Tuesday, December 6, 2016

Jann's Bacheloratte Party

Sorang lagi member dah nak kawin..
Yeayyyy...lama dah tak makan nasik minyak kawan2..





So kali ni sebab 'Cik Nisa' mai KL jadi boleh la we ols plan bacheloratte utk Cik Nisa yang bakal jadi puan tak lama lg ni..hehehe..Cik Nisa tu nama glamor baru dia sebelah bakal mertua panggil..
Kami kawan2 panggil nama lamor Jann..hahhaha..

Ahad lepas 4 Dec 2016 bertempat di Jibby East, kami 8 0rg berkumpul di sana dalam kul 4ptg..sayangnya Cik pah pulak takleh datan atas sebab2 yg takleh dielakkan...kurang lah sikit kemeriahan tu..


Sekali berjumpa ramai2 terasa kemeriahan..nasib la kitoran dapat table hujung sekali dalam bilik tertutup..tak la ganggu customer lain..gelak ketawa tu toksah habaq la punya hingaq.hehehhe
 Sambil tunggu makanan sempat la kami main game dulu..lawan tiup belon sampai pecah..Tapi memandangkan semua 'makcik2' ni takut nak bagi pecah di mulut, kena ubah terms jadi sapa2 pn blh pecahkan dgn apa2 cara..last2 ada la pemenang ..hahha tu pun kecoh dia cucuk dgn pin..

Makanan sampai semua pakat makan sbb dah lapar dahaga semua cukup..
Specialnya Jibby East ni sebab makanan semua sedap...harga mcm cafe2 lain jugak..not overpriced la..highly recommended ya!!




Ni antara food yg kami order..ada lagi sebenarnya burger..tapi tuan burger lapaq sgt dia tak bg amik pic dah..hahahha..
Lepas makan kitorang main satu lg game..Game Boom namanya..ni pun lawak jugak nak kena mengingat sifir u ols...hahhaha ..sampai last dah kena tukar sifir pulak..
Apa2 pun sgt fun walaupun terkejar2 nak prepare props yg serba sikit tu..cukup la semua kenyan and enjoy..tu yg penting..tak sabar tunggu seterusnya sapa yg nak kawin nnt kita organize lagi ya..


Wednesday, November 23, 2016

starbucks toffee nut frappucino

Sedap pulak menda alah ni.. dulu minum tak la sesedap mcm ni..atau sebab mmg dah lama craving nk beli drinks kt starbucks ni, tapi malas betui la nk p ke sana. Padahal walking distance ja pun.. kalau dasar pemalas tu.. malas jugak..
ini pun beli kat starbucks tempat lain.. hahhaha.. tapi mmg recommended lah toffee nut frap ni, tak terasa sgt coffee nya.. manissss😬.. kalau i mmg suka air manis, sekali sekala takpa la kan..
kalau selalu maunya kencing manis u ols..

Sunday, November 20, 2016

Semester 3

Hai.. lamanya tak update kat sini.. i ols bz skit skrang.
Biasa la jd student ni last minutes baru kalut nk buat keja kan.. hahhaha..
paling menarik sabtu lepas (19 nov 2017) tarikh yg x blh lupa sebab satu2nya presentation bagi semester terakhir ni.. ya sat ja dah masuk last sem.. huhu.. subjek paling mencabar bagi aku dgn kawan2 sebab kami semua mcm blur.. yes blur u ols🙄.. nasib group aku dgn kwn2 sgt tak baik kali ni sbb kena present dgn menggunakan medical terms.. siap salah sorang team member kena gelak lg masa present tu sebut x betul.. haishhhh apo la budak2 course safety ni.. tak baekk tau gelak kt kami.. #kejam hampa no..
But its ok.. yang penting dah lepas.. tunggu la turn korang nnt kami nk tanya kaw2.. tungguuuuu...😏

Tuesday, October 25, 2016

Taman Tasik Titiwangsa

Aktiviti ahad sekarang ni dah bertukar ke aktiviti sihat.. hehhe.. nak
elakkan diri ke mall, so baik pi jogging.. sekarang ahad aku dah free
sebab kelas dah takdak..
Ahad lepas aku dgn kawan2 ke sini jogging, ni pun x plan sebab plan
asal nk ke tempat lain tp jalan tutup ada great estern run..
sampai sini pun dah lewat skit, so dah panas.. ramai jugak org bawak
family beriadah weekend kan.. lepas jalan2 sambil lari kitorang terus
ke kg baru breakfast. Aku tanya kawan2 kat mana best nasik lemak,
lepas tu terus ke nasi lemak wanjo..

