Friday, March 25, 2016

Seoul, Korea 2016

Trip yang tak pernah dirancang,malah tak pernah terlintas pun nak ke Seoul dalam masa terdekat ni..
Tapi nak dijadikan cerita,akhirnya sampai jugak kaki aku ni di Seoul,Korea dari 3-8 Februari 2016 yang lepas.

Last minit dah booking tiket semua,semestinya AirAsia lah jadi pilihan kan...purchase siap2 luggage dgn makanan jadi tak payah pening pikir dah..sebab dah tau kalo oghang pompuan ni travel mesti hangkut segala 'mak nenek' dalam luggage..
Pengalaman pertama aku naik AirAsia X,ok jugak la bagi aku yg 'feeling' petite ni..ruang kaki tu maybe agak sempit kalau bagi org yang tinggi..


Pic kat atas aku snap dah dalam negara Korea lebih kurang 20 minit lagi nak sampai..sebab excited nak tgk snow dari atas..tapi sayangnya tak nampak pon!

Flight kami lebih kurang jam 8.00 pagi,so kul 5 pagi dah kuar dari rumah..lepas check in luggage semua singgah breakfast jap kt McD KLIA2 ..kenyanggg tapi mata ngantuk.


Penerbangan ke KLIA2-Incheon,Seoul lebih kurang 6.5 jam..
Selalunya aku ni naik flight hatta kereta sekalipun susah nak tidoq sepanjang jalan tu..tapi kali ni sangat lucky sebab tak dan apa2 lagi aku dah terlena..terjaga masa food serving ja..syukur..hahhaha

lebih kurang kul 4.30 ptg time Korea,touch down kat Incheon..Besar airport dia,ada train kecik macam KLIA tu yg bwk kita ke terminal lain..lepas settle imigresen semua kitorang terus gi beli tiket bas airport limousine..kaunter tiket tu depan 7E aja..so korang kena tau destinasi nak ke mana terus aja bgtau kat kaunter tiket nnt dia bgtau harga.Tiket kitorang KRW10000 seorang.
Macam kitorang sbb dah booking apartment melalui AirBNB, host rumah dah bg direction semua naik bas ke station PJ Hotel katanya.Selain naik airport limo,korang blh naik AREX express train ke town:faster and cheap option.

So kitorang tunggu bas kat sini dalam 5 minit bas dah sampai.
Masa nak keluar ke tempat tunggu bas ni,zasss angin sejuk sapu muka..ooomakkkk seeejjjjukkkk oiii..(masa ni dalam 5 degree) bila cakap ja keluar asap..hahhaha..jakun jugak la,sebab ni first experience winter aku.
Jadi keluarkan siap2 jaket dgn glove masa dalam terminal.


View dari dalam bas,semuanya warna coklat aja..sungai mostly frozen abis la..nice view..hehehe
Perjalanan dari Incheon Airport ke MyeongDong area aparment kami tu dalam sejam lebih jugak sebab jam time org balik keja kan..jarak Incheon ke town pun dalam 50KM jugak..
Host AirBNB ni baik sangat,siap call sebab kitorang sampai lambat,nasib la kawan aku punya phone roaming..aku memang tak beli simcard korea sebab masa tanya di airport mahal kot..RM100 jugak,nak guna pun kejap ja ,so macam rugi..

Kami sampai area MyeongDong lebih kurah kul 7 mlm dah..host tunggu kat bus stop.Dah sampai dia bawak tunjukkan rumah dia kat Elcru Metro City Apartment.Dalam 200 meter dari MyeongDong night market tu..

Memang sebijik macam dalam website.bersih,luas dan selesa sangat..

Ada 2 katil queen dan 2 sofa bed..sangat puas hati..dapur semua pun lengkap..
Semalam dalam RM380..tapi ok la kan can accomodate max 6 person ni..kitorang 4 aja so lebih dari selesa..dapat egg wi-fi lagi,jadi korang nak keluar leh heret benda alah tu..nasib lah tak beli simcard tadi..
Rehat jap..pastu masak and dinner..kitorang kuar ke MyeongDong night market..sepanjang jalan banyak coffee shop..dan trademark korea:kedai kecantikan mcm skin food,innisfree tu bersepah..


Kat sini semua butik mcm ZARA,FOREVER 21,LUSH, MCM sampai juling mata aku tengok..tapi tak berbaloi nak beli sebab mahal bila convert ke RM..huhu..tengok sudahh..free!

