..cari resepi dulu,nanti snang beli bahan..

Topik semasa: ngeri betui la dgr ceta baby kena kerat 6 buang dalam toilet bowl tu..haishhh mana pi perikemanusiaan hang wahai pompuan oiiii...zalimnya kamu..tak dapat nak bayangkan la mcm mana sampai boleh buat camtu sekali..aku ni nak baling anak kucing ke dinding pun tak sanggup..
Manusia zaman sekarang semakin ramai yg 'sakit mental'...scary....

Wednesday, June 24, 2015

Ramadhan Kareem

Selamat berpuasa dan semoga memperolehi keberkatan di bulan yang mulia ini..


Friday, June 12, 2015

Kota Kinabalu ~ Part 3 (Desa Cattle Farm)

Sebelum menulis lebih panjang tentang cerita Desa Cattle Farm, rasa sedih pulak tengok kejadian gempa bumi yang baru berlaku di Ranau di mana melibatkan beberapa pendaki Gunung Kinabalu.
Al-Fatihah dan takziah untuk semua mangsa...
Saya mendoakan yang terbaik untuk penduduk sabah dan untuk semua malin gunung,jasa anda semua sangat besar...terima kasih dah tahniah...

Hari ke 4 di Sabah,lepas selesai aktiviti di gunung kinabalu, kami semua pun dah bersiap2 nk turun ke KK.Memandangkan dah memang ada di Kundasang,so wajib lah singgah ke Desa Cattle Farm,Mesilau.A few kilometer saja dari tempat penginapan kami tu..
Kat sini memang lawa view menghijau yang berlatar belakangkan gunung kinabalu.

Desa Cattle Farm ni terletak di Mesialau iaitu salah satu route pendakian ke Gunung Kinabalu.Sini dikenali sebagai tempat ternakan lembu dan pengeluaran produk tenusu..ala2 New Zealand Malaysia gitu..
Nak masuk ke sini dikenakan sedikit bayaran,sorry kita lupa dah berapa ringgit..huhu
Kat sini ada macam2 produk berasaskan susu yang boleh makan fresh..

Aiskrim ni pun sedap...ada fresh milk,waffle dan macam2 lagi lah.Souvenir macam tshirt pun ada di sini kalau nak beli buat kenang-kenangan.


Masa kami semua ke sana,ramai jugak pelancong yang baru datang.Masa ni tak nampak pun lembu2 yang mcm dalam iklan susu tu kat padang rumput.Mungkin ada masa2 tertentu untuk lepaskan lembu di ladang agaknya..



Panas terik tak terasa sangat sejuk,tapi kabus still lindung gunung kinabalu.Kalau takda kabus tebal memang lawa view nampak clear puncak Kinabalu dari sini.



Lepas posing2 sikit,terus turun dari Kundasang.Semua pun dah lapar.



Laluan balik ikut sini..sebab nak singgah Tuaran makan lokan bakar..

Sini banyak gerai2 tepi jalan kebanyakannya sediakan lokan bakar dgn chicken wings.


Agaknya di sabah memang famous dgn chicken wings.

Penuh meja masing2 dah lapar time ni.
Panas2 minum pulak air kelapa..apa nak di kata...laju jaa...hahahha


Lokan bakar ni memang sedap.Masa mula order sikit ja,lepas tu dah masing2 tambah..aku mcm biasa la makan dgn nasik..order sup lagi..puas hati makan kali ni.
Thanks to our guide sebab belanja kami lokan.heheheh
Jadi harga memang i ols tak tau sepinggan berapa ringgit.


Masjid terapung ni masa otw dari tuaran nak ke KK.
Lawa sangat KK ikut jalan ni,laluan tepi laut.Nampak bangunan yayasan sabah dan lain2...
Kota Kinabalu memang cantik sgt..

 Sampai KK dalam jam 4 lebih dah rasanya..terus ke Marina Court.Stay situ lagi.senang sebab dekat dgn town,nak makan semua jalan kaki jer..
Lepas maghrib kitorang keluar ke Pasar Malam belakang Hotel Le Meridien.Sini cari souvenir sikit2.Nak ke  kedai souvenir di Pasar Kraftangan pun tak sempat sebab dah lewat.Kalo korang nak ke sini kena awal yer..dalam kul 7 dah tutup Pasar Kraftangan.

