Thursday, April 9, 2015

Fettucini Carbonara

Hari ni terasa nak share resepi fettucini carbonara yg aku masak beberapa hari lepas.Masak dalam keadaan bahan yang tak mencukupi.Bukan apa mood nak masak tu mai bila dah sampai umah lepas balik dari ofis.Nak kuar cari barang mmg malas dah la bila dh smp rumah.


Bahan-Bahan
1.300g Fettucini ~ i beli preego aja
2.350g Sos Carbonara Preego/ 1 bekas kaca
3.Parmesan Cheese-i tak letak sebab takdak dlm stock..hehehe
4.500g Ayam kisar atau nak letak seafood/sosej pun boleh
5. Cendawan shitake /kalau nak guna cendawan lain pun boleh..atau nak tambah brokoli/carot
6.Sebiji cili merah & 5 biji cili padi-ni optional ya kalau sesapa tak suka makan pedas tak perlu pun letak..
7.4 ulas bawang putih
8.2 biji bawang merah/ setengah biji bawang besar
9.Lada hitam

Cara-Cara Memasak
1.Panaskan air sehinnga mendidih dan masukkan sedikit minyak.kemudian masukkan fettucini.Tambahkan sedikit garam.Rebus sehingga masak,angkat dan toskan.
2.Potong dadu bawang putih dengan bawang merah.Cendawan,cili merah,cili padi semuanya potong ikut cara mana yang anda suka.
3.panaskan 2 sudu minyak dalam kuali dan kemudian masukkan ayam kisar dan goreng sehingga separuh masak.Kemudian masukkan bawang yang dipotong dadu tadi.Goreng hingga naik bau.
4.Kemudian masukkan sos carbonara dan tambah sedikit air jika anda suka kuah yang agak cair.
5.Tambahkan parmesan cheese ,sedikit garam dan serbuk perasa.Setengah org dah tak tambah serbuk perasa,ni kena ikut masing2 punya citarasa okeyh.Pandai2 lah agak..tambah sikit2 kalau perlu.
6.Kemudian masukkan cendawan,cili merah dan cili padi.Kacau sehingga masak.
7.Tumbuk lada hitam dan masukkan dalam kuali..ikut lah yer kalau suka hot & spicy berasap telinga masukkan banyak pun okey..kalau ada anak2 kecil,asingkan lada hitam,masukkan dalam pinggan masing2 saja nanti..

Fettucini carbonara yang aku masak ni ala2 melayu fusion dah jadinya..sebab masukkan cili padi.
Kadang bila makan di kedai,terasa cepak muak bila makan carbonara sebab rasa cheese+susu tu kan..itu lah kawan aku nasihatkan,katanya kalau nak mkn carbonara kena masak sendiri baru best..Kalau kat kedai mmg very the italiono rasanya..tapi kan..nak masak tu yang ambik masak..sekali sekala aja skrang ni tu pun kalau betul2 ada mood..
Cuba lah resepi aku yang tak sebarapa ni..semuanya guna bahan ssegera,kalau rajin boleh jugak anda google resepi untuk buat sendiri sos carbonara...

4 comments:

rahaton azirah ramli said...

sedap baqhang..ehehehe
nanti bwk lg taaau. tp, nasi goreng tetap dihati :)

DaZzlingLilLy said...

aton-hehehe..nnt konpem i bwk lagi kalau ada

siti suhaila shahbudin said...

wahhh.. presentation pun dah nampak sedap... buleh try nih...

DaZzlingLilLy said...

suhaila-u should try..rasa kena adjust ikut taste kita..selamat mencuba..