Aku dgn kawan aku excited nak try street food..dan yg kita boleh makan tu ada la jugak..macam sotong ni..sos pedas ternganga kot..hehe

Tapi sejuk2 kan best makan benda panas..time nak makan semestinya kena buka glove..ooowhhhhmaiiiii..kebas tangan kot.Cepat2 makan habiskan and sarung balik glove.Sumpah ahkak tak tahan sejuk..hahaha..malam suhu sekitar 2 degree..
Scallop corn cheese ni sedap..harga KRW8000...rasanya lah scallop benda tu..hehehe..sorry tak pasti..tapi dia letak cheese dgn corn..korang boleh try kalo ke sana,stall dia dekat forever 21..
Pusing2 jalan2 tgk2 aja malam tu,sebab baru first day kan..banyak hari lagi nak stay..night market kat MyeongDong ni tutup lewat rasanya..kitorang balik dekat kul 11 dah..

Day 2- 4 Februari 2016

Hari ni bangun awal jugak sebab nak ke PyeongChang.Daerah di mana terletaknya Yong Pyong Ski Resort.Dari apartment kami kena amik teksi ke Dong Seoul Bus Station.Sebenarnya nak naik metro pun boleh,tapi disebabkan nak mengankut luggage seberat 20kg tu,malas oiiii...nak naik turun tangga metro station..Owh btw,apartment kami cuma 100m dari station ChungMuro...

Malam dah google yang bas ke Yong Pyong Ski Resort tu cuma ada a few trip.Yang awal rasanya kul 9.00 pagi. Jadi kitorang kalut2 pagi tu amik taxi (KRW18800) ke Dong Seoul Bus Station.Sayang sampai sana dah kul 9.15, macam melepasss ja bas awal tu..

Bila gi tanya kaunter,banyak lagi trip bas ke sana rupanya..satu kelegaan di situ..hehehe..so korang kalau nak ke Yong Pyong Ski Resort jangan risau yer lepas ni,banyak dah trip bas ke sana.

Dari Dong Seoul kena turun di Hoenggye bus station.Fees adalah KRW14500.
Perjalanan ambik masa dalam 3 jam....zzzZZZZzzzzz..hahaha..jauh jugak okeh.nasib lah bas selesa..
Sepanjang perjalanan tu boleh la tgk kawasan bberbukit2..snow pun ada sikit2..
Aku baca kat blog org,bas diorang tak stop langsung kat RnR,tapi driver kitorang ni smoking ,tu agaknya dia stop jap.So u ols blh la turun ke toilet ke,beli air ke..tapi make sure ingt no bas yer.hahhaha..satu lagi jgn lambat sebab bas stop kejap aja..

Ni lah Hoenggye bus station.Turun dari bas korang boleh nampak stesyen taxi di seberang jalan.Nak ke ski resort kena amik taxi yg memakan masa 15 minit perjalanan. Tambang pulak dalam KRW5000 kalau tak silap.

Kitorang sampai Yong Pyong Ski Resort dalam kul 1.30 tgh hari.Terus check in kemudian rest kejap.
Kitorang stay di Kondominium Yong Pyong Ski Resort. Sini hotel pun ada,tapi kitorang amik konsep kondominium  ni senang sebab ada dapur so boleh masak.Selain tu boleh duduk sekali 4 orang..

Nampak tak katil takdak?


Actually disediakan Futon Bed...hehehe..merasa la tido ala2 oriental style..alah tilam dgn bantal kecik tu..mcm japanese style tu..keras jugak la kan sebab tilam dia tak tebal sgt..tapi ok la selesa aja..

Selesa dan bersih yang penting...dapur,senduk,multi purpose cooker semuanya ada...tapi kitorang mcm biasa la masak sardin aja..semua dah bawak bekal..in case tak jumpa makanan halal..

View dari balkoni kitorang,so boleh nampak hotel di sana..


Yang ini pulak private residence..rumah besar2 dilereng bukit..lawaaaa...


Lepas rehat kitorang turun ke bawah melawat kawasan...
OOOuuhhhhhh sejukkkkk...kat sini lagi sejuk dari Seoul sebab kawasan tanah tinggi kan..dalam 2 degree celcius..i ols ni lah first time tgk snow..kagum! tapi tak tahan sejuk..silau mata satu hal,angin yang bertiup ke muka tu sebabkan mata berair...sila lah pakai spek..
Nampak tak slope kat atas tu? tinggi naw tempat golongan profesional skiing...
Kita yang baru first time nak try ni kat bawah udah ler...kat bwh pun jatuh bedebuk jugak..