Nasik lemak ok, cuma sambal manis sikit. Ayan goreng sedap makan panas2..

Lepas makan terus ke ikea pulak sebab my niece nk beli rak, mmg
panjang gak q.. tp kitorang p amik barang ja terus q.. jadi cepat
lah.. balik rumah ja terus 💤💤💤..hahahha

Wednesday, October 19, 2016

Larian Maktab Koperasi Malaysia ke 60

Ahad lepas aku join larian anjuran Maktab Koperasi Malaysia yg ke 60 di Putrajaya. Ni semua cik yaya lah yang ajak.Register last minit dah tu pun sebab kakak yang jadi organizer, jadi leh la register walaupun dah lepas dateline..huhu..

Mcm biasa la bukan ada buat preparation apa pun,setakat duk jogging acah2 ja selalunya..lagipun 5km aja yg kami semua register..hahaha..kalau tak larat jalan pun boleh..
Memandangkan event hari ahad boleh la aku join sebab semester ni kelas cuma sabtu aja..jadi subuh hening ahad tu dalam kul 5.45pagi aku n cik yaya dah keluar dari rumah terus ke Putrajaya, lepas ambik sairul kami ke wisma kpdnkk..larian start di situ..sampai situ macam gelap lagi...senang lah cari parking..

Larian utk 5km start dalam kul 7.30pagi..

Muka2 excited nak lari..hahaha
Pic ni rasanya dah lepas jalan+lari anak.. hahahha

Ok lah semua berjaya jugak tamatkan larian 5km tu walaupun ada yg first time..mostly dalam sejam aja..boleh pun kan u ols?...

Dapat finisher medal bagi yang berjaya habiskan km...leh simpan sebagai kenangan..

Dalam 8.30pagi semua dah settle, kitorang tunggu utk cabutan bertuah jap sambil makan roti..tapi hampa sungguh sorang pun tak dapat hadiah dalam group we ols tu..rugi oii tak dapat basikal..hahahha..
Best jugak sekali sekala join program mcm ni walaupun penat (sikittt laaa)..dapat jugak keluarkan peluh gn aktiviti sihat..sambil tu blh la nikmati keindahan putrajaya..hahah..tiap kali ke putrajaya aku sentiasa amaze..entah lah..dan setiap kali pi putrajaya jugak la mesti sesat..hahahha




Thursday, October 13, 2016

Masak Lemak Putih Petola

Dah lama teringin nak masak menu sayur ni, tapi mcm2 lah alasan
selalunya.. hahaha.. so few days back dah beli petola
siap2..sebenarnya sayur lain pun blh aja nk masak lemak putih ni, ikut
lah tekak masing2 suka sayuq apa..
Kemarin dulu i ols pun google la resepi, mostly tulis menu paling
senang dalam dunia okeyh😳, yang kita x pernah masak ni mmg gigih la
sampai google resepi 😂😂..ok terbukti mmg senang la. cuma tak pernah
masak and bergantung kepada kerajinan..
Mcm i ols tambahkan su'un atau dalam bahasa mat salehnya glass noodles
ya... rendam dulu suun pastu dh dekat nak masak baru masukkan.kalau
blh asingkan suun lepas masak tu kalau lambat lg nk makan. sebab?
Nanti kering kuah suun serap (berdasarkan pengalaman)..
Korang nak resepi sila google ya.. moga update i ols kali ni leh
jadikan sumber inspirasi anda yg nk masak tp x tau dah nk masak apa
tu..✌🏼️

Monday, September 26, 2016

Nasi Daun Pisang



Kat KL memang masih 'hot' lagi nasi daun pisang atau dlm bahasa omputihnya banana leaf rice. Nasi daun pisang ni mostly kat kedai mamak sekitar KL memang ada kalau u ols nak try. I ols mmg baru2 ni ja try sebab me not a nasi kandar or nasi mamak fan..kwn2 dah tau,so sekali sekala ja depa ajak i..hehehe..

