Wednesday, May 28, 2008

Lelongggg.. Lelongggg...


(SOLD)

Memandangkan gabuk(almari) aku tu dah penuh dgn baju2 yg hanya sekali dua aku pakai...so aku rasa the time to lelong my stuff dah sampai...utk first trial aku cuma lelong dua dress ni ja..so u can checkout here http://search.ebay.com.my/_W0QQsassZyaty82 ...aku mintak tolong Leed lelong kat eBay dia..malas nak bukak acc eBay lagi..tapi tgk arr kalau rasa cam maju bisnes aku ni...insyaallah i'll have my own eBay..i will announce later la if ada
Ok dear frenz..if u interested to dis 2 dressess plz visit the link above...harga muuuuraahhhhhhh bangat!


Monday, May 26, 2008

First Touch



Apa hal la kan tetiba ja aku ni letak gambar bilik pengantin...berangan kot..padahal dh lama kawin..lapuk dah pun..the truth is.....ini la bilik pengantin hasil kerja tangan aku dgn Ja(my kazen)..kami tetiba ja jadi bidan terjun masa kenduri kazen aku Fauzi.Sian tul kat mak si Fauzi tu dia mmg tak wat apa2 utk bilik pengantin.Dia cakap "ala kita wat simple2 dah la,lagipun kita kan side laki"...pastu aku cakap "eh mana bleh mak caq,kena wat gak bagi cantik2 kalau dak malu arr kita,lagipun tak seri la kalau umah pengantin takdak bilik pengantin"..ha tu la jahat mulut sangat..so aku,Ja n mak cik kiah pun tolong arr mak caq wat apa yg patut..maklumla umah depa ni dah lama tak kenduri & bilik pun mmg tak prepare...so penat gak la nak buang debu n habuk.Dah la apa benda pun takdak..sibuk ja aku suruh mak caq tanya jiran2 dia kot2 ada scallop or bunga2..nasib ar jiran2 kat situ baik ati..tak semena-mena dapat la scallop n bunga2 yg kena tema kaler..alhambdulillah...jadi gak bilik yg tak seberapa ni kan..berbunga jugak la kami dua dgn hasil kerja tangan kami ni..tapi kan..masa ari kenduri nem komen skit "awat yg letak bunga kt tgh tu..." hehe..aku buat ja mana yg aku rasa patut...so Bun apa plak komen hg? nak mintak tolong hg aku mmg dok rasa mcm hg tadak arituh..wpun hg dah bgtau aku yg hg p kl tapi lupa lor...


So....... what is ur opinion?








Posing kat bilik dgn pengantin

Wednesday, May 21, 2008

Crocs idaman



Last monday i went to quensbay mall png...so apa lagi aku pun terus cari crocs yg aku suka tu,Cyprus..yg ini lain skit dari kasut2 crocs yg sebelum ni.tapi sayangnya salegirl tu cakap kaler merah tak dak..& tak sampai malaysia.betul ka ni???? dah banyak kali aku mintak tlg aiza g tgk kat situ..tapi still tadak gakk..cuma ada 3 kaler ja,coklat n pink,grey n purple & coklat..so try punya try aku pun ambik gak semata2 nak puaskan ahti aku..finally aku ambik coklat n pink coz masuk dgn kaler kaki aku..so dgn senyum yg kelat aku pun bayar la coz dlm kepala cuma nak kaler merah ja..tgk2 dia ada bg free gift..so aku dapat traveller accessories bag..ermmm ok gak..masa g vincci ada yg aku suka tapi tak selesa plak la..sakit kaki sbb keras sgt..sedih tul..tapi apa2 pun puas ati la dapat beli Crocs Cyprus ni..senang skit nak belasah time g shopping2..tak la asik pakai flat sandal ja..

traveller accessories bag..free

Thursday, May 15, 2008

Firebird


Browse punya browse last2 baru teringat aku nak cari info pasal handbag LV ni...berkenan sgt lepas aku tgk dlm mag apa ntah tak ingat la dlm 2 3 bulan lepas...design ni mmg lain dr selalu coz LV kan selalunya color dia biasa2 ja tak la striking mcm ni...aku plak jenis yg suka colorful n striking2 nih..tapi sekadar minat dari jauh je la..nak beli tak mampu punya..aku check dlm website harga dia $5400..ermmm kalau convert to RM dah jadi berapa kan..boleh wat down payment beli kereta baru tuh..!!! oink..oink..design yg geng sekali dengan Firebird ni mmg special la aku tgk coz lain dr selalu..coz it was designed by Marc Jacobs & Richard Prince...geng2 lain pun cun2 gak aku tgk..Pochette Bonbon Rose ,Weekender GM,Tahitienne...arghh mmg gila rasa kalau tgk handbag2 ni..tapi buat masa sekarang ni sekadar mampu berangan je la...mana tau satu hari nanti mungkin aku mapu memiliki salah satu collection LV ni..berangan bukan kena duit pun..free of charge.."manusia tanpa angan2 seolah2 mati dalam hidup"..haha..