Kalau korang nak try ski,kena beli tiket kat sini. Dia ada sesi masa tertentu..kitorang amik sesi kul 4-6ptg..satu sesi untuk adult termasuk ski equipment dalam KRW24000.Tapi sebab menginap kat resort dia,dapat la diskaun jadi KRW20000.

Lepas dah beli tiket kena masuk dalam phoenix plaza amik ski equipment.


Kalau u ols nak rent ski wear pun ada kat sini:with extra cost for sure.Ski wear ni macam seluar dgn jacket yang pakai kat atas sebab dia akan cover dari anging so kurang sejuk sikit.Ski wear rental dalam KRW12000.

Ski equipment ni berat jugak nak angkat ke luar tu..huhu..so kasut dia kita dah pakai kt dalam lagi masa pindahkan barang dalam locker.Jalan dah macam robocop,,hahahha

Slow2 merangkak la ahkak main ski ni..licin kan snow tu..best jugak la first experience walaupun terkial-kial..takkan la nak pandai terus.Oghang kola perglih first time skiing..ahahhaha..


Yang paling seronok ilham la...laju ja dia skiing..budak2 ringan lagi kan badan..hahahha alasan makcik2..

Sebelum nak habis sesi masa kitorang,gi hantar balik ski wear and equipment kat dalam phoenix plaza tu. Ada restoran dalam tu..tak pasti pulak ada kedai halal ke tak..

Posing dulu baring2 atas snow..ehehhe...

Ni view waktu malam kat YongPyong ski resort..orang ramai jer walaupun suhu dah turun ke paras negatif...

Malam ni malas dah nak ski lai,mana dgn tak tahan sejuknya..jadi aku ronda2 ja dalam plaza ni..kawan aku dgn anak dia diorang ski lagi sekali..siap naik gondola lagi..turun slope yang tinggi..

Masa meronda tu aku nampak gerai kebab..bahagianya idup..nikmat makan kebab panas2 time sejuk ni..hehehe..ni lah satu2nya gerai yang halal..harga kebab dalam KRW6000 lebih kurang RM20..huhu.. 


Balik bilik tido memang letih la sebab main ski tu pun macam bersukan..habis sakit badan..hahhahah.lenkali kena warm up dulu yer..

Day 3- 5 Februari 2016

Bangun pagi semua lenguh2 dah..hahaha..so breakfast kat bilik aja masak ramen..sedap makan ramen pedas2..siap buat sambal kicap lagi..hehehe..masing2 laju ja makan..

Memandangkan masa awal lagi,so kitorang decide naik cable car ke Dragon Peak..

nampak dari bawah mcm rendah aja..rupanya..mak aii..sapa gayat jangan naik lah yer..cable car ni tiket seorang dalam KRW9800 tu pun dpt diskaun jugak sikit.

view kat atas memang sangat cantik.gunung ganang tersergam indah..boleh nampak 360 view kawasan pyeong chang termasuk wind turbine farm di kawasan berhampiran..
tapi....sejuk sangat2 sini,so time nak begambar je keluar kt sini..lepas tu masuk balik ke tempat restoran.

kat dalam ni ada restoran so boleh la minum coffee untuk panaskan badan..

kawan i ada try vegetable ramen sbb anak dia nak mkn..tapi tak sedap..huhu..roti ala pau tu sedap sangat sebab lembut makan panas2..aku punya vanilla coffee berharga KRW5500..

kat atas ni jugak merupakan salah satu tempat shooting drama winter sonata..tak ingat dah jalan ceta dia mcm mana..
Kat sini merupakan tempat utk org main ski turun slope yang tinggi..mmg tinggi..kagum ahkak tgk.even budak2 kecik seawal usia 4 tahun pun selamber turun ikut slope tu..huhuhu

view Yong Pyong Ski Resort dari atas cable car..ni baru separuh perjalanan..tinggi lagi kat atas dragon peak tu..
Dalam kul 1230 kitorang turun ke resort sebab nak amik shuttle bas ke hoenggye bus sation.Shuttle bus free aja ya.Tapi make sure u ols tau jadual sbb tak banyak trip.kalau terlepas kena amik teksi.Sebelum naik bas aku sempat tapau kebab lagi sekali sbb kitorang x lunch lagi,senang nnt dalam bas mkn kebab je kalau lapar.