Lepas beli souvenir,dinner di Pasar Filipina pulak...lapaq oiiii,,
Sini banyak seafood,pilih aja apa korang nak makan.Tapi masalahnya waiter semua cakap melayu pun tak paham...acaner....
Nak senang ko tunjuk2 aja di menu tu..

Aprikot ni sedap jugak...

Order untuk 2 orang,banyakkkkkk sangat.Memang tak mampu la nak habiskan...

Kalau di Pasar Filipina ni u ols kena tau yang asap2 tu biasa...hahahha..nak pakai cantik2 tu simpan ja okeh! Sini gerai biasa yang agak panas dan sesak,tapi ramai pelancong.Tempat santai yang ada macam2 seafood...

Ok lah setakat tu saja rasanya entry untuk Kota Kinabalu.Flight ke Penang i ols adalah keesokan harinya..kawan2 lain pun balik hari yg sama cuma flight berbeza masa.

Nak ke Pulau Sapi semua memang tak sempat,so kena buat next trip ke sabah untuk ke pulau saja.Insyaallah semoga akan menjejakkan kaki kembali ke Kota Kinabalu.

Thursday, June 11, 2015

Tomato Paste VS Tomato Puri

Baru saja tau apa beza tomato paste dgn tomato puri ni..sebelum ni pernah jugak tgk di kedai, terpikir gak apa beza paste dgn puri.Tapi malas nak pikiaq, amik ja yg biasa beli.
Tadi tgk rancangan memasak kt TV3 baru i ols tau apa beza....chef tu cakap:
Tomato paste lebih pekat dan rasa lebih masam dari tomato puri...so ikut selera masing2 kalo nak lebih masam boleh gunakan tomato paste.
Selalunya kalau masak nasik tomato atau nasik daging i ols guna tomato puri aja.Rasanya nasik tak sesuai sgt masam kan? Kalau untuk pasta atau spaghetti lebih sesuai kalau nak guna tomato paste.
Ok lahh..lapar pulak ptg2 mcm ni..nak masak apa yer mlm ni....hhhhmmmmm

Wednesday, June 10, 2015

Weaveduck Scarve

Finally dapat jugak walaupun satu.


Asalnya nak warna hijau dgn kuning,tapi dapat satu ja..ok la dari tak dpt langsung kan..

Selalunya limited edition duck scarves ni memang susah nak dapat,sebelum ni kaleidoscope punya pun tak dpt sebab bangun lewat..huhu
Yang KL print pun masa release baru2 ni lagi la..tak sempat langsung..gone in a second!!
Tapi nasib lah ada pre order...so i dah order warna hitam..fuhh lega..
Penangan duckscarves ni sanggup bangun awal pagi..celik2 mata terus klik2 and refresh website FV..hahahaha..

Antara tips2 nak dapat beli limited edition duckscarves ni:

1.Get up E.A.R.L.Y for sure...
2.LOG IN into your FV account before the exact time released...
3.Use PAYPAL instead of online banking..it took sometime for the TAC no request...
4.Make sure your internet connection is good...yg ni nasib la jugak kan

Good Luck...

hehehe..nantikan AERExDUCK pulak...

Tuesday, June 9, 2015

RR for TESCO

Hai fashionista..
Rizman Ruzaini for TESCO dah ada di semua Tesco yang terlibat...
Dan RR luxe collection pun dah available di website www.rizmanruzaini.com
Untuk LUXE collection ni cuma ada di Tesco Ampang, Mutiara Damansara, Shah Alam Hyper dgn Desa Tebrau...so sesapa yang jauh macam i ols leh beli online terus di website RR..kat LAZADA pun ada jugak,tapi cuma koleksi blooming aja..
Okey cepat pi klik2 apa yang patut..hehehe..
Kita suka yang kuning ni..ala2 kebaya tapi moden..
Suwittttt kan....

