Monday, June 30, 2014

Buah Melaka

Selamat berpuasa..baru sempat nak ucapkan selamat berpuasa utk u ols semua.
Macam biasa org pompuan yang paling sibuk cari idea nak masak apa utk juadah berbuka puasa..memang boleh nak beli di bazar,tapi tak sesedap air tangan sendiri kan?
Masak simple2 pun dah cukup menyelerakan..
Macam aku semalam ni cu ma dajin nak buat kuih ini..


Memang simple dan cepat..punya lah rajin sampai jadi 3 warna..hahahha
ini percubaan pertama i ols buat buah melaka..patut lah selama ni semua cakap senang aja..tapi i ols buat kecik2 skit dari yang selalu jual di bazar tu..pastu gula melaka mmg seketul besaq  i ols buh dlm tu..puas ati skali makan terasa gula melaka cair dlm mulut..
Itulah bezanya home made dgn makanan yang dibeli..boleh buat sesuka rasa kita sendiri..
Resepi i ols google and copy paste aja kat sini k..

BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung pulut
1 sudu tepung gandum (x guna pun takpa)
Air
Pewarna 
Daun pandan
Gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
Kelapa parut

CARA MEMBUATNYA
Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air.Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga tekstur tepung sesuai menjadi doh. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.

senang aja kan?

Selamat mencuba.

1 comment:

mama bella said...

menariknya buah melaka u.. colorful lagi :)