Monday, July 22, 2013

Fidyah

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun, maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.



Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya. 


Dah bayar belum?
Alamak dah ketinggalan ketapi dah pasai fidyah ni..lalai sungguh..nak isi dalam kalkulator fidyah tu pun rasa ngeri..tapi nak tak nak kena bayaq jugak sebab WAJIB!..pelan2 bayaq takat mana mampu dulu..
nak tau lebih lanjut dan soalan2 mengenai fidyah ni sila baca kat blog ustaz Nor amin..banyak soalan dia jawab kat SINI

2 comments:

dear anies said...

so far blom kena byr fidyah lg ;-)

Bitt (double IS) said...

tahun lepas selalu buat makan2 kat umah, then kasi kat rumah tahfiz berdekatan dengan rumah gak la..tu la boleh terjah link tu nanti tq ;)