#RRforTESCO
#rizmanruzaini10luxe


Friday, June 5, 2015

June

Pejam celik sat saja dah separuh tahun 2015.Tiap tahun ulang ayat yg sama kan..syukur dipanjangkan umur dlm kegembiraan sampai ke hari ni..
Tak lama lagi dah ramadhan..terasa cepat masa berlalu..tak sabar tunggu suasana ramadhan. So amik mood memasak dari sekarang..
Iya lah kalo nak maksud kena ada mood..baru la makanan tu sedap..kena masak dgn sepenuh jiwa gitu..huhu..
Baru2 ni i try wat nasik daging utara guna beras basmathi..sebelum ni tak pnh lg pakai basmathi..lepas tu gantikan daging dengan ayam.Bukannya apa, masak pun dah petang lepas balik kerja so takda masa nak rebus daging lama2 sampai empuk.Kalau guna ayam, kejap ja..Masa nak rebus ayam, i masukkan kiub pati ayam biar ada rasa skit nanti nasik tu..
Rasa not bad jugak..biasa lah bila masak sikit, terasa sedap lah kan..cuba kalo banyak, tak habis pun makannya..hehehe
Bulan puasa ni korang boleh la try nasik daging utara, google ja resepi bnyk di internet.Cuma kalau nak add on rempah kari boleh jugak..campur dgn rempah kurma so nasik akan kekuningan.
Selamat mencuba.

Friday, May 29, 2015

The Last Blossom

Sekarang ni kerap ada bola live di tv..mmg no choice..ada certain channel aja yg takdak bola...hhhmmmmm
So, apa2 movie yang ada memang aku layan..selalunya kalau korean film mmg tak layan sgt..
Tapi ari tu mcm mana ntah..layan aja apa yg ada di tv tu...
Memang best THE LAST BLOSSOM

Cerita kekeluargaan yang sgt menyentuh hati..
Seorang suri rumah yang sibuk menjaga keperluan harian suami dan anak2 serta ibu mertua yang nyanyok di rumah...
"Middle aged housewife Kim In-Hee's (Bae Jong-Ok) mother-in-law (Kim Ji-Young) has Alzheimer's disease, her physician husband (Kim Kap-Soo) is always tired and indifferent to her needs and her children has become wayward. For her family, Kim In-Hee has devoted her life as a daughter-in-law, wife and mother. Kim In-Hee then learns that she has terminal cancer and is dying. The mother accepts her fate and sets up the most beautiful goodbye to her family."-asianwiki


Rasa nak menitik air mata tgk part In-Hee tinggal semua notes kat rumah tentang kerja2 harian yang selama ni anak2 dan suami dia tak pernah ambik peduli..terasa kehilangan ibu dan isteri yang baik walaupun perkara2 remeh harian yang kita lakukan..

Okey buat yang belum pernah tgk lagi filem ni...sila download..weekend ni boleh layan di rumah..
Aku sekali sekala tgk filem2 best memang akan review..tapi masalahnya jarang nak ke cinema tgk new movie..so layan movie2 kat tv aja lah..hehehe

~Happy Weekend~
XOXO


Wednesday, May 20, 2015

Koleksi Raya 2015

Meriahhhh...sekali keluar collection utk Raya 2015..
Naik juling bijik mata nengoknya...


Emel by Melinda Looi pun dah bukak preorder melalui ZALORA dan EMEL by MELINDA LOOI



The blue hue ni pulak dari Mimpikita...kat IG mimpikita pun u ols boleh tgk semua koleksi untuk mimpikita lebaran 2015 mmg lawa2...price pulak ada dalam FB mimpikita..i ols and the gang semuanya suka Fern Top and Skirt..hehehe



FLORAYA ni pulak dari INNAI...u ols tgk IG innaigroup..memang terpegun..speechless..hehehe..lawa sangat..tapi ni semua koleksi made to measure..jadi paham2 lah kan...$$$$$ harus penuh tabung..hahahaha..tapi kalau mampu apa salahnya..


Yg ini pulak dari RIZALMAN for ZALORA...simple and classy..tak sabaq okeh kita nak tunggu 27th ni..okey gaji kita tak sentuh..sebab nak tunggu next week...

Selamat menjamu mata...

Wednesday, May 13, 2015

Rizman Ruzaini for Tesco

Pejam celik pejam celik tak lama lagi dah Ramadhan...lepas tu syawal..
maksudnya tailor pun dah nak tutup tempahan..
Dan...ada yang takmo amik dah tempahan..sobsobsobsss
kain pun takdan nak p beli lagi..
Tapi dont worry kawan2 sekelian..
nanti akan ada Rizman Ruziani for Tesco

Ready made yang senang di cari..boleh pi tesco berhampiran...tapi tak semua tesco ada rasanya..nnt u ols check list tesco mana yg available RR pnya collection ni ya..

pastel yellow mmg lawa...rasa2 thn ni i ols nak cari yellow jugak..kalau jumpa yg berkenan lah..

