Friday, November 22, 2013

Louis Vuitton Eden

Lama dah rasanya tak bercerita mengenai handbag..
Padahal hari-hari ada ja topik beg yang dibualkan dgn kawan-kawan yang kaki beg nih..whatsapp tu penuh gambar beg jer..kadang rasa tak tahan nak beli,pastu bila rasa tak berbaloi terus terbantut niat nak membeli..ada kala rasa harga sgt berpatutan,tapi dah dalam mode nak berjimat lah sgt kononya..

Semalam saja jamu-jamu mata dlm website LV..lama dah tak klik2 di sana..hehehe
Rupanya mmg banyak design baru..dan harga pun semakin baru..baru naik dan akan naik lagi agaknya..
Monogram ni mmg classic dan kalau gabung dgn warna lain skit terus jadi WOW!

Antara yang aku suka semalam ni si EDEN kecik comei..
Boleh sling jugak,senang nak bawak berjalan2..


Kalau nak ke acara formal pun sesuai,tanggalkan sling strap tu pegang aja sebab dah ada top handles..
EDEN ada 3 warna dan 2 saiz..yg dlm gambar ni kecik skit..
Mata aku mmg wajib dah berkenan pinkish..atau kemerahan..yang kt bawah dalam gambar ni mmg my fav..


Kalau sesapa follow IG Diana Safira an indonesian fashion blogger..mesti dah tgk gambar ni kan..

Pic ni pun aku amik dari IG dia..
Memang bergaya sangat Diana Safira carry EDEN kan?..Nak2 lagi from head to toe semuanya designer label..she got her own style..
Kadang aku tgk tak semua org blh carry designer label..pakai yg mahal pn nampak cam biasa2..tapi duit dia kan,biarlah dia nak habiskan walaupun tak nampak mahal..huhuhu...

4 comments:

Has said...

dari dulu teringin nak ada mono. tggu duit jatuh dari langit, x jatuh2..hehe

azra said...

Kak Lilly. Memang lawa Eden ni kan. Tapi this year tak ada bajet pon untuk handbag :( Banyak duit habis ke benda2 lain. Next year pulak lah heheh..

edlidza said...

setuju... bila orang kaya pakai sume pon nampak branded and trendy... eheheh.. :D

Khai♥Rin : anies said...

uiii kalu dpt sebijik ni perrghhhh x tido mlm ;-)