sampai hoenggye terus beli tiket.tunggu kejap dalam setengah jam sebelum bas sampai.kat stesyen bas ni ada wifi.so boleh la rest jap sambil tgk gambar2 main ski tu..hehehe..kat atas gambar jadual bas  ke dong seoul.harap2 membantu korang plan masa nanti.ada jugak yg datang sini balik hari masa aku google aritu.so korang kena tau last bas jam berapa.kang stuck kat sini jenuh nak balik seoul jauh oiii...

harga tiket bas ama jugak KRW14500 untuk dewasa dan KRw7300 untuk kids.
3 jam perjalanan takleh nak lelapkan mata pulak.kali ni bas tak stop kat rnr pun..nasib la tak terasa nak ke toilet..
sampai dong seoul bus station dah gelap.so kitorang amik taxi nak ke apartment yg tempah melalui airbnb jugak.tambang taxi kali ni dalam KRW18800 ke chung muro.
Host airbnb dah bg instruction,katanya dalam 100 m saja dari station subway shung muro.punya lah cari kat mana apartment nya.tanya driver taxi pun dia tak tau..pastu kitorang turun tanya org2 korea yg tgh lepak depan 7e.dia pun tak tau..masa tu dah dekat2 dgn apartment yg kitorang stay sebelum ni.
memang stress jugak sbb contact host tak dapat,cuaca pulak sejuk.tanya org korea diorang takleh cakap english.pakcik taxi tadi agaknya kesian kt kami,dia tunggu lagi sambil tanya kan org.last sekali jumpa jugak bangunan apartment tu,rupanya elcru metro city apartment jugak,cuma floor lain.fuhhhh...mencabar betul part ni dgn luggage and sejuknya..
Dah rest mandi semua,kitorang decide dinner kat luar malam ni.Teringin nak rasa korean food.so kitorang semua ke itaewon.sana banyak makanan halal.Dari subway Chung muro ke itaewon fees dalam KRW1350.kalau korang nak jimat beli T-money card yer.beli kat mesin tiket tu jer.kitorang ni x beli pun sebab ingtkan tak naik sgt metro,tapi salah percaturan.hari2 naik metro..hehhehe

Masjid ni terletak di kawasan Itaewon...jalan nak ke area masjid ni agak berbukit..jadi pakai la kasut yg sesuai yer ladies..sini banyak restoran makanan halal.selain tu halal mart pun banyak.kitorang beli bahan untuk masak memasak kat sini.

Tips nak cari kedai atau tempat gn mudah di seoul ni satu jer,bawak egg wifi dgn korang kemudian pakai lah app mcm waze atau google maps tu.Bukannya apa sebab nak tanya org susah sikit,kalau bertuah jumpa yg boleh speaking,kalo tak berapa nak bertuah jalan lah cari sampai penat..hehehhe.Takpun beli jer lah sim kad korea.

Dinner malam ni kitorang decide nak try korean food.So google dulu sebelum datang Itaewon.Ada a few restoren yang kami jumpa.Tapi restoren yang dicari tak jumpa2 lagi,malas dah nak jalan ke depan lagi sebab perut pun dah keroncong.
Jadi kitorang dinner di MAKAN RESTAURANT.Masa sampai kat restoren dalam kul 10 malam dah,nasib kitchen belum tutup.Kami sampai ada couple dari malaysia yang baru sudah habis makan so tak sempat lah nak tanya sedap ke tak food di sini.


Agaknya kalau siang mesti full house jugak ni kan.Restoren ni bersih dan selesa..kawasan dalam restoren tak lah besar sgt,just nice...



Aku order bibimbap..ala gado2 tapi ada daging cincang..makanan disini set sekali dgn nasi & minuman..sie dish yang bersusun kat tgh tu memang diorang bagi sekali..ada bilis,seaweed,kimchi dan yg lain2 lagi tu aku tak try pun...

Kawan aku order set sotong pedas, anak sedara dia order daging masak apa ntah ler..lupa pulak nama..yang paling best dan tekak ni boleh terima cuma daging tu jer..yang lain2 mcm tak kena dgn tekak kampung aku ni..sblm ni pun x penah try korean food di tempat lain.So rasa yg sedap utk korean food ni tak pasti lah pulak mcmmana standard tu kan..total bill kami utk semua food termasuk order air tambahan KRW41000.
Habis makan kitorang pun jalan kaki ke station metro.Sepanjang jalan nak ke station metro tu banyak club2 yang memeriahkan itaewon.Kawasan apartment kitorang stay di Myeong Dong bila malam agak sunyi,Tak semeriah Itaewon.Fees subway dari Itaewon-Chung Muro adalah KRW1350.