Dari nama pun kita dah boleh agak semestinya makan berlapik daun pisang tanpa pinggan..nasi putih dengan pilihan kari ikan, kari ayam dan dalca..ayam goreng, sotong goreng dan macam2 lagi lauk 
lain korang boleh pilih kalau suka..
Kali ni we ols makan kat Raj's Banana Leaf Jalan Telawi..sebelum ni pernah try kt devis corner belakang i ols tu..ok jugak and kalau tak salah ada kuah kari ketam..Satu lagi yg famous Nirwana pun dalam area yg sama.Nirwana u ols kena beratur tunggu turn yer..memang selalunya ramai..i pun tak pernah lagi try Nirwana..


Kali ni teman bff yang mengidam banana leaf sebab dia baru recover demam..jadi tekak teringin kari agaknya..hehhehe..

Next time ke Nirwana nnt kita review yer u ols...

Wednesday, September 21, 2016

Resepi Sup Ketam


Bagi penggemar makanan laut mesti suka mkn ketam kan?? Walaupun setengah org tak pandai nk makan ketam sebab nak buang kulit tu susah..well org kampung mcm i yg membesar di kampung berhampiran laut ni memang cekap sgt lah makan ketam tanpa sebarang peralatan mcm di hotel mewah tu..hehehe..
Ok menu kat atas merupakan sup ketam. Kalau anda nak tau sup ketam merupakan salah satu remedy utk demam denggi ya,(Sejauh mana keberkesanan tu akak x pasti la pulak). Tapi x salahkan mencuba kalau ada sedara mara atau kawan yg demam denggi tu boleh la masak bg dia makan, sekurangnya berselera la jugak kawan tu..
Sebelum nak masak ketam ni, bersih dan potong macam u ols suka..lepas tu part mana yang keras2 tu ketuk skit dgn lesung batu atau belakang pisau. Bukannya apa senang nak gigit nanti.

Resepi sup ketam ni mudah aja :
1) Seinci halia, 4 ulas bawang puting dan 2 biji bawang merah u ols blend dalam minyak.Senang nanti terus tumis.
2) Lepas tumis bahan2 blend tadi sampai sedikit garing, masukkan sup bunjut kacau sebati dgn bahan tumis, 
3) Masukkan air tunggu mendidih kemudian masukkan ketam.
4) Kemudian masukkan garam, lada hitam (kalau suka) dan daun bawang atau daun sup.
5) Done!! ..mudah kan? kalau suka masam boleh perah limau mipis atau lemon..atau kalau suka pedas blh masukkan cili padi sekali lepas masukkan ketam tadi.

Pandai2 la adjust ikut kesukaan isi rumah masing2..

Friday, September 16, 2016

Selamat Hari Malaysia

"Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia."-wikipedia


Hari malaysia maknanya semua org bercuti lah kan, nak2 lagi tahun ni berkembar dgn raya haji..ambik cuti 3 hari dh jadi seminggu lebih blh blk kg.Tapi macam i ols ni memandangkan mmg bercuti sepanjang zaman, sama aja lah cuti ke tak..hehhehe..
Pagi2 tadi celik mata hujan renyai2 kat rumah i ols, rasa seronok pulak nk     duk atas katil berbungkus selimut tuh..huhu..tapi dlm plan nak ke library sebenarnya.. sekali lepas mandi baru teringat hari ni cuti..jadi tukar plan lah nmpk gayanya..ke mamak breakfast & pi groceries beli barang..
Semalam dpt email, MANGO ada less 30% on selected items.. kalau rajin satg p jenguk mango pulak..
Panjang pulak kali ni menulis..sekali sekala update kan.Ok lah u ols selamat bercuti dan nikmati makanan sedap2 kat kampung atau tempat percutian u ols..😊

Friday, August 5, 2016

Spaghetti Aglio Olio

Selalunya aku ni suka makan nasik dgn lauk2 yg simple aja, tapi hari ni
tukar selera masak spaghetti aglio olio untuk dinner memandangkan udang pun dah ada kt rumah. Bahan lain tambah ayam saja sebab seafood lain mmg nan hado.
Bagi yg suka pedas macam aku kena masukkan cili kering banyak skit baru lah rasa pedas tu, selain tu aku tambahkan kiub ayam dgn perencah secukup rasa maggi. Kalau x tambah mcm tak cukup rasa plak kang.. ada setengah org tambah stok ayam, terpulang lah selera memasing yer..
Aglio olia ni kalau x pandai buat mmg akan jadi tawar, jadi gula n garam kena pandai adjust ikut selera jugak..
Resepi u ols google la tgk mana2 yg mudah dan kena dgn selera u ols..
Selamat memasak...