Wednesday, May 14, 2008

Bihun Sup

Yummy...yummy..slurppp...semalam aku beli bihun sup kat 1 of my fav gerai bihun sup kat seriap...mcm biasa aku g kat mak cik tu "makcik bihun sup satu cabai lebih"..apa lagi balik tu aku pun makan la dgn bestnya coz kuah dia pedas mmg kegemaran aku..campur lagi dgn keropok lekor beli kat pasar malam..so semalam ni masa tengah makan bihun sup sambil layan Sinderella kat TV3 tu tiba2 ja aku teringat bihun sup kat sekolah lama aku..Sekolah Menengah Dato' Sheikh Ahmad,Arau..bihun sup kat kantin sekolah mmg agak famous la wpun berlambak lagi makanan lain.Yg herannya semua org berlumba2 letak cabai & sos banyak2 dlm bihun sup sampai kaler dia merah semacam ja..tapi tak la sepedas bihun mak cik yg aku beli semalam ni..kalau dalam geng aku(popo,yaya,kakcik & yanti) masa form 3 tu popo la yg mmg paling berkait rapat dgn bihun sup ,tu yg aku tak leh lupa sampai skrang ni...haha popo jgn marah..hang ingat dak setiap kali makan bihun sup yg merah tu...mesti kain tudung sekolah hang akan dipenuhi bintik2 merah lepas makan..hehe..dgn tudung2 sekali teringin red hot bihun sup tu..masing2 poyo ja kan..dah la bihun sup tu hangat pastu nak buah cabai bagi pedas2..cari alasan ja nak masuk kelas lambat..dah nak makan slow2 pastu nak pi melepak lagi..


errmmm..sweet sgt kenangan2 masa aku form 3 dulu ni kalau ingat balik..rasa cam nak putar jarum jam balik & nak set balik kalender back to 1997...wpun aku tau semua tu mustahil,tapi bila ingat balik kenangan lama mmg aku akan tersenyum sorang2...

ni la bihun sup yg aku makan semalam ni..sedapppp

Monday, May 12, 2008

Is It True??


Subject: ADAKAH ANDA TAU

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedi kit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk-penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah 'flutterby'.

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

30. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office... Pelik bukan!

31. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan ? kekekekeee.. .!!! OK dah pegi buat keja kekeke

source: forawrded email..just for fun k..im not sure either this fact is true or not...

Monday, May 5, 2008

Cuba Teka...

haa..cantik kan..tenang & mendamaikan.sapa pandai cuba teka kat mana ni???..haha..suka2 ja snap tgk2 cantik plak..

Isma's Baby



Ammar wif Auntie Lily

Semalam on Sunday Isma wat kenduri cukur jambul anak dia..new born baby boy Ammar Syahmie..so cute putih melepak eyebrow kaler blond lagi...Auntie2 dia yg vogue ni(perasan! haha) pun pi la melawat ammar wpun dah lewat time tu..semua ada bibi,nem,kak amy,ja n husband meramaikan rumah Isma..masing2 sibuk la dgn isu baby ni..tinggal aku dgn bibi ja yg "on the way ".Ja dgn Yanti tgh tunggu tunggu masa ja nak due ni..haha berdebar la rasa..org lain yg preggie aku plak yg berdebar...bun rugi la hg tadak...





Ammar before cukur rambut..


Ammar asyik lena ja...ni Auntie Bibi











Langkawi

Jumaat & sabtu lepas aku g Langkawi wif my hubby..temankan dia la konon.sebenarnya aku yg menyibuk nak ikut coz esok tu sabtu.Sekurang-kurangnya blh ar aku menjamu mata kat sana kan.Langkawi pun is a great place for shoppers..but depends la pendapat masing2 coz aku suka ja benda2 kat sana tu..Crocs,iPanema,branded perfume,Guess,Tag Hueur semuanya ada kat sana wpun tak sebanyak yg kt kl or Penang..and the greatest thing in Langkawi is the chocs...very2 cheap..org mcm aku mmg suka la coz chocs mmg one of my fav..Hersheys kalu kat cni dlm RM1x.xx tapi kat sana blh dapat RM8.90 ja..huh heaven tul la..

Dah jln2 jamu mata tu semestinya satu kewajipan la kena beli..hehe..aku sebenarnya cari Crocs yg baru tu..apa ntah nama dia tak ingat..tapi tak sampai lg kt Langkwi ni..so pusing punya pusing aku singgah kat Blay.ada la 3 pasang yg ternampak amat menyerlah di mata aku..white pumps,red crytal wedges and satu tu kaler purple apa ntah jenis aku pun taktau.




(ni red wedges tu..sukenye..)



Try la aku ni pun 3 pasang tu..pi balik pi balik depan cermin last2 cuma yg purple tu ja yg selesa dgn aku..yg putih tu sakit la plak kaki,yg merah tu mmg cantik sgt arr tapi ketat sangat plak dia punya tali dgn depan dkt jari aku..tapi mmg cantik la btul2 kena dgn taste aku yg merah ni..tapi memandangkan dah tak selesa watpa nak beli..tapi puas hati ar rasa shopping harini..apa yg aku nak semuanya dapat..dah la barang2 semuanya kualiti ok harga pun berpatutan

ni la kasut purple baru aku..