Day 4 - 6 Februari 2016

Hari ke 4 masing2 bangun dah lewat.Padahal malam tu dah google nak gi tengok guard changing ceremony kat Gyeongbukgung Palace.Ceremony tu dalam sehari ada 2 kali rasanya.korang google yer untuk maklumat sahih. Kitorang plan nak tgk yang jam 10pagi punya.
So dari apartment kami keluar kul 9 lebih dah..dari station Chung Muro naik subway terus ke station Gyeongbukgung.(KRW1350).Kat station ni banyak exit,korang baca betul2 instruction arah mana nak ke Gyeongbukgung Palace.Kalau taktau sgt dah better tanya uncle2 petugas kat stesyen ni.Diorang sgt helpful,walaupun tak leh speaking,dia dah siap lukis map untuk kita.

Punya lah rushing jalan,sampai jer kat entrance terus nampak guard tu dah berkawad masuk dalam kawasan istana..hahhaha..sempat tgk guard yang last kot..
Kawasan Gyeongbukgung ni cantik dan luas.Tapi kalau nak masuk ke dalam kena beli tiket.Kitorang tak masuk ke dalam pun,sebab nak kejar masa.


Istana lama senibina oriental..

Aku memang suka bangunan yang berunsurkan senibina lama,kagum sebab hasil seni yang halus dan teliti.


Entrance kat sini menghadap ke arah bandaraya Seoul.Ala2 arc d triomphe pun ada view kat sini..So kita posing dgn guard kat sini aja..serius benor muka..takut ahkak!!


Lepas posing2 kat palace ni kitorang nak ke Nami Island(63km from Seoul).So amik tiket dari Gyeongbukgung station ke Gapyeong Station(KRW8000 for 3 adults and 1 kid).Sebenarnya kena tukar 2 line nak ke Gapyeong Station.Jadi korang kenalpasti betul2 line mana yg korang nak naik dan exchange kat station mana.
Tips:sila download apps seoul subway kat phone.Senang nak tgk station mana yg lebih dekat dan tak perlu tukar line banyak kali.Masa aku google,katanya even korean sendiri pun keliru dgn line train diorang,apa tah lagi la kita yang baru berapa hari ja kat seoul tu.

Sebenarnya ada 2 cara nak ke Nami Island dari Seoul.Satu cara naik train mcm kami,which is train stop setiap station..aku kira lebih dari 10 kot..so makan masa dekat sejam jugak nak sampai Gapyeong station.
Satu cara lagi naik ITX Express Train.ITX dia akan stop beberapa station saja dari Gapyeong.Jai sat saja dah sampai..tak buang masa kan...so kenalpasti station mana yg ITX train ni stop.

Ok keluar dari station Gapyeong terus nampak bus stand di mana taxi beratur pun dekat situ.Amik taxi dari sini ke jeti (KRW3700).Driver taxi kat sini siap dress up korean traditional costume lengkap dgn topi..



Entrance nak ke Nami Island.Sebelum tu kena beli tiket dulu kat sini.

Harga tiket untuk dewasa KRW8000 dan KRW4000 untuk kanak2..


Actually ada 2 cara nak ke Nami Island.Satu semestinya naik feri macam kitorang ni.Yang kedua boleh Zip Wire (ala2 flying fox-KRW38000)..cepat sampai..hahahha..tu pun kalau berani lah..jauhhhh kot nak tergantung kat tali tu dalam sejuk2 camni..

Feri nak ke Nami Island agak besar jugak,takda seat sebab sekejap jer perjalanan..dalam 10 minit aja rasanya..


Sampai aja Nami Island korang dah boleh nampak ada snow sikit2 kat sini walaupun tak sepenuhnya snow..elok jugak sbb nanti kasut basah sejuk kaki u ols..even dah pakai stockin 2 lapis..

Nami Island ni dinamakan sempena nama seorang yang terkenal dalam sejarah korea iaitu General Nami.