Mint green pun cun...

hopefully harga berpatutan lah yer..
Kalau mcm last year punya collection dari Hatta Dolmat utk tesco..range dlm 200+ camtu..
Takper lah..tunggu nanti released i ols pi tgk nanti..

Tema apa u ols kali ni?
hehehehe...

Thursday, April 23, 2015

Kota Kinabalu~Part 2 (Mount Kinabalu)


Jam 5.30 pagi semua dah bangun mandi siap2 untuk mulakan aktiviti pendakian..

Jam 6.30am camtu semua dah terpacak kat depan cafe sebab kitorang tunggu packed breakfast and lunch..lambat skit siap bekalan makanan kitorang tu..

Waktu ni dah terang benderang di Kundasang..cuaca cantik hari ni..awal pagi berkabus la sikit..

Dalam 7.30am camtu semua bekalan makanan dah siap,so kitorang pun jalan kaki ke kinabalu park..
Guide and team dah tunggu kat atas tu utk briefing session.
Team kami 10 org dapat 6 orang guide.Jadi guide akan folo jer kita.So jgn risau yer,kalo penat stop jap,guide akan tunggu.diorang akan ikut pace kita.


Lepas jumpa guide and dapat tag nama,kitorang semua breakfast dulu.
Actually untuk breakfast adalah sandwich,telur and buah...dan lunch pulak nasik goreng cina..tapi memandangkan semua takut takdak stamina,jadi makan lah nasik goreng tu..aku mmg biasa heavy breakfast,tapi makan nasik pun separuh aja pagi ni.Maybe excited sangat kot sampai takdak selera,satu hal lagi kepala bengong2 sebab tak cukup tido semalam.
Air mineral dah termasuk sekali dgn packed meal,so dapat 2 botol kecik mineral..tapi aku bawak lagi 2 botol mineral+ 2 tin livita...bukannya apa takut dehydrated..
So lepas makan semua dalam jam 8.00am camtu kitorang naik van ke Timpohon gate.
Jarak ke Timpohan gate dlm 2km dari pejabat kinabalu park..jalan kecik alahaiii...

Kat sini ada board yang tunjukkan rekod2 climbathon..haishhh laju nauuu..hehehe



Kat sini guide buat warm up sikit sebelum mulakan pendakian..

Di check point 1,kita kena tandatangan dulu..ala2 macam attendance list yer murid2 sekelian..hehehe..
Kat sini jugak korang boleh sewa tongkat kalau memerlukan..murah jer,tak ingat pulak berapa.Macam aku amik kat guide aku..


 Sebelum mulakan pendakian,kita baca doa dulu yer..

Dalam 8.30am team kitorang pun mula mendaki..tapi track melalui Timpohon ni menurun bukit yer mula2 sekali..bahagia kak jemah..hahahha

Kemudian kita akan jump Carson Waterfall..ada air terjun kecik aja..tenang jer dgr bunyi air terjun..



Orait...so lepas aja Carson Fall..bermulalah pendakian sebenar u ols...track semakin menaik yer..
Masa ni jalan/lari ikut pace korang..jangan laju sangat atau slow sangat..jauh lagi perjalanan nak sampai Laban Rata..maintain pace yer..guide kitorang cakap jgn lupa bernafas..kalo boleh satu langkah satu nafas...ingat tu!
Seterusnya track semua macam ni..tangga batu..

Untuk tangga camni,cuba cari tangga yang paling rendah,korang ikut track situ yer..sebab tangga yang tinggi akan memerlukan tenaga yang lebih untuk kita angkat kaki..guide la yg bg tips ni..

Tangga kayu cenggini pun banyak...
Huhuhu..
Jadi sebelum mendaki cubalah training naik tangga..insyaallah tak sakit lutut nanti..hahaha

Sepanjang track ni..macam2 lah berbual dgn guide..
Guide yang iring aku perempuan,kak anis nama dia..umur dah 40,tapi steady jer..tak penat pun tgk dia..
aku masa awal2 ada jugak stop2 jap..amik napas dulu then sambung jalan slow2..
Yang lain2 semua dah kedepan..laju diorang,memang tak terkejar kalo nak kejar..hehehe..
Sampai KM1..rasa excited sesangat..hahaha..

Then sampai pondok Ubah jumpa Mizi dgn guide dia stop jap..

Aku dgn Nur memang yg paling last dlm team kami tu..hehehe
Sambil jalan berborak lah..macam2...
 Cantikkan view di sini,kat sini dah nampak puncak..terasa macam semangat aja nak terus mendaki..

