Thursday, March 2, 2017

Siput Kemudi

Siput Kemudi ni mmg antara spesis yang 'rare' sebab susah nak jumpa.
Macam i ols pun baru semalam tengok..selama ni tau makan aja..
Bila tanya kawan2 di FB, ada yang kata kupang..tapi rupanya tak sama antara siput kemudi dengan kupang. Kupang kita boleh jumpa dalam sesetengah spagetti seafood. Atau dalam english mussel. Tapi siput kemudi tadi i ols google nama english dia atau dalam kumpulan kerang Atrina
Saiz siput kemudi pun besar..cengkerang dia dalam 20cm jugak..cuba tengok video dibawah ni..

video

Isi siput kemudi memang agak kenyal dan liat2 sikit..tapi isi nya memang besar lah...sebesar lebih kurang 1 inci jugak..ni perbezaan antara isi siput kemudi dgn kupang. (gambar dari google ya)

Tapi sedap jugak siput kemudi.Bila baca dari blog2 lain ada yang kata bakar kosong pun sedap. Atau boleh aja masak ikut taste kita. Semalam i ols try masak asam..ok jugak not bad..makan 3 ekor pun dah kenyang rasanya..tapi dengan nasik la kan..
video


Kalau korang terjumpa jangan takut untuk cuba ya..bukan senang nak dapat siput kemudi ni...

No comments: