Wednesday, June 24, 2015

Ramadhan Kareem

Selamat berpuasa dan semoga memperolehi keberkatan di bulan yang mulia ini..


Friday, June 12, 2015

Kota Kinabalu ~ Part 3 (Desa Cattle Farm)

Sebelum menulis lebih panjang tentang cerita Desa Cattle Farm, rasa sedih pulak tengok kejadian gempa bumi yang baru berlaku di Ranau di mana melibatkan beberapa pendaki Gunung Kinabalu.
Al-Fatihah dan takziah untuk semua mangsa...
Saya mendoakan yang terbaik untuk penduduk sabah dan untuk semua malin gunung,jasa anda semua sangat besar...terima kasih dah tahniah...

Hari ke 4 di Sabah,lepas selesai aktiviti di gunung kinabalu, kami semua pun dah bersiap2 nk turun ke KK.Memandangkan dah memang ada di Kundasang,so wajib lah singgah ke Desa Cattle Farm,Mesilau.A few kilometer saja dari tempat penginapan kami tu..
Kat sini memang lawa view menghijau yang berlatar belakangkan gunung kinabalu.

Desa Cattle Farm ni terletak di Mesialau iaitu salah satu route pendakian ke Gunung Kinabalu.Sini dikenali sebagai tempat ternakan lembu dan pengeluaran produk tenusu..ala2 New Zealand Malaysia gitu..
Nak masuk ke sini dikenakan sedikit bayaran,sorry kita lupa dah berapa ringgit..huhu
Kat sini ada macam2 produk berasaskan susu yang boleh makan fresh..

Aiskrim ni pun sedap...ada fresh milk,waffle dan macam2 lagi lah.Souvenir macam tshirt pun ada di sini kalau nak beli buat kenang-kenangan.


Masa kami semua ke sana,ramai jugak pelancong yang baru datang.Masa ni tak nampak pun lembu2 yang mcm dalam iklan susu tu kat padang rumput.Mungkin ada masa2 tertentu untuk lepaskan lembu di ladang agaknya..



Panas terik tak terasa sangat sejuk,tapi kabus still lindung gunung kinabalu.Kalau takda kabus tebal memang lawa view nampak clear puncak Kinabalu dari sini.



Lepas posing2 sikit,terus turun dari Kundasang.Semua pun dah lapar.



Laluan balik ikut sini..sebab nak singgah Tuaran makan lokan bakar..

Sini banyak gerai2 tepi jalan kebanyakannya sediakan lokan bakar dgn chicken wings.


Agaknya di sabah memang famous dgn chicken wings.

Penuh meja masing2 dah lapar time ni.
Panas2 minum pulak air kelapa..apa nak di kata...laju jaa...hahahha


Lokan bakar ni memang sedap.Masa mula order sikit ja,lepas tu dah masing2 tambah..aku mcm biasa la makan dgn nasik..order sup lagi..puas hati makan kali ni.
Thanks to our guide sebab belanja kami lokan.heheheh
Jadi harga memang i ols tak tau sepinggan berapa ringgit.


Masjid terapung ni masa otw dari tuaran nak ke KK.
Lawa sangat KK ikut jalan ni,laluan tepi laut.Nampak bangunan yayasan sabah dan lain2...
Kota Kinabalu memang cantik sgt..

 Sampai KK dalam jam 4 lebih dah rasanya..terus ke Marina Court.Stay situ lagi.senang sebab dekat dgn town,nak makan semua jalan kaki jer..
Lepas maghrib kitorang keluar ke Pasar Malam belakang Hotel Le Meridien.Sini cari souvenir sikit2.Nak ke  kedai souvenir di Pasar Kraftangan pun tak sempat sebab dah lewat.Kalo korang nak ke sini kena awal yer..dalam kul 7 dah tutup Pasar Kraftangan.

Lepas beli souvenir,dinner di Pasar Filipina pulak...lapaq oiiii,,
Sini banyak seafood,pilih aja apa korang nak makan.Tapi masalahnya waiter semua cakap melayu pun tak paham...acaner....
Nak senang ko tunjuk2 aja di menu tu..

Aprikot ni sedap jugak...

Order untuk 2 orang,banyakkkkkk sangat.Memang tak mampu la nak habiskan...

Kalau di Pasar Filipina ni u ols kena tau yang asap2 tu biasa...hahahha..nak pakai cantik2 tu simpan ja okeh! Sini gerai biasa yang agak panas dan sesak,tapi ramai pelancong.Tempat santai yang ada macam2 seafood...

