Friday, July 5, 2013

Hak-Hak Kita Sebagai Isteri

@bharianmy: Hak isteri patut dituntut daripada suami http://t.co/LLkxuP1lTg


Isteri, suami perlu tahu hak masing-masing

Dalam kehidupan seharian, isteri perlu tahu akan hak yang sepatutnya diperoleh daripada suaminya, manakala suami mesti memahami hak dan tuntutan yang se patutnya ditunaikan mereka. Inilah apa yang dikatakan keadilan dan kerukunan rumah tangga yang dikongsi hak masing-masing.

Namun begitu, masih ramai isteri yang kabur dan tidak tahu apa-apa berkaitan hak mereka terhadap suami kerana kurang pendedahan.
Agama menetapkan suami bertanggungjawab menye diakan makan, minum, pakaian dan tempat tinggal isteri sesuai dengan kemampuannya.

Suami tidak boleh memberi makanan dan pakaian kepada isterinya lebih buruk daripada apa yang dimakan dan dipakai suaminya. Begitu juga kadar makan dan pakai yang menjadi hak isteri diberikan mengikut kadar yang mampu diberikan oleh suaminya.


Tak boleh minta di luar kemampuan suami

Di dalam keadaan dan suasana yang tertentu, isteri tidak boleh meminta sesuatu di luar kemampuan sua minya. Bagaimanapun, sekiranya suami mampu mem berikannya lebih daripada yang sepatutnya, isteri di benarkan menuntut hak dan bahagian yang lebih itu.

Ramai daripada kalangan suami tersalah mentafsirkan mengenai nafkah batin yang dianggap sebagai keperluan seks semata-mata. Suami lupa bahawa seks hanya salah satu cabang bagi maksud nafkah batin.

Ada suami leka dan lupa bahawa nafkah batin dalam agama ialah 'sejambak jiwa yang dikongsi' untuk di hadiahkan kepada isteri bagi tujuan menghiburkan, menggembirakan, merasai kasih-sayang, menerima per hatian, merasai sentuhan jiwa dan berasa kerinduan.

Semua itu adalah hak isteri yang perlu diperoleh daripada suami. Suami juga mesti sedia mendengar luahan isteri termasuk berkongsi masalah, berbual dan bermesra, disamping memberi didikan agama yang sempurna.

Isteri berhak menerima bimbingan dan tunjuk ajar daripada suami, sama ada dari sudut pendidikan agama, pergaulan dalam keluarga dan sesama jiran tetangga, cara berpakaian, cara mengawal emosi dan sebagainya.


*Sekadar perkongsian untuk pengetahuan bersama,selanjutnya klik link Berita Harian*
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: