Tuesday, November 18, 2014

Teater Tradisional Jikey : Pengembaraan Putera Sadao

Sekali sekala layan teater best jugak kan.
Nak kata aku ni peminat teater tak jugak,tapi boleh aja nak menonton tukar aliran dari tgk movie ke teater.
Kali ni aku temankan kawan aku peminat tarian dan teater ke auditorium JKKN perlis.
Tiket free so layan kan jer lah..lagi pun malam sempat lah lepas kerja balik siap2 terus ke sana.
Teater kali ni bertajuk Pemngembaraan Putera Sadao..nama putera ambik sempena nama tempat di thailand.Manakala watak tuan puteri pula bernama Puteri Yala..tapi keseluruhan teater ni menggunakan tempat-tempat di negeri perlis sebagai kerajaan sang putera.


As usual la teater tradisional..berkisarkan kisah putera raja yang selamatkan tuan puteri dari penjahat.Dan kemudian mereka pun dikahwinkan...watak-watak awang dan inang memang sangat best..
video

lawak2 negeri perlis u ols...kalo org luar agak susah sikit nak paham rasanya..suara nyanyian inang pun sedap..merdu aja..

video

Secara keseluruhan aku rate 5/10 untuk pementasan Pengembaraan Putera Sadao..
Yang bestnya di akhir program ada sesi cabutan bertuah..pemenang utama dapat oven...haishhh sayangnya aku bukan jnis yg 'bertuah' ni kalo ada cabutan bertuah bagai..

2 comments:

Khai♥Rin : anies said...

macam mana nak sebutnya tu? sada 'oh' or sadau?

DaZzlingLilLy said...

anies-sebutan tu sadau dear..