Nur dgn Kak Anis guide yang folo kitorang..
Aku dgn Nur asalnya bawak beg,lama2 dah rasa berat sgt beg walaupun kecik aja..kak anis kata dia boleh bawakan,tapi berbayar lah..ok aja kami 2 setuju.Beg aku kecik kak anis amik RM30...
Lepas bagi beg kat guide,terus terasa ringannya badan..hahaha


ok dah sampai KM2...still mcm tak caya lagi aku blh smp KM2...muahahha

Okeh KM3...hehehhe..
Teruskan lagi pendakian..
kemudian stop jap kat Pondok Mempening..makan sikit2..

Masa kat sini takdak selera lg nak makan..tapi stop rest sat..
Kat sini banyak tupai..cute sangat..bagi dia makanan dia akan datang dekat..tapi nak pegang takleh nnt dia lari..

dlm 30 mins rest..pastu teruskan lagi pendakian..
Sambil2 jalan melayan track dan tengok keindahan alam ciptaan tuhan..
Sambil tu text dgn org kesayangan..hehehe..kat sini line celcom laju u ols..puas hati..almaklumlah pencawang kat atas gunung..hahahha..

Finally dalam 11.30am camtu aku sampai KM4 kat pondok layang2..time ni panas jugak walaupun cuaca kata ats gunung agak sejuk..
Kemudian tunggu Nur dgn Mizi kat situ,sambil tu aku makan nasik goreng..tapi ntah la tak dak selera nak telan..gagahkan diri makan sebab takut takdak tenaga kang walaupun perut x lapar..
Dlm kul 12 Nur dgn Mizi sampai aku tanya diorang lg nak teruskan naik lagi tak sebab jam 1.oopm dah kena turun..so kami semua decide dah tak nak teruskan..so rest aja lah kat sini..



Start KM4 ni semua tangga tanah yer u ols..kena hati2 skit sini..memang tak rata anak tangga nya..pokok2 kat sini pun lawa..
Di KM4 ni jugak kita leh jumpa pokok periuk kera..so sampai sini wajib tengok..sebab area sini aja yang ada pokok ni..
So text tanya kawan2 yang lain..6 org berjaya sampai ke Laban Rata (KM6)...

yang sorang lagi sampai KM5..

Tahniah kawan2..sampai Laban Rata..

View kat Laban Rata ni memang cantik sangat...dah macam negeri atas awan..ni sebab cuaca cantik so nampak clear area sini..




Dalam kul 1 kami start turun balik..entah kenapa nak turun ni aku pulak yang lambat..Nur dgn Mizi laju kemain..hahaha..
Aku mmg tengok step 1 by 1..bukannya apa takut tersilap sikit nnt injured,jenuh guide nak dukung aku turun bawah..takmau la aku jnuh nak keluarkan RM1000 pulak kalo guide kena angkat kita..huhu..
Muka ceria kemain kan sebab nak turun..haha..air aku dlm 2L memang habis la sepanjang naik and turun ni..livita pun setin jugak habis..
So dalam 3.39pm camtu kami bertiga sampai Timpohon Gate..
elok ja tgh posing2..hujan pun turun..nasib lah dah kat bawah kan..
Masa turun ni kena tandatangan balik form yang awal tadi..so pihak kinabalu park ada rekod yang kita dah turun dengan selamatnya..
Nak tunggu kawan2 lain memang lambat lagi,so kitorang bertiga balik ke Tahubang Lodge dulu letak beg semua..masa ni badan bau toksah cakap laa...hahahha..kaki aku pun dah terasa sakit..kat lutut tu..sebab tu td masa turun slow aja..
Lepas salin kasut,terus kami ke Kundasang..ujan masa ni..lapar ler pulak..
Pekan kundasang ada KFC aja ..yang lain2nya kedai kecik2 ja..so no choice makan nasik putih dgn sup ayam dan sup daging..selain tu amik chicken wing..

Kami sampai di Tahubang Lodge,alhamdulillah semua akwan2 selamat sampai..ada yang cramp kaki..ada yang terhenjut2 dah..sian pulak..almaklumlah jauhkan kaki tu jalan..6km naik..dan 6km turun..dah 12km tu sehari..macam aku just 8km saja..hehehe..

Ok lah itu saja cerita pendakian DAY CLIMB kami..

Nanti part seterusnya bersambung dengan cerita ke Dairy Farm pulak...