Boleh nampak fountain pun beku musim2 sejuk ni..ada kawasan yang ada snow so blh main baling2 snow ball..tapi aku malas nak ke situ,sejuk..hahahha..



The Iconic tree in nami Island called Metasequoia Lane..cantik sangat lah sini..macam2 ada kt sini. Handicraft studio,Cultural performances,arts pieces by international artists,museum dan macam2 lagi lah..korang wajib pegi sini kalau ke seoul..




Kawasan Nami Island agak luas jugak..so kitorang decide rent segway atau Electric Tri-Way ni untuk setengah jam..Harga boleh tgk kat gambar bawah..

Naik Segway memang laju jer lah..tapi kena hati2 jugak sebab korang kena selit2 celah org ramai tgh jalan tu..Jalan pun tak rata sebab bukan tar,tapi tanah jer..ada jugak rasa gayat2 tu..hehehe


Masa kitorang sampai nami tepat waktu lunch hour..perut ni memang lapar lah kan. sampai kat area restoren,kawan aku cari nasik goncang sebab dia pernah tgk kawan dia gi situ..tapi kitorang cari x jumpa,maybe kedai tu dah tutup..tak pasti.So ada satu option jer.Makan kat restoran Dongmoon (Asian) which is a halal restaurant..alhamdulillah..

Aku order mongolian beef..sedap jugak rasanya..kat sini menu dia datang sekali dgn air dan side dish korean...


Satu set makanan semua berharga KRW10000....kawan aku order menu lain pun sedap jugak..so recommended lah makan kat sini..lagipun ni ja pilihan yang ada..hehehe


Comel kan pondok kecik ni..ala2 perkampungan traditional korea pun ada kat sini..tak termasuk semua kot..


Bangunan unicef hall ni pulak ala2 disneyland castle dah..kitorang x masuk jugak..huhu

Ni pulak lukisan dari international artist..

Ice castle..cantik jugak..depan ice castle ni ada gelungsur ice..rasanya for kids aja..

Suasana malam mesti lagi romantik kalau jalan bawah lampu2 ni..
Kat sini jugak merupakan salah satu tempat shooting drama Winter Sonata..akan ada signboard tulis scene mana yang dilakonkan di tempat tersebut...salah satu scene ialah First Kiss dalam winter sonata tu..hehehe

Sebelum balik boleh gantungkan nota cinta kat sini..hehehe..harap2 ahkak dtg balik nnt dpt tgk notes tu dgn nama org yg akak tulis tu..hehe

Mcm biasa lah nak balik kena tunggu feri,kejap jer feri dah sampai..kitorang gerak dalam kul 5 dari nami island..amik taxi ke Gapyeong station (KRW3000-taxi pakai meter yer)
Kali ni dah tau terus beli tiket ITX express train..kitorang beli tiket ke station Wangsimni (KRW5900).
Sepatutnya kena beli ke station Oksu so tak perlu tukar banyak line.Jadi kitorang decide tak turun kat Wangsimni..terus satu stop aja dh sampai Oksu station.Jadi bila nak keluar kat gate tu mmg lah alarm bunyi kan..dah beli tiket ke station lain..so buat bodoh jer tanya pekerja kat situ,dia pun bukak manual gate..agaknya malas nak layan kot sbb tgk pelancong..hahhaha..kat oksu exchange line beli tiket subway ke Chung Muro (KRW1350).

Sa,pai apartment kami rest kejap..bersihkan kasut yang berdebu tu..kotor sgt kasut kitorang sbb kat Nami island jalan sana tanah yang berdebu..so jangan pakai kasut Christian louboutin na pi situ...satg nyesai chekkkk..
Malam kitorang gi Namdaemun Night Market.Katanya kat sini souvenir murah.Tapi sayangnya sampai sana semua peniaga duk kalut2 nak tutup gerai..Jadi kitorang cepat2 beli serba sikit kat kedai2 yang masih bukak..souvenir tak murah sgt pun..boleh tahan jugak harga..huhu..nak2 dgn conversion ke RM..nangis!
Dari namdaemun terus ke Myeong Dong station..again KRW1350 jugak..Kat myeong Dong night market ni banyak jual makanan dan pakaian..kedai2 sini pulak banyak kedai kecantikan dan fesyen...itu lah beza namdaemun dgn Myeong Dong.


