Monday, June 4, 2018

Resepi Kurma Daging Perlis

Salam semua, akak just buat kurma daging simple cara orang perlis masak. Atau resepi dari daerah lain pun sama agaknya. Bukan apa, sekali sekala teringin kurma daging tambahan masa puasa ni kan. Di negeri Perlis , kurma daging yang sedap selalunya boleh rasa kalau ada kenduri di kampung. Mashaallah sedapnya lauk kurma daging, rasa 'light2'dan ada sedikit manis dengan dagingnya yang empuk..ermm sangat menyelerakan. Panggilan lain untuk kurma daging di perlis adalah "Rendang Putih". 



Ok jom tengok resepi kurma daging cara akak masak.

Bahan-bahan:
-Daging anggaran 500g
-Rempah kurma 2 paket
 (Akak guna Adabi,ikut suka hampa la nak guna brand lain pun boleh)
-Minyak masak 8-10 sudu
-Santan pekat 1 cawan
-Garam  2 sudu teh
-Air rebusan daging 1 cawan
-Air 2 cawan
-Kentang 2 biji (potong dadu)
-Cili hijau 1/2 tangkai (potong ikut suka korang)
-Bawang besar 1/2 biji (potong 4/6 bahagian)

Bahan kisar (kalau nak potong halus pun ok jer,akak suka kisar sebab malas nak potong..hehe)
-Bawang putih  4 ulas
-Bawang merah 2 biji
-Bawang beasr 1 biji
-Halia 1 inci

Bahan tumis
-Bunga lawang 1/2 biji
-Kulit Kayu Manis 1 batang

Cara memasak :


Korang boleh tgk dari video akak upload di youtube, tambah 2 sudu teh garam.Atau korang boleh kurangkan ikut rasa yang sesuai dgn tekak korang.Akak tambah satu sudu teh gula jugak biar ada rasa manis di hujung2 skit eh..

Untuk daging akak prefer rebus dahulu hingga 80% empuk, kemudian baru masukkan daging ke dalam tumisan rempah. Tambah sikit air bersama air rebusan daging, biarkan kejap daging sebati dgn rempah dan tunggu sampai empuk.

 Selamat mencubašŸ˜Š

No comments: