Monday, November 11, 2013

Kebaya Fest~Road To Milan



Semalam berpeluang ke Kebaya Fest~Road to Milan anjuran Kolej Komuniti dan KPM yang diadakan di Dewan 2020,Kangar..


Pertunjukan fesyen kebaya terbanyak pernah diadakan di perlis iaitu sebanyak 124 pasang kebaya telah dipersembahkan di pentas peragaan, dimana semua kebaya adalah hasil rekaan daripada pelajar2 kolej komuniti seluruh Malaysia..


Antara rekaan menarik semestinya dari Kolej Komuniti Arau,iaitu rekaan kebaya perlis yg telah dimodenkan..semua design dalam booklet mcm kat bawah ada diperagakan,tapi i ols tak sempat nak snap..

Memang cantik-cantik rekaan pelajar kolej komuniti ni..
nanti raya nak tempah dgn depa lah..senang,dekat skit..hehe..

Ini pulak antara rekaan kebaya yang dipamerkan diluar dewan..
Nak kata kebaya asli tu tak lah sgt sebab semuanya dah dimodenkan..macam yang bawah ni siap pakai material leather look lagi..




I paling suka yang merah ni..nampak cam unik sebab kain kembang dan potongan kebaya pun kembang..

Selain tu,acara Kebaya Fest~Road to Milan ni diadakan sempena pengiktirafan kepada Kolej Komuniti Arau dalam senarai Malaysia Book of Records kerana telah menghasilkan Kebaya Perlis Terbesar yang berukuran 8.3m (panjang baju dan kain ),bersaiz 8.5 kali ganda saiz 'M', menggunakan 341 meter kain dan disiapkan oleh pelajar dan pensyarah kolej dalam tempoh 15 hari.
Tahniah!

Pengacara majlis memang tak perlu diperkenalkan lagi,Fiza Sabjahan..cantik baju fiza semalam..

I ols mcm biasa,semestinya berbaju kebaya..
Entah zaman bila punya baju pun tak tau,ni lah first time pakai baju tu rasanya..dari mula beli memang tak pernah pakai..

3 comments:

efa fairuz said...

cantik sangat uols..hihi

Nurhayati said...

wow besar betul kebaya tu.
beb u body slim pakai ape pun cantik :)

DaZzlingLilLy said...

efa-tq u ols..hehe

Yati-mmg besaq sgt kebaya tu yati..slim sgt dah skang ni mcm nak kena naikkan skit je lagi..pulak..mcm2 kan pppn ni,ada je yg x puas ati