Sebabkan terpengaruh dgn maskot kucing yang ada kat tepi jalan tu,so kitorang pun penuhi permintaan Ilham ke Cat Cafe..Jgn risau sebab maskot kucing tu akan tunjuk kan korang kt mana cafe dia..kat tingkat 3 di celah2 lorong Myeong Dong night market tu...fees ke sini termasuk minuman KRW8000 seorang..


macam2 jenis kucing jugak kat sini..best..untuk peminat kucing mcm kami..


Geram mcm nak penyet2 okeh..hahahha


Nak posing jer habis lari si kucing..mula2 banyak jer kat depan ni..si diva pemalas tu mmg dia kat situ ja..hahahha..
Cafe tutup kul 11 malam...so kitorang pun jalan kaki jer balik dari night market tu..

Day 5- 7 Februari 2016

Hari ke 5 kitorang ke Namsangol Hanok Village.Sebuah perkampungan tradisional korea di tengah2 bandar seoul.Tujuan ke sini adalah untuk posing dgn berpakaian tradisional korea,Hanbok. Dari apartment kami cuma dalam 300m aja tempat ni.
Masa kitorang jalan terjumpa pelancong dari china,dia dah pakai Hanbok,so kitorang tanya dia kat mana nak sewa Hanbok tu.Katanya dia sewa melalui fb pages Oneday Hanbok. Kedai nya terletak di bangunan bersebelah 7e berhampiran.Kena guna gogle maps skit lah nak cari kedai tu.
Masa kitorang sampai kedai Oneday Hanbok ni org x ramai lg sebab awal pagi.So tak perlu lah nak queue bagai.Selalunya dia akan bg priority kpd yang dah buat booking.Sewaan hanbok KRW13000 untuk sepasang termasuk aksesori selama 4 jam.Kena tinggalkan deposit dan passport yer u ols.Beg pun blh tinggal di sini masa u ols bergambar.Korang boleh jugak bergambar di studio kalau nak,tapi kitorang nak ala2 tradisional so kitorang jalan kaki balik ke Namsangol Hanok Village.Gigih kan dalam sejuk2 tu ber'hanbok' tgh jalan..hahahha..
So kat sini lah tempatnya..kitorang masuk melalui Korea House..
(pic:google)


Masuk ke sini kena naik tangga skit yer.

Bangunan yang dibuat dari kayu ni memang sgt tradisional..
Kitorang sebenarnya posing2 ni dalam kesejukan....hahahha


lepas posing mesti kena hantar balik Hanbok tu..make sure jangan kotor,kang nnt burn deposit.

Seterusnya kami bergerak ke Lotte Adventure World.Dari station Chung Muro teurs ke station Jamsil(KRW1450).Entrance fees ke Lotte Adventure world KRW24000 untuk adults.Kalau tourist dapat diskaun sikit yer.Check dulu sesi pukul berapa yg korang nak masuk,sebab kat sini dia bahagi sesi masa.Sorry ahkak lupa nak snap...hehehe



Kenapa Lotte Adventure World?
Sebab kat sini merupakan indoor theme park...bahagian aoutdoor pun ada.Tapi musim sejuk berapa minit je korang mampu bertahan kat luar tu kan...hehehe
Rides kat dalam ni memang bersesuain untuk kids..kami try bermacam2 rides jugak.Mostly queue tak lama sgt lah...

Kitorang cuma keluar kat sini aja untuk bergambar depan castle..
Masa tengah bergambar ada announcement yang parade akan start,so kitorang cepat2 masuk dalam tgk parade..ok lah jugak...ahkak tak pernah pergi disneyland jadi x tau lah beza parade kat sini dgn disneyland punya mana lagi meriah...

Sebelum masuk ke theme park, me n my fren ke Lotte World Mall dulu..biar budak2 masuk main dulu.Diorang kan tak suka teman makcik2 shopping..hahahhaha..Lotte World Mall senang je cari,jalan je terus dari entrance Lotte World Adventure.Melalui underground yer lebih selesa.Masa kitorang pergi ni kebetulan Chinese New Year jadi butik2 macam LV, Gucci semua tutup...hehehe..takda hal sgt la sebab nak cuci mata aja..kedai lain banyak lg yg boleh kita shopping..tujuan ke sini nak cari produk kecantikan..Hard Rock Cafe Seoul pun dalam mall jugak kat tingkat 5...bila korang beli barang,boleh terus claim VAT kat kaunter tax di mall jugak.Senang nanti kat airport dah tak kalut kan...

