Thursday, April 16, 2015

Kota Kinabalu~Part 1

Percutian ke KK ni sebenarnya dari tahun lepas lagi dah dirancang oleh my fren n her team-TRAVELFEET.
So kali ni ialah percutian untuk mendaki Gunung Kinabalu..mula2 excited jugak..pastu rasa seryau..hehehe..bukannya apa,takut tak cukup stamina.Tapi sebelum ke sana seempat lah buat persedian yg minimal like 2 or 3 times a week ke gym atau pun ada jugak naik bukit dgn kawan2.Persediaan untuk stamina tu penting yer u ols..jangan terus2 pi mendaki walaupun track kinabalu ni tak susah mana..
Kitorang semua satu team 10 orang yang ke KK..dari destinasi berbeza,ada jugak yng sekampung..
Aku dengan kawan2 naik flight dari Penang International Airport:

18/03/2015  PEN-KK 4.40ptg RM164(termasuk 15kg luggage)
22/03/2015  KK-PEN 1.20tgh RM197.40(luggage 15kg)
Total RM361.40

Ni view masa senja..sampai KK dah gelap..

Alang2 naik flight di PIA,my parent hantarkan sebab nak tinggal keta di rumah diorang..malas aku nak tinggal di PIA sebab lama jugak ke KK dlm 5 hari 4 mlm kan..


Sampai di KK we ols smua stay di Marina Court Condominium.RM265 per night.
Ada 3 bilik ber'aircond' and sangat selesa.WIFI pun ada,hair dryer ada..lengkap segalanya.






Lepas dah rehat semua keluar makan kat foodcourt berhampiran Oceanus Mall

Walking distance aja dari Marina Court..masa ni dah kelaparan,masing2 order makanan goreng2 aja kat sini..rasa tu biasa2 aja yer,yang penting perut diisi..
Aku macam biasa kena tapau sikit makanan balik untuk supper..
Chicken wing pun ada kat sini..ok lah..boleh aja...kalau tak silap seketul RM1.60 harga chicken wing tu.

Keesokan paginya,guide yang nak bawak group kami mmendaki call.Katanya nak datang apartmen jumpa kami smua dulu...time ni mmg berdebar jugak semua..sebab ada macam something wrong cara guide cakap tu...huhuhu
Guide datang bgtau ada skit technical problem...and bincang punya bincang..last2 settle jugak masalah tentang pendakian kami untuk esok tu..

So kami semua siap2 packing untuk ke Kundasang..

Macam biasa la turun awal kita posing2 dulu sementara nak ngankat beg masuk kereta..


Masa ni dalam kereta ...2 jam jalan pusing2 nak ke kundasang dari KK town..saboo je lah..lori dgn bas bawak lajuuuu...seryauuu

Sini area tamparuli,tapi bukan jambatan tamparuli yer...


Sampai area kinabalu park dalam kul 2 ptg camtu,so terus ke Tahubang Lodge.
Kitorang stay sini semalam.Bilik di sini macam bentuk dorm,takdak kipas yer..masa sampai tu berpeluh jugak la sbb agak panas,tapi time petang n malam sejukkkk...



Tahubang lodge memang strategik,betul2 depan entrance kinabalu park...ada cafe and mini mart jugak kat sini..

senang lah tak perlu keluar ke Pekan Kundasang kalau setakat barang2 keperluan mostly ada di sini..tapi menu makanan di cafe tak bnyk choice sangat..tapi ok la dari takdak langsung..
Lepas settle letak barang and rest kejap,kitorang terus naik ke ofis Kinabalu Park untuk urusan pendaftaran pendakian.Guide we ols namanya encik raslee dah tunggu kat sana.

Bagi pakej pendakian yang kami semua ambik ni ialah DAY CLIMB.Selalunya orang akan ambik 1 night stay kat Laban Rata(KM6).Asalnya memang lah kami ambik pakej biasa tu dengan harga RM850 per pax,tapi disebabkan masalah teknikal...terpaksa lah kami ambik pakej DAY CLIMB.
bezanya pakej DAY CLIMB dengan pakej biasa adalah korang kena naik dan turun pada hari yang sama.Tak bermalam di Laban Rata..

Guide dah cakap...sebelum jam 5pm semua mesti dah sampai tempat kita START.Dan bagi pakej DAY CLIMB,pihak pengurusan Kinabalu Park akan jumpa dan tengok dulu keadaan fizikal pendaki samada fit atau tidak.
Lepas dah register,terus ke ofis pengurus Kinabalu Park untuk sedikit penerangan dan taklimat..

Aku memang berdebar2 lah jugak,,,duk pikir mampu ka nak naik dan turun gunung dalam masa beberapa jam saja tu...tapi kuatkan semangat,cuba jugak...
Bila tanya kawan2,depa pun sama rupanya..ada rasa takut2 jugak...

Yang kiri sekali tu pengurus kinabalu park..
Lepas beliau tengok keadaan fizikal kami semua,mmg lulus lah utk pendakian DAY CLIMB tu..katanya setakat ni cuma ada sorang ja 'mat saleh' yang berjaya mendaki sampai ke puncak utk DAY CLIMB ni...fuhhhh...
Selain tu,bila tengok keadaan cuaca yang berkabus petang tu,katanya kalau hujan malam ni esok cuaca mesti cantik.Tapi kalau esok hujan,aktiviti pendakian memang tak dibenarkan.Semua pendakian pihak Kinabalu Park boleh batalkan kalau keadaan cuaca tak mengizinkan...huhu



Cantik view kat sini..cuaca masa ni kejap berkabus,kejap ok..maklumlah dah petang..dalam jam 5pm gitu..sekali sekala angin lalu sejuk jugak..

Next kena dengar taklimat mengenai track untuk pendakian esok dari guide kitorang.

untuk sampai ke puncak Kinabalu,boleh melalui dua entrance: TIMPOHON gate atau MESILAU..kami semua esok akan bermula dari TIMPOHON,Kalau melalui MESILAU,jaraknya agak jauh sikit dari TIMPOHON,tapi view kat sana cantik katanya..
Nampak tak banyaknya van dengan bas kat belakang tu...maknanya ramai pendaki yang turun naik dalam sehari..masa ni aku tengok uncle dgn auntie korea pun ramai...so rasa confident skit nak daki sebab warga emas pun mampu,takkan la yang tak berapa nak emas 'lagi' ni pun tak mampu...huhu..

Dah selesai semuanya..kita semua jalan kaki turun ke Tahubang Lodge..
Lapar ooiiiiiii...hehehe..

Selesai makan semua balik bilik berehat..malam cuaca best sebab sejuk..aku yang masa ni tgh batuk,mmg rancak lah batuk..huhu..
Jam 9.30 mlm dah ngantuk sangat2..mungkin letih sebab perjalan siang tadi sama..tapi tak boleh nak lelapkan mata.Stress betui bila letih takleh nak tidoq.Dah la esok nak bangun awal.
Okey nanti kita sambung lagi cerita ya kawan2...
Nantikan part 2...

4 comments:

Khai♥Rin : anies said...

sama laa kita dok kat marina court jg ;-) bla laa ada rezeki nk naik gunung kinabalu ni...

DaZzlingLilLy said...

anies-nnt kena cuba sekali mendaki..best jugak try aktiviti camni sekali sekala

Has78 said...

kepuasan mendaki ni lain je kan. penat letih tp best sgt.

best said...

Sy doa siang mlm supaya dpt naik kinabalu 😔