Thursday, August 4, 2016

NYX soft matte lip cream

Matte lip cream memang trending sekarang ni, even brand2 keluaran malaysia pun dah banyak di pasaran. NYX memang dah lama kat sephora dgn harga yang sangat mampu milik.. 
Dulu aku dah beli tapi jarang pakai..tapi baru2 ni ternampak seseorang pakai satu warna ni cantik sangat,so aku tanya dia and rupanya dia pakai NYX jugak..

Jadi apa lagi terus ajak gf yg gila mekap serbu sephora..try kat mulut mmg mcm 'not bad' jugak warna Stockholm (kanan) ni yea..kalau tak tgk org pki mmg tak beli lah i ni.Sekadar tgk di botol tu mmg mcm x menarik..kaler ni ala2 nude to coral...lip cream berharga RM33..aku terbeli sekali NYX butter lip balm yang berharga RM20++ (sorry lupa berapa harga)..
Best pakai butter lip balm yg ada warna pink tu, so bila hari malas mmg dah tak pki lipstick..


I ah ada warna tokyo mcm dlm pic atas (kiri) tp jarang pki sbb warna light pink mcm tak suit sgt warna my lippy..istanbul pun cantik...boleh collect semua warna kalau u ols rajin berlip cream...okline takdak pulak kat sephora brand NYX ni..sayang tul..
Next time kalau u ols ke sephora blh try lip cream Kat Von D, tekstur sgt cantik and long lasting..kita dah try aritu tapi iman masih kuat so tak beli lah...hehhehehe

Wednesday, July 13, 2016

Selamat Hari Raya

Raya kan sebulan..so tak terlambat lagi nak update pasal raya..walaupun dah seminggu lebih kita beraya..
Selamat Hari Raya maaf zahir batin untuk semua ya.. raya saya kali ni mmg meriah mcm thn lepas2 jugak.. blessed with families n great friends.. makan makanan sedap2 dan posing dgn kwn2 tu satu kewajipan..
Gambar kat bwh ni perbezaan antara thn 2014 dgn 2016.. org yg sama tempat yg sama..nak gelak pun ada sampai patah anak tangga pak zain punya lah nak posing.. opsss kakcik sorry tertonyoh kepala..huhu..harap2 pak zain betulkan anak tangga dia so leh kami posing utk thn2 akan datang..hahhahah
Serba sikit kenangan raya yg akan saya ingt smp ke anak cucu nnt..
Happy holidays ya kwn2.. buat yg dh mula bekerja tu sila lah kerja dgn sepenuh hati..yg bercuti jadi 'tai tai' mcm saya ni moh ler kita goyang kaki...

Sunday, July 3, 2016

MAC lipstick



Nak raya ni kan, memasing mula la sibuk tgk balik koleksi mekap yg sedia ada tu, nak tambah blusher ka, lipstick ka, nak eyeshadow warna baru ka.. mcm i ni lama dah dekat setahun x beli lipstick, tetiba ada kawan pesan nak lipstick mac.. so i pun pi la mac.. cari dia punya sempat lah letak kat tangan n compare warna2 lipstick..


Macam kwn i dia suka warna nude, dia kirim cherish dgn spirit.. mcm i ni suka pinkish tone.. tak pernah pulak try warna nude sbb takut tak sesuai dgn muka.. kalau nk pki warna nude u ols kena lebihkan mekap mata kan..i dah la mata kecik n x pandai pulak mekap mata.. jd nak selamat pki kaler pink aja..

Niat di hati mmg tak nak beli pun lipstick, tapi tewas jugak.. so i beli warna SNOB.. yg dah ada n skrang jd favourite i warna PLEASE ME.. korang tgk sendiri perbezaan warna yg i dah snap tu kot2 berkenan di hati yer.. harga lipstick mac skrang RM74...