Sebelum balik kitorang beli shrimp burger kat Lotteria..sedap jugak makan time lapar2 ni kan...sedar tak sedar dah dekat kul 11 malam..rushing kitorang sebab takut terlepas train last.Dari jamsil ke Chung Muro(KRW1450) kena tukar satu line train.Masa tgh tunggu exchange train mmg debar2 sebab takut terlepas train last,dah la lewat kang nak kena naik teksi lagi...tapi mmg bernasib baik mmg kitorang sempat naik last train tu...fuhhhhhhh....
Sampai apartmen terus mandi2 dan masak sup ayam...duduk kat tempat sejuk ni memang asyik lapar jer..berjalan pulak banyakkan..kul 1 pagi jugak kitorang makan nasik sup ayam tu...
Lepas makan kena pack luggage pulak.fuhhhh..bab ni memang 'meluat'...muahahha..Dengan ramen lagi kitorang beli..dtg korea bawak maggi,nak balik malaysia dah tambah beli ramen(KRW4050) pulak.

Kat malaysia pun ada benda ni tp mahal sikit..sedap yerrr ramen ni.Cuba korang try nanti...

Day 6 - 8 Februari 2016

Flight kitorang dlm jam 4 petang.Jadi bangun pagi tak kelam kabut sangat.Lepas breakfast terus aku ke area Myeong Dong night market tu sebab nak beli mask dan barangan Lush.Tapi awal sgt agaknya masa tu kedai banyak yg belum buka.So aku cuma ke Lush dan singgah beli mask kat Missha..
Dalam jam 12 kitorang keluar tunggu taxi depan aprtment.Mmg tak naik train lah sebab luggage besar.Kitorang amik taxi ke Seoul Station(KRW5000).Hari ni decide naik Airport Railroad AREX ke Incheon International Airport.
Sampai Seoul Station yang ala2 KL Central tu tercari2 jugak kat mana kaunter tiket.Tengok kiri kanan tak nampak pun.Kaunter train ke subway tu banyak.Tapi yang nak ke airport mcm tak nampak.Jadi aku terus tanya di information counter.Rupanya kena jalan ke hujung dan belok kiri,amik lif turun ke level B7...beli tiket AREX train di situ dan terus masuk tungu train.
Kitorang ni mcm biasa lah selalu on time jer..3 minit lagi nak ke jam 1.00tgh beli tiket,train kul 1...fffuhhhh sekali lagi..kalo tak kena tunggu next train jam 1.30 camtu...
Harga tiket utk 3 adults and 1 kids cuma KRW24000..jimat kan? Kalau beli ramai2 dapat diskaun katanya..sorang punya tak sure berapa.



Perjalan AREX train ni dalam 43 minit ke Incheon.Pandai2 lah bajet masa yer u ols.Kitorang sampai airport terus check in luggage dan buat VAT claim semua.VAT claim mmg mudah kat Incheon sebab takda orang pun.Tapi berapa lah sgt kan dapat balik pun dalam 6% jer..hehehe..
Masa nak ke gate korang baca betul2 gate korang no berapa..sebab airport Incheon ni besar..jangan silap naik train ke terminal yang sepatutnya..hehehhe..
Kalau tak silap kitorang masa tu gate 111,so bayangkan betapa banyaknya gate kat airport Incheon...
Masa tgh tunggu flight kitorang singgah makan dulu di Nimat Restaurant kat terminal...tak ingat dah gate berapa yg dekat dgn restoren ni..kebetulan jugak halal food ada kt restoren ni..kitorang order bulgogi yang dimakan dgn roti nan...bibimbap sushi..satu set KRW10000...padahal tak lapar sgt pun..tapi makan jer dulu sementara nak tunggu serving dlm flight.

Again naik jer flight terus aku tertido...sedar masa food serving jer..kali ni kat sebelah aku takda org..so luas lah jajahan..duduk selesa aja..hehehe..

Tu lah serba serbi percutian ke Korea ahkak..entry paling lama nak siapkan.Bukannya apa kalau buat day by day entry mesti tak habis nanti.
Kesimpulannya korea memang banyak tempat untuk dilawati.Termasuk banyak theme park untuk kanak-kanak,tempat sight seeing dan tempat yang cantik ikut musim.


2 comments:

Unknown said...

Haiii sis ... saya nak tanya harga naik cable car ke dragon peak tu 9800won one way or return ye? tq sis ;)

DaZzlingLilLy said...

hai..harga tiket tu return dik