Ok lah setakat tu saja rasanya entry untuk Kota Kinabalu.Flight ke Penang i ols adalah keesokan harinya..kawan2 lain pun balik hari yg sama cuma flight berbeza masa.

Nak ke Pulau Sapi semua memang tak sempat,so kena buat next trip ke sabah untuk ke pulau saja.Insyaallah semoga akan menjejakkan kaki kembali ke Kota Kinabalu.

Thursday, June 11, 2015

Tomato Paste VS Tomato Puri

Baru saja tau apa beza tomato paste dgn tomato puri ni..sebelum ni pernah jugak tgk di kedai, terpikir gak apa beza paste dgn puri.Tapi malas nak pikiaq, amik ja yg biasa beli.
Tadi tgk rancangan memasak kt TV3 baru i ols tau apa beza....chef tu cakap:
Tomato paste lebih pekat dan rasa lebih masam dari tomato puri...so ikut selera masing2 kalo nak lebih masam boleh gunakan tomato paste.
Selalunya kalau masak nasik tomato atau nasik daging i ols guna tomato puri aja.Rasanya nasik tak sesuai sgt masam kan? Kalau untuk pasta atau spaghetti lebih sesuai kalau nak guna tomato paste.
Ok lahh..lapar pulak ptg2 mcm ni..nak masak apa yer mlm ni....hhhhmmmmm

Wednesday, June 10, 2015

Weaveduck Scarve

Finally dapat jugak walaupun satu.


Asalnya nak warna hijau dgn kuning,tapi dapat satu ja..ok la dari tak dpt langsung kan..

Selalunya limited edition duck scarves ni memang susah nak dapat,sebelum ni kaleidoscope punya pun tak dpt sebab bangun lewat..huhu
Yang KL print pun masa release baru2 ni lagi la..tak sempat langsung..gone in a second!!
Tapi nasib lah ada pre order...so i dah order warna hitam..fuhh lega..
Penangan duckscarves ni sanggup bangun awal pagi..celik2 mata terus klik2 and refresh website FV..hahahaha..

Antara tips2 nak dapat beli limited edition duckscarves ni:

1.Get up E.A.R.L.Y for sure...
2.LOG IN into your FV account before the exact time released...
3.Use PAYPAL instead of online banking..it took sometime for the TAC no request...
4.Make sure your internet connection is good...yg ni nasib la jugak kan

Good Luck...

hehehe..nantikan AERExDUCK pulak...

Tuesday, June 9, 2015

RR for TESCO

Hai fashionista..
Rizman Ruzaini for TESCO dah ada di semua Tesco yang terlibat...
Dan RR luxe collection pun dah available di website www.rizmanruzaini.com
Untuk LUXE collection ni cuma ada di Tesco Ampang, Mutiara Damansara, Shah Alam Hyper dgn Desa Tebrau...so sesapa yang jauh macam i ols leh beli online terus di website RR..kat LAZADA pun ada jugak,tapi cuma koleksi blooming aja..
Okey cepat pi klik2 apa yang patut..hehehe..
Kita suka yang kuning ni..ala2 kebaya tapi moden..
Suwittttt kan....

#RRforTESCO
#rizmanruzaini10luxe


Friday, June 5, 2015

June

Pejam celik sat saja dah separuh tahun 2015.Tiap tahun ulang ayat yg sama kan..syukur dipanjangkan umur dlm kegembiraan sampai ke hari ni..
Tak lama lagi dah ramadhan..terasa cepat masa berlalu..tak sabar tunggu suasana ramadhan. So amik mood memasak dari sekarang..
Iya lah kalo nak maksud kena ada mood..baru la makanan tu sedap..kena masak dgn sepenuh jiwa gitu..huhu..
Baru2 ni i try wat nasik daging utara guna beras basmathi..sebelum ni tak pnh lg pakai basmathi..lepas tu gantikan daging dengan ayam.Bukannya apa, masak pun dah petang lepas balik kerja so takda masa nak rebus daging lama2 sampai empuk.Kalau guna ayam, kejap ja..Masa nak rebus ayam, i masukkan kiub pati ayam biar ada rasa skit nanti nasik tu..
Rasa not bad jugak..biasa lah bila masak sikit, terasa sedap lah kan..cuba kalo banyak, tak habis pun makannya..hehehe
Bulan puasa ni korang boleh la try nasik daging utara, google ja resepi bnyk di internet.Cuma kalau nak add on rempah kari boleh jugak..campur dgn rempah kurma so nasik akan kekuningan.
Selamat mencuba.