Monday, June 27, 2016

Re(marc)able Foundation

I am not a foundation person, jaraaanggggg sgt nk pki foundation. Selalunya kalau beli mesti end up expired and akan jual je lepas tu. Jadi bila dah lama tak guna foundation rasa mcm teringin pulak.. kaji punya kaji dah short listed a few yg nak beli, tapi satu ja la yg boleh beli pun..

Asalnya nak beli make up base dulu so next baru beli foundation.. tapi make up base yg i nak asyik out of stock aja... so masa sephora black card member sale aritu, boleh lah grab satu foundation.. mmg target nak foundation ni..Re(marc)able Foundation Concentrate by Marc Jacobs(RM245)..i cakap dgn SA kat sephora tu, i nak yg full coverage sbb kulit muka i jnis oily, selalunya pakai foundation sat saja lepas tu dh mcm x pakai foundation dah..SA cakap foundation ni memang full coverage, letak 2 3 titik pun dah cukup..
Seriously i suka sgt foundation ni.. utk kulit yg berminyak dkt T zone mcm i mmg sesuai.. foundation tak hilang wlaupun berjam2 pakai..tapi kat T zone tu still oily jugak after few hours, dap sikit sgn oil blotter pun masih ok..dah tak payah letak bedak lepas foundation..(alamatnya 4 tahun la compact powder aku tu tahan lepas ni..hahahha)..
Sekarang ni hari2 pki foundation..rajin pulak kan...pores pun invisible..tp utk yg x suka full coverage mmg tak sesuai..i beli pun masa sephora sale jd berbaloi jugak lah..online pun ada kalau yg nak try..i guna warna beige light 32.. kalau u ols berminat tgk lah kat sephora yer..

Sunday, June 26, 2016

yeayyy

Lega sangat bila exam dah habis.. rasa mcm lapang dada, tenang jiwa.. makan pun lalu & tidoq pun nyenyak..
Kejap saja puasa dah masuk 10 malam terakhir.. tak lama lagi dah nak raya..sale pun merata2 dah..
Tadi ke zara survey2 apa yg menarik.. memang rambang mata oiii.. yg mana duk target sblm ni semuanya sale..berbaloi tak beli masa normal price..hehehe
Semuanya sale dah bukan zara aja..aldo pun sale jugak.. so dapat lah kasut raya sepasang yg 50%+20% off tu.. nasib lah ada saiz.. selalunya sale item susah nk dpt saiz kita kan..fuhhhh seronok sgt rasa..aldo kan jarang ada yg murah..


Sekarang ni i ols nk cari baju raya pulak..browse website dulu cari calon2 yg berpotensi.. lepas tu baru nk gi butik tgk material and try..thn ni banyak sgt RTW.. jgn kata designer,artis pun pakat buat RTW.. banyak sgt pilihan..
esok ahad blh la i ols p tgk2 apa lg yg sale.. nanti kena tunggu year end sale pulak baru blh shopping..
selamat berhujung minggu u ols semua...

Monday, May 16, 2016

Paloma by Ezuwan Ismail

Lawa kan baju2 dari koleksi raya 2016 PALOMA EIKL ni..
Ni baru sikit aja ezuwan ismail reveal design yang ada..semuanya ada 40 design yang akan dikeluarkan..
Jenuh nak pilih yang mana satu..cantik2 sangat i ols tengok..
Semua design akan available utk pembelian bermula pada 27 mei 2016.. harga bermula dari RM299-RM699..
Sesiapa berminat boleh terus order dgn i ols.Boleh tinggal komen yer..cepat order u ols,stock sgt limited..

Friday, April 22, 2016

Fesyen Raya 2016

Tak lama dah nak puasa..as usual la pejam celik dah nak hujung april..
Sebelum puasa lagi baju raya mostly dah keluar..tailor pun dah tutup tempahan agaknya..zaman sekrang ni tak risau sebab blh beli online/offline..bendor butik pun banyak keluarkan design lawa2..

Meh kita jamu mata dgn baju2 raya 2016 dari beberapa designer malaysia..pic smua i ols screen shot dr instagram depa..ada jugak yg tgk kat zalora..














Dapat idea dah nak beli yang mana satu?
Tema dah set?
Hahahaha..pening kan akak2 semua pikir pasal baju raya ni..sebab tu i ols main beli aja mana yg berkenan..tapi mesti yg dalam bajet la..mahal sangat tak mampu akak...